Thursday, December 30, 2010

Cuti Umum = Hari Lahirku

H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y T.O M.E

Esok adalah cuti umum bersempena kemenangan kejayaan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010. Yahoooo.......
Cuti umum yang diumumkan esok kebetulan adalah hari lahirku.
Semoga doaku dimakbulkan Allah.

Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru 2011.
Hari nie telah 24 hari berlalu dalam bulan Islam. 24 Muharram.
Moga aku menjadi hamba yang taat kepada perintahMU.
AMIN. 


Kasih ibu


"Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih ayah seluas lautan"


Pagi tadi semasa perjalanan ke pejabat, di radio berkumandang lagu mengenai ibu. Sedih jadinya mendengar lagu itu. Menitik air mata ini.

Malam tadi, kala perlawanan AFF 2010 berlangsung..aku hilang mood tengok corak permainan. Pendapat aku, bahagian defence agak lemah. Aku membuat keputusan untuk keluar bersama ibu. Ku tinggalkan pesan
"jangan lupa sms ya kalau gol".

Kami sempat shopping 2 helai baju. Namun mengimbas semasa ibuku mencuba pakaian, masa agak lama diambil. Aku lebih pandai bersabar berbanding sebelum ini. Ku masih ingat ibuku mencuba jubah di salah sebuah kedai jubah berhadapan Sogo. Masa diambil memang lama, aku hairan dan lantas mengetuk pintu. Namun saat ibu membuka pintu, ibu telah sedia berjubah baru. Cantik sekali. Namun semasa ibu ingin menukar ke baju asalnya, ibu meminta aku unzip jubah tersebut.  Aku pun unzip jubah dan terlihat kedut-kedut pada bahagian belakang badan ibuku.

 Ibu yang melahir dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.
Ibu yang bersusah payah memberikan pendidikan padaku.

Ketika itu, kusedar kadangkala aku tidak berlembut pada ibu.
Aku ini kadangkala anak yang degil. Aku ini anak yang kadangkala tidak mendengar cakap. Aku ini bukan anak yang solehah tetapi aku akan cuba menjadi sebaik mungkin.

Hampir menitik airmataku, namun aku segera keluar dari bilik persalinan.
Aku ada terbaca mengenai seorang anak lelaki yang memarahi ibunya atas ketidakpuasan hati. Si ibu yang sedang menjamah nasi, terhenti dan menangis lantas berkata "Mak tengah makan nasi nie". Si anak tidak memperdulikan kata-kata si ibu dan berterusan memarahi ibunya. Air mata jatuh bersama nasi yang dijamah oleh ibunya.  Moga anak itu masih berpeluang memohon maaf dari ibumu. Seandainya diizinkan Allah. 

Sedih plak aku tulis kisah ini. Namun, kisah ini dicoretkan untuk peringatan diri sendiri agar lebih menghargai ibu dan ayah. Supaya aku lebih berlembut dengan ibu dan ayah. Supaya aku menjadi anak yang solehah.
Kerna kadangkala kita leka dan alpa.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkan watakku terhadap mereka
Lembutkan hatiku untuk mereka
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil.
AMIN YA RABBUL AMIN

Ayah...Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Harimau Malaya makan daging, Garuda makan asap




Entry yang paling tidak sabar untuk dimasukkan. :)
YES...Malaysia Juara Piala AFF 2010.
I Like...

Walaupun defence Malaysia tidaklah utuh benor..
Tapi Malaysia bernasib baik sebab dah menang 3-0 masa kat Stadium Bukit Jalil.

Suka aku melihat air mata Indonesia, kejap lagi aku mau baca Jakarta Post
Baju dalam laser Julia Perez tidak menjadi
YES...........MALAYSIA JUARA

Wednesday, December 29, 2010

Kasih Sayang

Kenali cinta
Cinta itu fitrah manusia
Kadangkala membahagiakan
Kadangkala menyesakkan
Itu realitinya

Kata orang
Cinta itu buta
Cinta itu sengsara
Cinta itu derita

Orang kata
Cinta itu indah
Cinta itu bahagia
Cinta itu ada

Bahagiakah kita dengan cinta yang kita ada
Bersyukurlah kita dengan anugerahNYA
Siapalah kita untuk menilai
Yang mana kaca dan permata
Lihat sahaja diri kita
Sempurnakah kita


Pink & Grey


Saya sangat suka 2 warna ini. Kesukaan ini tidak terlalu obses, tapi boleh tahan gak la. :) 

Ianya bergantung, misalnya kalau hairband, phone, earphone, beg, pakaian sesuai warna pink di mataku ini. Semua ini dalam koleksi peribadiku.

Sementara warna gray sesuai untuk warna kereta, pakaian dan juga bergantung kepada cita rasa pada masa tersebut. Yelah kalau kete pun warna shocking pink, tak sudi lelaki nak drive. Alamatnya i've to drive all the way. Oh! No.....Never...

Dan satu lagi, aku akan pastikan palitan cat warna grey akan ada di rumahku kelak. Warna pink untuk rumah? Akan kufikirkan kemudian..

Aku turut menggemari warna purple...It looks so yummy...tak lupa baby blue, beige, brown and black.




Kain cotton pilihan hati..


Tahun depan, azam aku adalah membuat baju kurung dari kain cotton a.k.a kapas. Bukannya azam nak kurang tempahan baju..
sebaliknya azam yang memerlukan duit iaitu tempah baju baru. Ahahahaha. Aku sudahpun membeli 3 pasang kain kapas untuk ditempah.
Dan baju sedia ada dah 4 pasang. Rasa lembut je bila dipakai walhal aku bukannya lemah lembut :).

Memandangkan KAMDAR tengah ada sale akhir tahun, rugi rasanya dilepaskan begitu sahaja. Namun, perlu diingatkan jengok dulu poket bulan tu...kalau ada lebih sket, beli la sepasang kain. Kalau fulus tidak mengizinkan lupakan dulu hasrat itu. Budjet aku mestilah semeter tidak melebihi RM12.00. Kalau dah 4 meter lebih kurang RM40. Upah baju lagi.

Dan satu lagi, aku nie jenis suka survey barang. Dari zaman muda2 lagi (skang pun muda gaks..ehehehe, bila lagi nk perasan kan) mmg suka survey brg. Harga kain @ KAMDAR tak der sama, kain yang aku suka kat Putrajaya less 10% jer...bila KAMDAR TAR less 20%. Agaknya derang silap tempek kot...

Pilihan aku kali ini bukannya yang corak besar-besar. Yang penting nampak SWEET dan COMEL. :) 

Gaduh sebab sebijik bola...bodoh tak?


Nak tergelak lagi aku baca artikel indon yang naik hantu...Menyalak sana..menyalak sini sebab sebijik bola..Menang kalah adat pertandingan tapi sebab mentaliti di bawah tapak kaki, sebijik bola dijadikan isu...Indon indon...mmg tidak pernah berpuas hati dengan Malaysia..Negara Asia dan dalam serumpun yang sama...adatlah tu, makanan, budaya agak mirip walaupun dijajah oleh kuasa yang berbeza iaitu Inggeris atau Belanda.

Kali ini, isu laser dijadikan isu. Julia Perez dikatakan akan memakai baju dalam laser untuk mengaburi mata pemain-pemain Malaysia. Pakailah apa pun, kalau Malaysia ada rezeki menang, alhamdulillah. Kalau tak menang, memang tak der rezeki. Its that simple. No hard feeling dan simpan-simpan perasaan.
Tak boleh aku bayangkan kalau Malaysia yang menang, boleh ker menyusup keluar dari stadium tu dalam keadaan tidak dicederakan dengan objek-objek tertentu? Belum tentu selamat kan.

Tapi aku hairan, kenapa salah sendiri tak dinampak, tapi salah negara lain nampak. Indon pun suluh laser tapi disalak-salak Malaysia yang suluh laser. Umpama kentut busuk tapi dituding pada orang lain. Kelakar kan. Itu mentalitinya dari dulu, sejak ketidakpuasan hati atas kemerdekaan Malaysia. Apapun persengketaan di antara negara memang berlaku, misalnya China-Jepun, Korea Utara-Korea Selatan walaupun dalam rumpun yang sama.

Apapun, malam ini menjadi penentu dalam Piala Suzuki AFF 210. Moga kemenangan menjadi milik MALAYSIA. Amin.

Monday, December 20, 2010

Sepetang di Pulau Pinang






Aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Pinang. Best sebenarnya, maklumlah balik kampung. Cuma kali nie atas urusan kerja. Port yang dikunjungi adalah gurvey drive, gurney plaza, chowrasta road dan night market batu feringghi.

Kami makan ai-chi a.k.a cucur udang+tahu+timun+kuah kacang. Ghupenyer ai-chi tu adalah term chinese. Terkesima aku dengar nama tu..Rupanya aku panggil cucur udang. Maybe pasembor cuma bahannya tak byk sgt..

Tak sah juga kalau tak beli jeruk. Aku memang tak makan jeruk. Tapi ole2 utk opismate. Tak lupa magnet fridge untuk diri sendiri.

Dan jangan tak tau, kat penang chinese pun niaga cendol. Ramai yang beratur semata-mata nk makan cendol tu.

Kami juga berpeluang ke Deen Nasi Kandar. Memang sedap. Especially ayam gorengnya yang sangat sedap. Ntahlah ek kalu difikirkan ape la yang ditaruk dalam ayam tu..Ehehehe. Lokasi area Jelutong. Jom layan...
















'Worst Movie' this year

Aku menonton SkyLine. Hmm, sangat lembab jalan ceritanya untuk versi tahun 2010. Kalau skyline ditayangkan tahun 80an, aku rasa ok lagi. Kesimpulannya tidak menarik langsung.

Friday, December 3, 2010

Bercakap dengan pokok

Malam tadi, aku terpandang baldi yang sedia ku tadah untuk dipenuhi air hujan. Tujuannya untuk memandikan pokok dan bunga-bungaanku. Menyejukkan 'mereka'. Bagi aku, pokok pun menpunyai jiwa. Ingin merasai air hujan yang menyamankan. Ehehe, kelakar kan tapi itulah yang aku rasakan.

Bila aku mandikan pokok tu, akan dapat rasakan pokok itu berterima kasih padaku. Walhal dia tak bercakap pun. Berterima kasih melalui tumbesaran yang baik dan sihat. Ehehehe. Gila agaknya. Tapi thats what i feels. Aku berhasrat menambah lagi koleksi pokokku. Pokok pandan dan seraiku membesar bagaikan juara. Kini, daun pandanku turut dijadikan pewangi dalam kete. Segar rasanya baik keretaku...

Itulah aku yang cinta pada alam. Teringin ke taman negara namun hasratku belum tercapai. InsyaAllah satu hari nanti aku akan ke sana jua.

Megi goreng Mamak

Cuaca begitu panas tadi. Berpinar sekejap. Menu makan lunch hari ini adalah megi goreng. Dalam banyak-banyak menu, hari nie aku pilih utk makan megi goreng. Kali kedua makan megi goreng kat kedai mamak. Sedap gak rupanya. Selalu aku berfikiran, daripada makan megi goreng baik aku goreng sendiri. Tapi itulah megi goreng mamak lain rasanya. Ehehehehe.

Aku bungkus jugak Chicken Shish Kebab kat Mr Kabab. Baru nak merasa.....
Dari banyak komen yang kujumpai, ramai yg kata sedap..




Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...