Monday, January 31, 2011

Besttt wooo naik keretapi..

Cus-cus keretapi, cus-cus keretapi...

Itu lagu masa zaman kanak-kanak. Dulu2 memang excited bila tengok ketapi, mesti nak lambai-lambai. Itu belum lagi tengok kapal torbang. Confirm 'bye-bye'..Ehehehe. Itu antara keseronokannya zaman kanak-kanak.

Aku berpeluang naik ketapi baru-baru nie. Kali ini aku cuba 1st class (Coach AFC) Senandung Mutiara. Naik di KL Sentral. Harga RM65. Kalau anda pelajar boleh apply kad diskaun. Cuma perjalanan aku malam selepas balik kerja. So, tak boleh la nak tengok scenery. Ye ker larat mata nie nak tengok scenery. Ngantuk ada ler...:D

Perjalanan pulang dari kampung ke KL bersama adikku, juga dengan ketapi bermula jam 8.18 pagi, coach AFC, Ekspress Rakyat. Kali ini ku pasang niat untuk melihat tasik merah di Perak. Hopefully mata nie masih mampu bertahan.

breakfast yg dibeli

Beberapa gambar tasik berjaya ku capture. Akhirnya....
view tasik merah dari ketapi

Ketapi berhenti di Ipoh. Ramai penumpang naik. Ketapi bergerak semula dengan perlahan.


Aunty : Apa pasai ini ketapi goyang2?

Adikku : Ini ketapi sudah mau jalan....

Aunty : Aiiiyakkkk, ini ketapi mau jalan ka? Apa macam saya mau turun? Tak boleh berenti ka?

Ehehehehe, itu antara peristiwa kelakar. Aunty tu niatnya nak hantar sedaranya sambil borak2 dalam coach. tu. Agaknya dia ingat train tu berenti lama kot. Then, aku pun cakap la kat aunty tu "aunty pegi tanya orang baju biru (staff KTM)". Punyalah laju dia lari sambil membawa payung ala-ala ceti. Tapi takkan ketapi nak berenti utk dia sorang. Akhirnya terpaksalah dia turun di Kampar. Ehehehehe.

Kalau anda tidak mementingkan ketepatan masa untuk tiba di destinasi dan suka menikmati keindahan alam cubalah 'try'. For me who is nature lover, i really enjoyed it!

Tiket keretapi boleh dibeli dikaunter, ditempah online (system akan up pada akhir Feb 2011 rasanya) atau sms. Cam la aku dapat komisyen promote nie. Untuk maklumat lanjut klik http://www.ktmb.com.my/




Sunday, January 30, 2011

Mee goreng paling sedap..

Mee goreng memang sedap. Tapi aku kurang gemar sebab ada asid borik. Cara nak test mee kuning tu ada kadar asid borik yang tinggi atau tidak, mudah aje. Curahkan/tuangkan air bancuhan kunyit ke atas mee kuning dan saksikanlah sendiri. :D

Tapi kadang2 ku layankan jua niat nak makan mee goreng nie bila aku balik kampung, among the best mee goreng. Selain mee goreng,  ada koey teow goreng dan mee kuah. Mee goreng ditambah sambal sotong. Lokasi di Juru area Auto City. Aku dah makan kat situ tapi aku bungkus lagi. Ngeh ngeh ngeh...

Lokasi makan mee goreng yang sedap lagi kat area Cherok Tokun. Lain kali aku ambil gambar plak.

Tengok gambar pun dah terliur..yummiess!




Saturday, January 29, 2011

Buku teks dulu...Buku teks sekarang

Buku teks sekolah menengah dulu, dalam bahasa melayu. Buku teks sekarang dalam bahasa inggeris. Aku belek2 buku teks adik aku baru-baru nie.

Kagum seketika. Aku setuju penggunaan buku teks dalam BI sebab kita akan lebih terdedah untuk buku rujukan di universiti. Langkah awal untuk adik-adik kita. 




Thursday, January 27, 2011

Ratu Google kah aku?

RATU GOOGLE

Itulah gelaran yang kawan aku bagi. Hehehe. Bunyi cam hebat sangat kan tapi biasa jer. Agaknya skill searching/google aku boleh tahan. Tapi aku sangat suka google. Sangat-sangat suka. Ehehehehe. Berkat skill ini, maklumat yang aku cari mengambil masa yang agak cepat.. :D. Masuk bakul angkat sendiri nampaknye kan....

(sumber : google)

Antara tips yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi adalah:

1. Dapatkan http://www.google.com/ (itu sudah pasti la kan)

2. Carian bagi quotes atau phrasa - gunakan simbol ". contohnya ["baju murah dan cantik"]

3. Kalau nak cari lirik lagu yang tak ingat sepenuhnya, gunakan simbol *. contohnya [senyum *suria]

4. Untuk takrif/definisi perkataan yang kurang jelas, gunakan "define:", contohnya [define : sentimental]

5.  Gunakan google sebagai kalkulator. Sesuai untuk simple equation. Mesti ramai yang tak tahu kan. Contoh [4120.56*2-1000=]. Senang bukan!

6. Carian images/books/maps - gunakan google.com tapi perhatikan di atas. Klik sahaja.

7. Advanced search boleh digunakan sekiranya sukar nak ingat dari no 1 hingga 6..Ehehehe..

Selamat goooooooooooooooglee...blup bluuuppp...bluuuuurrrppp (baru sudah mkn nasi ayam goreng yang sedap..2 hari berturut2 makan kat sana)

Laluan elak jem ke Subang Jaya

Telefon berdering.

Mak : Nina, boleh dak mai ambik mak pukui 4.30 petang? Meeting dah abis nie...

Nina : Alamak mak, jem la kat situ...adoooiii. Tapi tak pa la nina nanti keluaq nina sms mak...

Hatiku terus berdebar dan tidak keruan. Serius. Cheewaahh bunyi macam nk pi dating tapi sebenarnya nak pi amik mak di kawasan yang jem. Mak aku di Subang Dorsett. Aku pun menggunakan skill 'ratu google' untuk mencari alternatif lain selain menggunakan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP) dan guess what menggunakan ELITE Highway sangat menbahagiakan.

Dari ELITE Putrajaya (E607) akan melalui Bandar Saujana Putra Interchange(E606) - Putra Height Interchange (E605) - USJ Interchange (E604) - RNR Seafield Interchange (E603).

Gunakan E603, lepas bayar tol ada 2 simpang. Kiri - Klang, Kanan - Subang Jaya. Gunakan simpang kanan dan terus sehingga jumpa simpang pertama di kiri jalan. Belok kiri, terus sehingga jumpa roundabout. Ambik pukul 12 dan belok kanan. Tadaaaaa....hotel di sebelah kiri jalan.

Lega rasanya..tiba di sana dalam 40 minit jer...

Balik pun mudah, gunakan laluan ELITE...sungguh mudah.

Yang penting, gunakan skill google. Maklumlah aku nie bukan jenis pathetic gadget lover. :)


Wednesday, January 26, 2011

Kartun Dulu..Kartun Sekarang

Dulu-dulu zaman tak der astro, atau mungkin famili aku yang tak subscribe astro..maklumlah mahal kan..Kartun fav mmg banyak. Tapi paling aku suka dan sanggup tunggu kartun hikayat sang kancil dan monyet, gagak yang bijak, hikayat sang kancil dan buaya dan lain2.



Kartun skang yang aku layan shaun the sheep, sinchan, chibi maruko chan. Umur dah bertambah tapi sememangnya layan kartun menggembira dan melapangkan hati. Apa kartun yang korang layan ek?




Shaun the sheep - Berkisar kehidupan di ladang kambing biri-biri. Hero cite nie yang baring kat atas nie haa..Hero ini serba boleh, sedaya upaya cuba selesaikan masalah walaupun kadangkala caranye mendatangkan masalah. Dibantu oleh watak tambahan seperti anjing yang menjaga sheep, tuan ladang yang pakai spek tebal dan babi yang dengki pada sheep. Cubalah layan sekali...baru tau!


Chibi Maruko-chan - Aksi budak kecik baju merah sungguh mencuit hati, degil dan kuat membentak. Atuk yang selalu mengiakan kata-kata Maruko, naik lemak la dia..Ehehehe. Setiap Sabtu di NTV jam 10 tak silap aku. Kat astro channel anime hari sabtu jam 10.03 pagi.



Sinchan - Watak utama Nohara Sinchan. Aksi utama gatal dengan pompuan seksi, goyang punggung dan kepala benjol. Ahahahaha. Kartun yang pasti layan setiap Sabtu jam 7.00 malam ntv7.

Tuesday, January 18, 2011

At Last....The movie that i've waited so long

THE SONG OF SPARROWS...Dua minggu lepas ada terbaca reviews tentang movie nie di dalam the stars, editor tu punya minat yang sama dengan aku. Juga meminati The Children of Heaven.

Sebenarnya aku dah lama tau tentang movie nie tapi hasil goggleku. Filem ini diterbitkan pada 2008. Dah agak lama aku cuba mencari dvd, tapi tak berjaya. Namun akhirnya, baru aku tau....rupanya movie sebegini juga memasuki Malaysia cuma limited cinema jer. Aduihh kenapa lah aku baru tau?? Tapi mana ada manusia yang serba tau kan. :D.

Cerita ini belum ku tonton namun lebih kurang gini. Seorang penjaga burung ostrich, Malek secara tidak sengaja melepaskan seekor burung tersebut. Akibatnya Malek dimarahi oleh majikannya dan dia melakukan mcm2 kerja untuk membayar kerugian. Selain itu Malek juga mempunyai fokus untuk menggantikan hearing aid anak gadisnya. Disinilah bermulanya kisah hidup Malek yang jujur dan ikhlas. Karya Majid Majidi dari Iran sungguh menarik dan ikhlas.

2 gambar terawal kat bawah nie nampak seakan-akan daun2 gugur tapi sebenarnya ikan emas yang secara tidak sengaja terlepas.Jangan lupa saksikan filem yang mampu meruntun hati. Ehh, tukang promote plak aku :D.

Movie yang masih kucari, kalau ada maklumat camne nak beli dvd bolehlah kongsi2 ya....






Wednesday, January 12, 2011

Pandai ke anyam ketupat?

Pandai ke anyam ketupat? Ketupat daun palas aku pandai la. Sebab kat kampung aku memang secara tradisinya memang makan ketupat daun palas. Aku berpeluang belajar anyam ketupat nasi a.k.a ketupat bawang dari seorang kawanku yang comel. Orangnya ala-ala ganas tapi pandai anyam ketupat. Aku ala-ala tak ganas nie tak pandai. Rugii wooo..Terima kasih atas ilmu yang diturunkan.

Dan guess what, masa raya baru-baru nie aku berpeluang anyam dan rebus ketupat tu. Alhamdulillah menjadi beb.

"Makkkk...anakmu ini dah pandai anyam ketupat nasi."

Rupanya tak der susah benar. Yang penting keazaman dan 'belasah jer'.

Ketupat yang terakhir sekali, aku buat khas untuk akakku yang comel secara simboliknya untuk hari lahirnya baru-baru nie atas ilmu yang diturunkan.. Cun tak?





Its all about 3 little cake

Entry nie agak lambat diupload, dalam kamera lain. Kek hari lahirku...Yum yummy. Aku nie memang penggemar kek. Sangat suka kek kecuali fruit cake (yang ada kismis dan buah2an campur). Sebut jer kek ape -
a. Cheese cake - aku suka
b. Chocolate cake - pun aku suka
c. Vanilla cake - aku suka gak
d. Blackforest - aku gak
e. Kek batik - yang nie paling senang buat (aku suka)
f. Triflle

Terliurnya..sebut pun dah terliur....Ehehehehe

Monday, January 10, 2011

Merlin Season 3 is back..Yeahhhh!


Salah satu movie kegemaranku dah kembali. Kali ini ditayangkan setiap Jumaat, 10.00 malam di TV3. Sangat-sangat dialukan pada hari Jumaat sebab sebelum nie hari Ahad.

Episod selama 2 jam pada Jumaat yang lalu, dimulakan dengan penemuan Morgana di hutan setelah hilang hampir setahun. Morgana sebelum ini pernah diracuni oleh Merlin sebab Merlin tahu kejahatan Morgana.

Morgana membuat komplot untuk menjatuhkan kerajaan Camelot namun komplot gagal.

Kisah Merlin ini dah glamour masa kecik-kecik dulu. Masa kat library ada buku cerita ini, dan akhirnya Merlin menjadi penasihat kepada King Arthur. Alamak, tiba-tiba aku teringat buku cerita zaman kanak-kanak. Antaranya; The Adventures of Tom Sawyer (1876) dan The Adventures of Huckleberry Finn (1885). Kalau cerita nie difilemkan mesti best. Ke aku yang tak tahu??

Tak lupa cerita penggembaraan Nancy Drew, Oliver Twist  dan 5 sekawan sungguh menarik.





Monday, January 3, 2011

Apa azam tahun baru?


Hari nie kita telah melangkah ke 2011, bersamaan dengan 28 Muharram 1432. Cepat benor masa berlalu. Namun, masih banyak yang belum diselesaikan. Ada beberapa azam tahun lepas yang tercapai, dan ada yang tidak biasalah kan...:). Kenapa azam kita tidak tercapai? Malas ka kita? Tidak mampu melawan nafsu? Atau?

Antara azam tahun lepas aku adalah mengurangkan membeli baju outdoor. Maksudnya t-shirt, blouse dan etc. Dan alhamdulillah tercapai namun sangat-sangat sukar menahan nafsu shoppingku.

Azam untuk tidak membazir makanan, ku kira tercapai. Aku lebih menghargai makanan. Masak ala kadar dan memastikan makanan yang mempunyai tarikh luput dalam peti sejukku, dipantau dan diabiskan.

Azam yang tidak tercapai adalah 'no baju kurung' bagi tahun 2010. Tapi ku beli jugak..Sebenarnya sangat susah melawan nafsu membeli kain. Cara mudah jangan ke kedai kain. Dan ku juga perasan tahun 2010, aku jarang ke sogo, JJ yang sudah tentunya mengugat imanku. Aku sekadar ke Parkson, pegi jugak kan...I LOVE PARKSON..

Azam lain yang tidak tercapai, aku akan teruskan berdoa, berdoa dan berusaha. Moga tahun 2011 menjadi kenyataan. Permudahkanlah doa hambamu ini. Amin.

Azam tahun 2011 adalah:
1. Cuba bangun awal pagi - 5.30 paling lambat, rindu bangun awal seperti sebelum ini. Macam-macam boleh dibuat. Mandi awal, buat breakfast dan yang paling penting 'no rushing' and 'no jem'.
2.  Nak tambah koleksi baju cotton :). Aku tetiba jatuh hati yang teramat dengan kain ini.
3.  Kurangkan 'outdoor clothes' kepada 7 helai sebab no 2. :)
4.  Lebih rajin mengemas dan mop umah :)
5. Azam no 5 tahun 2010 yang masih belum tercapai. Maklumkan doa hambamu ini. AMIN.

Saturday, January 1, 2011

Percutian ke JB

Percutian ke JB yang ku kira sungguh menarik.
Lokasi    : The ZON, Johor
Tempoh : 1 malam
Shopping place : The Zon Free Duty
Makan place : Kotaraya (best dan variety), Restoran Sayam (sedap dan murah)
Singgah place : Air Itam (Off course) dan Parkson Kluang (sempat lagi singgah shopping)


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...