Monday, August 30, 2010

Say XX to Indonesia


Sebaik membaca artikel "Rakyat Indonesia lempar najis ke Kedutaan Malaysia", apa yang mampu aku katakan pada diri sendiri hanya "kolot", "tak berpelajaran", "otak tak der ker". Tapi itulah kan..apa yang derang dapat. Memang dah terkenal secara tak langsung. Kalau terkenal dengan something new invention ok gaks. Ini idak...terkenal sebab pegang najis orang dan buang kat orang lain. Ehehehe. Agak lawak kan...


Tapi itulah indonesia, dari Malaysia sambut merdeka sampai kini ada jer isu yang di'kasi panas'. Tentan tarian la, tentang nelayan la. Tapi sebelum tuding orang lain dulu, tengok-tengoklah persekitaran di sana dulu. Tak payah cari silap orang lain. Renung-renungkan silap sendiri diri..Ambil jari dan tunjuk pada diri. Nahhh, carilah kelemahan diri, baiki dulu kemudian barulah fikirkan orang lain. Salah satu tanggungjawab khalifah adalah memelihara akal. Tegah dulu kemungkaran yang ada di sana. Jadilah khalifah yang baik.


Kenapa perlu bertelingkah? Kita asal dari serumpun yang sama, mungkin sama-sama Muslim, ramai rakyat Indonesia di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia di sana. Semua tu sedikit sebanyak menjana ekonomi negara masing-masing. Berapa ramai artis Indonesia menetap disini? Namun, itulah rakyat Indonesia yang kuat memberontak.


(p/s : Anyway, I'm proud to be Malaysian..Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53 "1 Malaysia Menjana Transformasi")


Friday, August 20, 2010

Halal


TAHNIAH, aku puji tindakan JAKIM yang telah menyenaraikan senarai hotel-hotel yang mempunyai sijil HALAL. Selama ini senarai tersebut agak pendek. Kali ini hasil semakan aku, makanan yang aku teringin makan seperti Big Apple Donut dan Fish Manhanttan telah mempunyai sijil halal. Here WE Go!!
Tahniah JAKIM.
(p/s: Hotel berdekatan Kajang untuk BUFFET RAMADHAN hanyalah di Hotel Residence dan Cyberjaya..sedihnya)

Lirik Lagu Slot Akasia TV3 Epilog Syurga Cinta - Ku Memohon Padamu


Penyanyi Fida , Download Lagu

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu

Ku memohon padamu

(p/s: Sungguh menarik drama ini, tambah-tambah ada Mia Sara Nasuha), Rafidah pun comey :))

Thursday, August 19, 2010

Minggu Tanpa Meeting


Hari ini dah masuk 8 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Namun apa yang ku kongsi pada hari ini adalah "Minggu tanpa meeting?", "No Meeting Day?". Tak percaya kan tapi percayalah! Sungguh menarik sekali. Minggu nie ku lalui tanpa satu pun meeting setelah agak sibuk minggu lepas. Walaupun tak ada meeting, tapi banyak kerja yang masih belum selesai. Tapi sekurang-kurangnya ku bahagia tanpa meeting buat seketika...


Minggu lepas meeting akan berlangsung seperti sediakala...


(p/s: Sambil menelaah artikel mengenai kes perceraian Roslin-Raja Azmi..Macam2 dalam dunia nie)

Wednesday, August 18, 2010

Gambar 'Tukang Amik Gambar'

Hasil aktiviti googleku..Aku tercuit dengan gambar 'tukang ambik gambar' yang ku rasakan lucu, kelakar, menggeletek hati dan membuatkan aku tersenyum sendirian. Jom kita tengok, mana yang lucu..













(p/s: Agak2 bila aku jadi 'tukang ambik gambar' jadi gini gamaknya. OMG-layan OMG kat HOT.FM..ehehe)

Duit oo Duit...di Mana Kau Duit



Hmmm, dah agak lama setiap kali aku bermula langkah pertama, mesti tak sampai langkah ketiga...Ehehehehe. Adussss....Camne la nk motivate diriku ini..Kali nie aku akan cuba sedaya upaya. Moga langkah kali ini berterusan. Walaupun langkah kali ini bermula pada awal bulan Ogos 2010, tapi akan ku melangkah jua..cheeewaaahhh..


Apa yang ku maksudkan adalah 'duit', 'financial filing' atau dalam bahasa aku 'merekodkan keluar masuk duit'...susah sebenarnya nk konsisten. Setiap kali bermula, setiap kali aku gagal...InsyaAllah kali ini moga berjaya..AMIN...


Dan sebagai langkah pertama, aku telah siap menyiapkan separator berwarna untuk fail aku, telah siap menampal segala resit-resit dan slip bank. Serta google template yang bersesuaian bagi tujuan rekod.

Langkah seterusnya akan ku update kemudian dalam blog ini.


(p/s : Tengah mencongak agihan gaji yang akan masuk untuk sambutan Aidilfitri)


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...