Monday, May 24, 2010

Secubit rasa


Hari ini, aku terfikir sejenak tatkala melihat pelbagai kelibat di suatu tempat. Sebahagiannya datang dengan 'macam-macam ada' manakala sebahagian lagi 'seadanya' sahaja. Aku tersentuh melihat golongan 'seadanya' sahaja kerana mereka berjaya sebagaimana golongan 'macam-macam ada'. Golongan 'seadanya' sahaja membuktikan mereka juga berhak dan mampu berada sama tahap atau mungkin lebih daripada golongan 'macam-macam ada'.


Apa yang kumaksudkan adalah senario pendaftaran masuk sebuah IPTA di KL. Golongan 'macam-macam ada' datang dengan pelbagai jenis barang seperti laptop, bantal-bantal, pakaian yang indah, sepatu yang pelbagai jenama, pelbagai jenis makanan dan semestinya wang yang barangkali juga tebal di dompet mahupun bank.


Manakala golongan 'seadanya', sekadar membawa pakaian yang cukup untuk dipakai, sepatu crocs klon, mungkin bantal sekadar melepaskan penat, stok makanan mungkin tiada, wang juga boleh dikira-kira.


Namun aku bangga dengan golongan 'seadanya' sahaja kerna mereka juga mampu berada di situ. Golongan ini menjadikan kekurangan sumber untuk lebih berjaya. Banyak pengorbanan perlu dilalui untuk mengecapi kegemilangan.


Walau apapun pendapatku, aku pasti setiap ibu bapa mahupun yang terbaik untuk anak-anaknya, tak begitu?

(p/s : Hari ini membuatkan aku berfikir panjang dan bersyukur dengan nikmatNYA...Alhamdulillah)

Friday, May 21, 2010

Anda penggemar tea?


Tea merupakan minuman kegemaranku. Tak kisahlah apa jenis tea pun aku suka cuma yang penting tanpa susu pekat. Green tea, black tea, strawberry tea, orange tea, mint tea, jasmine tea dan lain-lain lagi. Tea lebih enak tanpa gula yang berlebihan. Less is more. Kenapa agaknya aku kurang gemar minum tea dengan susu pekat, mungkin asuhan keluarga sejak dari kecil. Keluargaku penggemar minum tea o. Pagi, malam juga berbuka puasa dan tak lupa waktu sahur walaupun di kedai makan...Ehehehe.



Pengalaman minum tea yang sukar dilupakan adalah ketika aku memesan secawan earl grey tea di Secret Recipe 3 tahun yang lalu. Fuuuuhhh, nikmatnya tak terhingga. Begitu menyegarkan. Lantaran daripada secawan tea itu, aku membeli sekotak kecil tea kegemaran semasa kunjungan ke Cameron Highlands.



Begitupun, aku kurang arif membuat tea tarik. Aku akan mengambil masa yang agak lama untuk mengagak susu dan tea yang diperlukan. Aku masih cuba memperbaiki tea susuku ataupun tea tarik.

Mungkin itu antara sebab utama aku meletakkan header I.T.S.T.E.A.T.I.M.E pada blogku. Mai secawan.....



(p/s : Aku juga penggemar kopi o....)

Hati yang tenang....


Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih berkesempatan bertemu Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini hatiku tenang sekali, mungkin memikirkan esok adalah hari cuti. Berehat-rehat di rumah sambil menyiapkan tugasan hari Sabtu. Pagi ini, sesudah sarapan aku mula B.L.O.G. sambil mendengar H.O.T.F.M.

(p/s : Moga hatiku lebih tenang di 'sana' nanti...Amin)

Thursday, May 20, 2010

Movie 'Me' of the month

I've watched "Match Point"...starring by Scarlett Johansson and Jonathan Rhys Meyers...quite dramatic. I've also watched "The Nanny Diaries".....comedy movie. Also starring by Scarlett Johansson as graduate working in Mr X Family....Scarlett also played in "Vicky Cristina Barcelona"...which i've not seen yet.








Hence, I watch trailer "The Song of Sparrows"....directed by Majid Majidi...one of my favourite Iranian director...He also directed in "Children of Heaven"...The story tells about a man name Karim, who works at an Ostrich farm. Unfortunately one day, one of the ostriches escapes because of Karim's mistake and they fire Karim. He finds a new job in Tehran with lots of lots of problems in his personal life. Wish to find the DVD. The actor also won Best Performance in Asia Pacific Screen Awards.






(p/s : Its raining cats and dogs out there..)

Jom ke kedai buku


Tengahari tadi aku ke MPH, terkesima tatkala terpandang "Cinta Sufi" oleh Ramlee Awang Murshid. Trilogi "Bagaikan Puteri". Namun apakan daya, aku hanya membawa wang untuk lunch sahaja...InsyaAllah akan ku tunaikan hajatku esok hari..

Membaca novel RAM seumpama membawaku mengembara ke dunia 'ciptaan' itu. Aku masih ingat novel pertama "Bagaikan Puteri"....ku ulangi 3 kali kerana ingin mendalami watak2 di dalamnya. Laksamana Sunan, Haryati, Dani dan sebagainya. Watak hitam Nyi Burga Kelara begitu melekat di fikiran bila di baca waktu malam. Seakan-akan terngiang-ngiang suara watak hitam dan cakaran makhluk penyembah syaitan

p/s : Rinduku pada Sunan bakal terubat....

Sepi

Kadangkala sepi itu indah,
Kadangkala sepi itu hiba,
Kadangkala sepi tiada makna,
Sepikah aku?

Friday, May 7, 2010

Ketahuilah OlehMU

Jika kau merasa lelah & tak berdaya dr usaha yang sepertinya sia2..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha,
Ketika kau sudah menangis sekian lama & hatimu msh terasa pedih..Allah SWT sudah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sdg menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu sahaja..Allah SWT sdg menunggu bersama denganmu
Jika kau sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon..Allah SWT selalu berada disampingmu
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..Allah SWT punya jawapannya
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..Allah SWT dapat menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan..Allah SWT sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..Allah SWT telah memberkatimu
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah SWT telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dgn namamu
Ingat bahawa dimanapun kau atau ke manapun kau menghadap....
Allah SWT tahu...

Hanya Untuk-MU

Jangan cinta kerana dia lelaki..
Kelak kita akan membenci..
Jika dia bukan lelaki yang dicari..
Hanya pandai menabur janji..

Jangan dirindu pada paras rupa..
Kelak kita akan terseksa..
Jika dia tidak sebaik rupanya..
Senyumnya manis tipu belaka..

Jangan disayang kerana berharta..
Kelak kita hidup menderita..
Jika hartanya habis dibelanja..
Sukarnya hidup miskin dan papa..

Jangan dikasih kerana dipuji..
Kelak kita menagih janji..
Jika rupa berkedut dimamah hari..
Hilang sudah puji memuji..

Jangan dicari seorang kekasih..
Kelak kita akan disisih..
Jika kasih luntur bersih..
Menangislah diri hidup bersedih..

Jangan disambut salam rindu..
Kelak kita menahan sendu..
Jika rindu tak dapat bersatu..
Di manakah akan kita mengadu..

Jangan dilayan seorang teman..
Kelak hidup menjadi ancaman..
Jika teman tidak beriman..
Dibakar api dihari kemudian..

Wahai sahabat wahai teman..
Carilah dia kerana Tuhan..
Untuk menambah ceteknya iman..
Bekalan diri hidup berteman..

Wahai sahabat wahai teman..
Cintailah dia kerana beriman..
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
Baik buruk ketentuan Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..
Terimlah dia penuh keikhlasan..
Andai buruk anggaplah dugaan..
Andai baik pujilah Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..
Ingatlah akan janji Tuhan..
Isteri yang baik besar balasan..
Suami penyabar itulah kemenangan..

(p/s : Renung2kanlah)

Bila mula keliru.....

Bila bermula kekeliruan antara hati dan badan,
Tengoklah dengan mata dan lihatlah dengan hati,
Renungkanlah dengan akal dan fikirlah dengan iman,
InsyaAllah yang tersurat akan terserlah dan yang tersirat akan terbentang.

(p/s : Ya Allah pimpinlah daku dan janganlah KAU menjauhiku..Amin)

Sometimes...

Sometimes the one you love turns out to be the one who hurts you the most and sometimes the friend who takes you into his arms and cries when you cry turns out to be the love you never knew you wanted...

(p/s : Maybe something to think about...)

I'm Sorry


"Meminta maaf merupakan petanda sihat bahawa seseorang itu masih berbicara dengan hatinya." ~A.Wahab Ali.

(p/s: Sama2lah kita bermaafan. I'm sorry for what i've done my dear friends)

Something to share


To My Friends Who Are...SINGLE (Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take you time and choose the best.)

To My Friends Who Are...MARRIED (Love is not about "it's your fault" but "I'm sorry." Not "where are you" but "I'm right here." Not "how could you" but "I understand." Not "I wish you were" but", "I'm thankful you are.")

To My Friends Who Are...HEARTBROKEN (Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

TO ALL MY FRIENDS...My wish for you is a women whose love is honest, strong, mature, neverchanging, protective, rewarding and unselfish. GOOD LUCK.

Its May, what a time!

Hmmm, dah masuk bulan Mei 2010 rupanya. Hari ini Jumaat menjengah lagi. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan usia menikmati Jumaat ini. Cepatnya masa berlalu. Namun dalam aku meniti hari dan usia, aku kerap alpa dan leka dengan nikmat dunia yang sementara...Apakah cukup amalanku..apakah cukup jasaku kepada kedua orang tuaku...dan macam2 lagi...Ya Allah ampunkan dosaku..Moga aku sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaanMU.....Moga aku sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNYA...
(p/s : Ya TUHANKU, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai..AMIN)

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...