Thursday, March 31, 2011

Kacang Munggai/ buah kelur.....dibelasah sebab mengidam

Korang baca tak news pagi nie kat harian metro...tentang isteri yang dibelasah suaminya gara-gara makanan pelik - antaranya buah kelur atau munggai..

Puas aku fikir camno lah rupa buah kelur/munggai tu...Rupanya gini. Kekadang disebut kacang munggai di utara semenanjung. Aku pun orang utara, tapi tak kenai la plak..Ehehehe. Teringin plak nak rasa lepas tengok lepas dimasak.







sumber goggle

Tuesday, March 29, 2011

Derma pakaian/baju terpakai dan barang-barang lain




Aku kira ramai yang punya barang yang masih elok untuk didermakan. Baju, bantal, langsir, perabot dan barang-barang lain dan masih berkeadaan baik untuk digunakan bolehlah menderma..

Aku sekadar berkongsi blog rumah anak yatim sekitar selangor. Kebetulan aku tengah berkemas rumah, banyak sekali barang yang rasanya sayang nak buang. Jadi aku cuba goggle untuk manfaatkan barang itu sebaiknya.

sources images : goggle

Jom menderma!

Monday, March 28, 2011

MIHAS 2011 is around the corner...wohoooo


MIHAS...aku suka dengar event nie...wink~wink~

Aku pernah ke MIHAS 2010 kat Matrade. Memang best la. Best sebab ape?? Try macam2 jenis makanan...kekekekeke. Sampai kenyanglah..Sape tak suka 'try cuba test' kan...

Habislah duit dekat RM100 beli makanan dan makanan. Lupa plak nak upload gambar dalam n3 MIHAS 2010..

Jangan lupa, 6 hingga 9 April 2011 di KL Convention Centre. (cam promoter tak berbayar plak...tapi tak salah kongsi info kan)

Friday, March 25, 2011

Map of MRT Kajang - Sungai Buloh

picture taken from google

MPKJ ada buka booth untuk sebarang komen bagi MRT Kajang - Sungai Buloh. Pada sesape yang nak memberi komen - boleh2 ke sana. Aku bukan keje kat sana. Kebetulan aku ke sana atas urusan lain.

Untuk lihat map MRT Kajang - Sungai Buloh, click here

Penat dalam bahagia? Tired in happiness...ehehehehe

Hishhhhh...dah lama tak blogdotblog. Ehehehehe. Tuan blog penat pindah rumah..Penat sey! Tapi berbaloi sebab dok rumah sendiri! Dalam hati dok berangan-angan nak hias rumah. Konsep ape? Cat warna apa? Apapun bajet pun dah ketat...Kenalah berdikit-dikit.


teringin nak guna warna nie..tapi kena limited

Kalau perabot aku suka tengok perabot kat urban culture. Memang taste aku la...Penah la beberapa kali jengok2..tapi ongkos belum mengizinkan...Tak per simpan duit dulu...Akhir tahun urban culture wat sale lagi..time nie leh aku belasah...ahahahaha. 

Salah satu sebab aku kena menabung sebab aku dah tak guna 'magic card'. Ala2 kad larik tu. Dah masuk tahun ke 2, aku potong+gunting+kemekkan 'magic card' aku dan langsai semuanya. Mula-mula memang sakit...dulu isi minyak  guna 'magic card', sangat berguna tambah2 akhir bulan. Ehehehe. Semua orang wat gitu kan. Tapi aku nekad kali nie..moga aku tak tercair dengan ayat orang bank. Amin.

Bank Negara pun dah kuatkuasakan undang-undang baru untuk mohon kad larik tu. Sekurang-kurangnya RM2K monthly salary. Baguslah aku sokong!

When i swap the card, it feel like the world is mine......But at the end of the month, they sent me love letter.. (ayat dari my fav movie The Confessions of A Shopaholic)..

Gembira bila kad success. Naik syiok jadinya. Tambah2 bila boleh beli....


bag coach sequin idaman ku
*
*
*
*
*
perabot rotan....juga idamanku...
*
*
*
*
*
agak2 bleh ke beli kete dengan 'magic card'?? hahahaha


all images from google.com


 p/s: Apapun yang penting spent wisely not easily...

Tuesday, March 15, 2011

Gelisah...kenapa ek?

Petang nie hatiku cam gelisah. Ntahlah ekkk..Kadang2 rasa ini datang sesekali. Atau mungkin aku yang mengantuk sebab terlebih makan.hehehehe..

Menu lunch tadi : Nasi ayam + teh ais (sedap memang sedapppp....)



sources : google

Cuma tiba-tiba rasa tak sedap hati...Ehehehee. Agaknya aku rindukan family aku kot. Rindukan kawan-kawan aku yang jarang-jarang aku contact selepas tak aktif dalam FB.

Moga-moga esok lusa, hilanglah perasaanku yang sunyi nie...

Monday, March 14, 2011

Case 39.....kisah kanak2 yang menakutkan



Malam tadi sementara nunggu cite Merlin jam 10.30, aku layan movie kat ASTRO......tajuk movie Case 39. Dilakonkan oleh Renee Zellweger. Aku suka dia berlakon. She've a smiling eyes. Dia turut berlakon movie New In Town...

Cite nie mengisahkan Emily (Renee) seorang social worker menerima aduan mengenai sorang kanak-kanak yang didera oleh famili. Emily berjumpa famili tersebut dan anaknya, Lilith. Cara komunikasi ayah-ibu, ayah Lilith akan berbisik kepada isterinya untuk disampaikan kepada Emily seolah-olah tidak mahu anaknya mendengar.

Emily merasakan Lilith didera dan menerjah rumah Lilith pada suatu malam dan cuba menyelamatkannya apabila ayah-ibu Lilith membakar anaknya di dalam oven. Lilith terselamat dan ayah-ibunya ditempatkan di rumah sakit mental. Emily seterusnya diberi petisyen untuk menjaga Lilith sementara jumpa famili angkat. Namun peristiwa demi peristiwa pelik berlaku disekeliling Emily. Termasuk kematian boyfriendnya.

Jangan sesekali menjawab soalan Lilith iaitu:

What're you afraid at?

Kalau aku, jawapannya lipas :D...jeng..jeng..jeng..
Dia tahu akan yang anda fikirkan.......

Jangan lupa saksikan ulang tayang kat astro....

Lilith yang comey..




bee tiba2 keluar dari telinga, kata, hidung - boyfriend emily


source : google

Friday, March 11, 2011

Kelas Menjahit.....perlu ke atau belajar online jer??

Aku dah lama teringin nak belajar menjahit...Pengalaman menjahit aku:

* Pernah tengok mak jahit baju kurung aku dan akak ku masa kecik..ehehehe
*Jahit beg dan baju kurung kedah masa kelas kemahiran hidup
* Penah jahit dan cantumkan kain batik...

Kiranya penah la sentuh mesin jahit kan..cuma nak kasi asah bakat menjahit itu  lagi...Tiba2 di hari Jumaat nie, semangat menjahit ku membuak-buak lagi :D...

Sebab lain, aku sangat obses dengan kain cotton sekarang.. cotton english, cotton japanese, cotton vietnam..corak yang penuh keriangan tu menambat hati..tak semua corak sesuai utk dijahit pada baju kurung.
korang faham la kan....boleh jahit cam2 lagi...

Tapi, aku belum ada
*
*
*
*
*


Camne nak jahit nieee???

Aku kepingin jahit
*
*
*
*
*
sarung bantal

*
*
*
*
*
bedsheet ..
*
*
*
*
*
*
 langsir sendiri...aku suka sgt singaporean pleat utk langsir umah aku
*
*
*
*
*
*
jahit benda-benda yang cute bagi purse dan cam2 lagi...
*
*
*
*
*
senang nak repair baju/seluar yang terkoyak..g kedai repair kdg2 spend RM10-RM25
*
*
*
*
nampaknya kena kumpul $$$$$$$$ dulu.......atau mungkinkah aku perlu beli mesin 2nd hand! ??????

Thursday, March 10, 2011

Jutaan ikan ditemui mati....









source : google.com

Jutaan ikan ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, Marina King Harbour, Los Angeles. Punca kematian ikan ini masih belum diketahui.

Maybe berlaku perubahan habitat asal di bawah laut. Mungkinkah harga ikan akan melambung naik??

Wednesday, March 9, 2011

Orphan..."Kanak-kanak" yang menakutkan

saiz budak kecik tapi sebenarnya dewasa..

Hari nie entry aku mengenai movie-movie di astro yang sudah ditonton, yang aku rasa menarik untuk dikongsi. I enjoy watching movie. Really enjoy!!! Rasa released tension di kala hujung minggu dan hari keje.

Cite yang satu nie, aku tengok kat astro...Terasa nak tengok lg tapi tak penah tayang dah...Nape ek??? Lepas tengok cite nie aku usaha la ke speedy video dan kedai video nak cari dvd. Mak aiihh harga yang ori RM59.90. Giloo apoo!! Bukannya blue-ray pun....

Cite original Harry Potter, Twilight lagi murah. Tapi at last dapat gak..yang murah sket. Tajuk movie ORPHAN....

Citenya tentang seorang ibu yang baru keguguran akibat alcoholic. She's and her husband did visit local orphanage and adopt the 9 years old Russian girl, Esther (kat poster atas tu). They saw and admire her ability in playing piano and drawing.

Derang ada anak lelaki dan anak bongsu perempuan yang bisu. Esther nie ada beberapa tabiat pelik, mak angkat dia mula2 tak perasan sangat. Antaranya dia suka ikat reben kat leher, pakai baju kembang dan lengan panjang, kalau mandi dia akan kunci pintu walaupun dia kecik lagi. Dia juga ada bible yang ada semua gambar lelaki. Kebanyakannya suami kepada famili angkat dia.

Dia nie sebenarnya ada penyakit Turner Syndrome or Ullrich-Turner Syndrome (also known as "Gonadal dysgenesis"). Usia meningkat, tapi badan maintain kecik. Sebab tu bila dia mandi, dia tak nak mak angkat dia tengok. Dan kisah ngeri keluarga nie bermula bila dia mula berani menggoda ayah angkat dan sakit hati dengan ibu angkat sendiri.

Seram seyy...

cantek kan...comel jer..ms dia datang utk uji bakat dia pakai baju cam gini..
sbb tu dapat..aku tgk 'the making of orphan'


orphan_isabelle_bluray_753
dah tua sebenarnya...

orphan_isabelle_bluray_716 
bila tengok cam perempuan gile seks..

source : google


Drag Me To Hell...Seram gileeerrrr


Aku layan movie nie baru-baru nie. Seram giler..Confirm tengok celah-celah jari!!! Tak layan movie seram sorang-sorang kecuali waktu siang..Ehehehehe.

Ceritanya tentang girl loan officer yang didatangi oleh seorang nenek (gypsy) yang dah 2 bulan tak bayar sewa. Nenek tu merayu untuk diberi peluang. Girl nie pun jumpa boss tu, and the bos ask her to decide it. Girl ini actually sedang compete untuk mengisi jawatan Pen. Pengurus kat bank tu dengan seorang guy yang baru masuk. So, girl nie rasa dia perlu membuat keputusan yang tegas.

Dia menolak rayuan dan nenek tu merayu2 nak pegang dia..Dia secara tak sengaja menjerit panggil security..End up, nenek tu terasa dimalukan di depan ramai orang. Dan bermula episod seram apabila satu daripada butang coatnya telah dijampi...

Ending cerita, kenalah tengok sendiri kat astro. But she's dead. ;)

 nenek gypsy
butang yang dicabut..have been cursed




source : google off course..ehehehe

Under The Tuscan Sun...movie yang menarik

cantiknyee...
movie yang diadaptasi dari novel..

Malam tadi, berita kurang menarik..Berita apa yang menarik selain naik gaji....Hahahahahaha. Ntahlah mood kurang nak tengok berita semalam. Aku pun tukar channel 413. Kebetulan movie "Under The Tuscan Sun" baru bermula. Ceritanya mengisahkan seorang writer yang diceraikan oleh suaminya mengembara ke Itali.

Di sana dia membeli rumah yang telah berusia 300 tahun dan bermula kisah hidupnya di sana. Dia berharap masih ada cinta untuk dirinya di sana dan mengimpikan keluarga dan perkahwinan akan berlaku di villa yang baru dibelinya.

Latar belakang Itali cantik seyyy...Teringin ke sana. Dilakonkan oleh Diane Lane (senyum dia cantikkk) dan ramai lagi. Movie lain yang diane lakonkan adalah Night at Rodanthe, Untracetable dan banyak lagi..



cantik kan....

sumber :google

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...