Thursday, July 29, 2010

Akhir Syaaban dan Ramadhan 1431



Syaaban bakal melabuhkan tirainya. Selamat datang RAMADHAN AL-MUBARAK. Alhamdulillah dan insyaAllah dapat ku rasai Ramadhan kali ini.

Perkara-perkara yang perlu diingati bulan ini selain daripada puasa adalah hari lahir ayahku. Apa agaknya hadiah yang sesuai kali ini? Ada cadangan tak? Hmmm...
(p/s : Ya Allah, moga ibadah puasaku tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan diterima olehMU. Moga diri ini lebih sabar dalam melalui dugaan dan cabaran yang menanti.AMIN)

Ke Mana Duit Anda?




Tajuk buku yang menarik, Ke Mana Wang Anda ditulis oleh salah satu financial planner yang berpengalaman iaitu Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
BERKAT wang?
Cukupkah gajiku walaupun dah naik?
Itu antara paparan yang menarik perhatian pada kulit buku untuk mendorong ku membeli buku ini. Sesiapapun ku rasa menghadapi masalah kewangan. Samada serius, sangat serius atau mungkin tiada wang langsung.

Celik mata di kala pagi terfikir, apa yang akan ku makan hari ini? Tengahari nak makan apa? Malam nak makan apa? Pagi..nasi lemak dan telur RM2. Itu belum tambah ayam goreng, tentulah mencecah RM4. Teh tarik buat membasah tekak RM1.20. Tengahari pulak...Nasi, ikan goreng dan sayur RM5. Malam...kalau makan mewah sikit, makin mahal harganya. Purata duit makan sehari lebih kurang RM15. Sebulan RM450. Itu budget makan biasa-biasa, dan kalau luar biasa sikit boleh mencecah RM500 seorang diri.

Kat Malaysia ini, macam-macam makanan. Pantang dengar kat mana yang sedap :D. Itulah aku. Cuma tak semua hajat tekak ini dipenuhi. Alamatnya kering duitku. Itu belum masuk nafsu shopping, nafsu ingin memiliki barangan mewah, nafsu menambah koleksi baju, tudung dan kasut dan nafsu bercuti.
Segalanya duit.

(p/s : Terliur pulak aku tengok ayam goreng kat atas nie...ehehehe, baru bercerita pasal duit makan)



Thursday, July 22, 2010

Canon D1000 vs Nikon 3000D


Hmmmm, aku suka snap pic. Tapi tak gemar picture ku disnap. Sebabnya ntahlah dari dulu mmg begitu. Aku suka snap apa sahaja picture kecuali diriku...Ehehehhehee. So aku survey SLR dalam range yang diizinkan poket ini dan conclude 2 jenis SLR iaitu Canon D1000 dan Nikon 3000D.

Sebenarnya terpulang apa yang diinginkan - quality pic yg cantik, live view memandangkan range price hampir sama (kurang RM2000), warranty kedai atau warranty kilang dan sebagainya.

1. Canon D1000 - pic ok dan ada live view, motorized pada body camera, keluaran awal tahun 2000, body ringan sket
2. Nikon 3000D - pic lebih ok dan tak der live view, motorized pada lens, keluaran terbaru dalam kategorinya, body solid

Itu sahaja yang perlu anda tahu...yang lain tu masa nk beli camera pandai2lah nego utk aksesori (tripod, filter, upgrade memory card dan etc). Yang lain itu sekiranya berhajat untuk beli tambahan lens hanya sediakan duitnya..

Kalau minat nak beli 2nd camera...sila klik sini

(p/s: lebih tertarik pada Nikon tapi.....)

Movie ME



Atas kesibukan hujung minggu, 2 movie masih belum ku tonton. Dah agak terlambat...rindunya pada Edward Cullen :D.

Moga-moga hasrat minggu nie tercapai....

(p/s : Sedang bergelap dalam office....break time)

Wednesday, July 14, 2010

Jalan2 with Mum's

Kunjungan ke Sabah ntah kali ke berapa. Aku suka ke Sabah. Kunjungan kali ini merangkumi island tour, day tour to Kota Kinabalu, Hot Poring dan kawasan berdekatan serta Gaya Street juga muzium. Pengalaman paling indah ke Sabah kali ini, berjalan di atas canopy walk (terdiri daripada 4 station) semasa di Hot Poring. Setelah sekian lamanya, hasrat kali ini tercapai. Selain itu, aku juga berpeluang xplore hutan di Kinabalu Park sambil melihat alam, pokok (naked tree pun ada...eheheheh) dan bunga liar. Maha Suci Allah.
Membeli belah menjadi aktiviti yang wajib di sini terutama kepada peminat mutiara. Namun tiada yang ku beli untuk diri sendiri selain sehelai t-shirt Sabah (buat pertama kalinya) kerana aku kurang gemar membeli t-shirt. Tak lupa brooch yang tak seberapa harganya.


























(p/s : in new office environment....)

Monday, July 5, 2010

Langkah ke Cameron Higlands



Tempat percutian yang berdekatan dengan KL dan suka untuk ku lawati.


(p/s : Pantry officeku sejuk seakan di CH)

Thursday, July 1, 2010

Its July

Alhamdulillah tabir Jun telah berlalu. Kini Julai menjelma. Bulan nie, antara perkara-perkara yang perlu diingati adalah my mom's birthday dan 2 percutian sepanjang bulan ini. Penat badan masih terasa dan sebenarnya sudah 4 hujung minggu berlalu dan aku masih tidak punya masa untuk berehat di rumah. InsyaAllah pertengahan Julai ini, cuti hujung minggu akan digunakan sebaiknya.

p/s : Macam nk demam jer...

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...