Friday, April 29, 2011

Anda akan lebih menghargai setiap sen yang dibelanjakan pabila...

Selalu kata ganti diri yang digunakan dalam blog saya adalah AKU. Teringat seorang sahabat lama di Selatan yang tak dihubungi. Katanya kalau guna AKU lebih mesra. Dengan dirinya, saya belajar menggunakan AKU. Mula-mula rasa lucu sebab bagi saya AKU agak kasar. Tapi ku cuba jua, sebab saya menyayanginya sebagai seorang sahabat. Kami digelar kembar kerana selalu bersama. Kuliah bersama, outing bersama, malah majoring pun sama.

Dia memang seorang yang baik. Lembut dalam tegas. Orangnya cantik dan sejuk mata memandang. Melalut plak kan. Asalnya nak cerita tentang each cents you spent. Mulai hari ini, nak gunakan kat ganti diri saya plak. Tapi itu tidak bermakna saya melupainya.

Saya akui kadangkala saya ini agak kedekut. Kurang gemar berbelanja pada makanan/barangan yang mewah. Saya membesar dengan kesusahan hidup. Walaupun bukan tinggal di kampung, namun kami 4 beradik (sekarang dah 5..tapi si bongsu tak merasai kesusahan) hidup biasa-biasa aja. Saya membawa bekal....bekal makanan dan air (sudah pasti). Ibu tidak bekerja dan ayahlah yang menampung kami semua. Saya sayangkan mereka. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan (kalaulah mereka membaca blogku ini..ehehehe).
vespa yang membawa kami sekeluarga (6 orang)...tapi ini gambar google


Saya dan adik lelaki akan menolong ayah menjaga lembu. Ayah punyai lembu yang agak banyak namun bila ayah dan ibu keluar (ibu menjual brgan avon), kami perlu menjaga lembu yang dilepaskan menjamah rumput daripada melintas jalan raya.  Saya pernah menaiki sampan bersama anak lembu yang hilang dan ditemui. Saya agak ketakutan. Berpanas berdekatan surau namun itu menjadikan kita manusia yang berguna.

source : google

Saya dan kakak turut menolong ibu menjual nasi lemak dan kuih muih. Di awal pagi hari minggu, kami berjalan di lorong belakang kawasan perumahan sambil menjual kuih. Kuih/nasi yang tak habis dijual...akan dijamah bersama sebelum pulang dan duit sekolah yang disimpan akan diletak dalam raga (konon2 hasil jualan habis). Petang pulak menjual aiskrim malaysia di depan padang rumah. 10 sen je satu. Nanti nak buat la aiskrim ni..tiba2 nampak cam sedap jer...
source : google
Alhamdulillah berkat rezekiNYA, ayah menjual semua lembu-lembu dan ibu memulakan perniagaannya. Meningkat sekolah menengah, saya akan ke kedai membantu ibu. Berjalan dan berpanas ke kedai yang jauhnya lebih kurang 3km. Balik malam hari.   Semasa cuti semester, saya masih membantu ibu di kedai.

Alhamdulillah, kini ayah telah pencen. Ibu sudah punya perniagaan sendiri. Pengalaman yang dilalui mengajar kita lebih menghargai wang. Saya mengajar diri tidak bermewah2. Apa yang penting mindset. Katakan pada diri:


Bulan ini, saya hanya akan beli sehelai baju outing

Bulan ini, saya akan makan fast food sekali jer

Bulan ini, saya tidak akan beli kain/baju/kasut/beg


Saya pernah mencuba. Alhamdulillah, namun perlu tetapkan iman. :)

Kini pabila masuk fasa baru dalam hidup, saya lebih gemar memasak. Walaupun masakan saya belum tentu sedap tapi saya puas. Saya menghargai alam, saya marah pabila nampak sampah dibuang dari kereta.


Seorang kakak berkongsi pengalaman, katanya:

Dari gaji kita, ada hak orang lain yang wajib disedekahkan...jangan lupa berzakat.

Dia mencadangkan nisbah zakat dan PCB (potongan cukai berpendapatan) adalah 70:30 setiap bulan. Terima kasih kakak atas perkongsian itu.

Cerita ini dicoretkan untuk mengingatkan saya pada kesusahan yang pernah ditempuhi dan dilalui dengan tangisan dan kegembiraan.

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG TIDAK MUDAH LUPA, TETAPKANLAH IMANKU.

Electric Train Services (ETS)...cubalah naik

Untuk mudahkan carian/goggling, pastikan guna huruf besar iaitu ETS..carian lebih cepat dan mudah...

Aku berpeluang mencuba ETS semalam. Naik dari KL Sentral ke Ipoh atas urusan keje. Rasa excited sangat. Maklumlah 1st time kan..Ehehehe. Harga yang berpatutan. Naik bus dengan jem lagi. Berenti lagi. Agak lambat la kan. Surely recommended for those nak cuba naik. Balik hari pun boleh.

Depart : Area KTM Intercity (sesape pernah naik senandung malam/mutiara dan etc ke utara/kelantan/selatan..itulah areanya)

Price : RM30 (KL Sentral - Ipoh)

Stops : 5 stop - Rawang, Tanjung Malim, Slim River, Kampar, Batu Gajah (ETS yang aku naik berenti banyak sket)

Toilet - clean, ada 2 tandas - besar (maybe untuk OKU) dan satu lagi size tandas dalam train intercity. Aku berpeluang cuba dua2..testing..testing...hehehehe

Pendapat aku, perkhidmatan yang selesa dan cepat. Pengalaman yang indah. Menepati masa. Good job KTM!

source dari ETS Train


pintu masuk nyer...

clean aisle

kerusi yang selesa


ada lcd...cuma mute la...

lcd turut display..kanan skrin (masa) dan kiri skrin (kelajuan train)
serta bawah skrin (hentian seterusnya)

tandas yg agak besar nie, ada button camgini..press the button..door open automatically...set to locked (kalau tak locked.nampaknya 'urusan penting' tu)....press to open the door.


tandas ala2 dalam flight tu...


mencabar wei nak snap gambar sambil train goyang-goyang.."marilah bergoyang"..ehehehehehe


sensored tap...lalukan jer tangan...


Aku juga berpeluang melewat Kellie's Castle (kadang-kadang disebut Kesilapan Kellie/Folly Kellie.  Quite scary. Aku rasa tak sedap hati so i decided not to enter.

Sejarah serba ringkas - Istana dibina oleh William Kellie Smith berasal dari Scotland. Dia mempunyai seorang anak perempuan bersama isterinya Agnes. Kellie terlalu inginkan anak lelaki untuk mewarisi kekayaan setelah menunggu bertahun2. Apabila dikurniakan anak lelaki, Kellie sangat gembira dan bercadang meluaskan istana yang mempunyai 14 bilik, 1 bilik bawah tanah, terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif pertama di Tanah Melayu. Tingkat dua dibina gelanggang tenis berlantaikan simen.

Kellie juga taksub dengan agama Hindu. Dia membawa masuk sejumlah buruh India. Berlaku tragedi yang menyebabkan buruh tersebut juga mati.

Namun, istana tidak dapat disiapkan kerana Kellie meninggal. Isterinya menjual istana dan berpindah semula ke Scotland.

Dipercayai istana ini berhantu...Ehehehehehehe. Jom layan gambarnye...


pandangan jauh


dipercayai kuil india

lorong yg agak scary..asal nak ambil gmbr je ada orang..
nyampah..ehehehehe..


selamat berhujung minggu...i need a break. maybe a long break n holiday...

Wednesday, April 27, 2011

Sedap tidur bila ........

Pagi tadi hujan memang lebat kat Bangi. Kawasan sekitarnya aku agak sama lebatnya...Bila dah ujan lebat gini, mulalah mengomel

"Kan best kalau ujan hari Sabtu, boleh tidur lama sket"

Hehehehe. Betul tak? Tapi bila hari Sabtu tu...tak boleh pulak tidur lama, mesti nak bangun awal...Bagus gak...tak elok bangun lambat. Kata orang tua-tua rezeki tak masuk. Aku plak kalau bangun tidur mesti automatic bukak tingkap dengan muka 'paling ayu'. Ehehehe.

Jom layan gambar sleeping face..

so sweet..mesti mimpi jln pimpin tangan..ehehehe

mimpi lari pecut gamaknya

pengantin lelaki penat benor..

2 hajat tertunai..tidur dan erkkkkkk

penat balik keje kot....

sweetnyee....

senyum sbb dilamar..ehehe

tidur dengan gigih sekali..ehehehe

sources pic from goggle.


oklah ada meeting....selamat bekerja...jangan tidur sudah...

Monday, April 25, 2011

Book Fair (KLIBF 2011)....beshhh woooo

Aku ke sini dengan mak dan adikku Sabtu lepas ...Derang datang semata-mata nak g book fair... Best sangat...Tujuan utama aku ke sini nak beli buku Ramlee Awang Murshid (RAM) yang baru dilancarkan "Sutera Bidadari". Jualan pertama utk book fair nie dan dapat diskaun. Harga asal RM22, aku dapat RM18.60....Cuma RAM tak der utk sign buku aku mcm dia sign buku "Rayyan Fantasi" aku di MPH Putrajaya. I'm excited to read the book...cant wait..

Aku tiba seawal jam 10 pagi....tak ramai lagi...So bleh la round pelan-pelan..Mak aku beli buku agama dan adikku beli buku latihan form 4. Aku pulak beli novel RAM dan komik. Aku nie jenis tak pandai beli novel..sungguh...sbbnya banyak sangat novelis kat pasaran...aku sampaikan tak tau yang mane ok......

Karangkraf dok dalam satu dewan tak campur yang lain..Dewan Tun Hussein Onn kalau tak silap aku. So senang kalau nak cari buku/majalah keluaran karangkraf. Begitu juga anamuslim.com.my juga satu dewan khas. Dewannya searas dengan entrance masuk...

Sebelum nie kan kena cross sungai g area novel..kali nie tak der lagi..tak yah jalan jauh2....bangunan PWTC gaks....

Adik aku asyik perli jer...nape asyik ambik gambar jer nie...eheheeheheh...aku pun sebut 'i'm a blogger k' (ahahahahaha...but i really enjoyed..sbb aku mmg suka snap picture walaupun tak cun sgt...)


 masih lengang kan....

masih lengang...

dewan yang allocate anamuslim.com.my

dewan khas utk karangkraf..ada ucop wilcha (baju kuning tu)..sambil gelek2 tangan dan sebut "kita bakor..kita bakor"


ramai yang menunggu Dr M...

Dr M sign buku....ramai gile orang beratur

Tuesday, April 19, 2011

Saya suka makan bubur...



Baru-baru nieaku berbual dengan ibu melalui telefon....Mak bagitau lately nie dia kurang rasa nak makan...so hari-hari makan bubur....

Aku pun pelik...mak masak bubur ke hari2....tapi tak mustahil kan....ghupe-ghupenyer...mak tapau bubur McD sebelum bukak kedai..Mak aku bukak kedai jam 11...so sebelum tu, g tapau dgn ayahku...Aku pun tanyalah....

Camne mak bungkuih bubuq, takkan p beratuq kat kaunter kot?? (yelah semata2 nak bungkus satu bubur jer)

Mak aku jawab gini:

Ala ayah order kat tingkap ja....(rupa-rupanya ayah aku guna drive thru beb!!)

Aku pun jawab la...

Huiishhh, terrornya ayah (yelah sbb ayah aku dah pencen kan...so aku tak expect dia advanced..dia tak penah makan mcd...infact tak makan ayam)

Mak pun jawab lagi...

Mula-mula tu terketaq-ketaq gak...yelah cakap dengan mesin tu..skang dah terror...laju jer ayat yang diorder "Bubuq ayam besaq satu"


Aku pun gelak2 dengan mak aku. Itulah cerita mak aku mengenai bubur....kebetulan semalam aku masak bubur utk berbuka puasa...Aku pun teringat cerita mak aku...Yelah kan cerita ibu nie selalu terngiang-ngiang di kepala....makan bubur pun ingat mak aku...






dan desert adalah ice-cream cremeria nestle..skang aku dah gilakan ice-cream nestle. perisa chocolate obsession + chocolate mocha hazelnut + strawberry (dari akak biru..dia p CH..tq yaaa)
 *
*
*
*
*




tak sabar nak tunggu malaysia master chef....sib baik tak tayang kat channel citra or etc....

bubuq = bubur ya...

Monday, April 18, 2011

Goonch...Piranha...Catfish...

Sumber gambar dari mr google



Dulu-dulu masa kecik2..aku hanya tau ikan piranha makan orang...ikan nie kat laut amazon...

Besar2 plak...rupanya banyak ikan makan orang selain piranha. Ikan yang aku baru berkenalan adalah goonch (or ikan duri) dan welcatfish (ikan keli). Aku pernah wat entry ttg ikan nie...

Goonch (comey plak namanya kan..) didapati di Lake Kali, India. Ikan nie mendapat sumber protein daripada mayat orang India yang tidak habis dibakar. Fuuuhhhhh..Itu menurut orang yang membakar mayat tu la..Sebab tu masa aku layan NatGeo tu, goonch tu memang beso...beso...

Ikan nie penah menarik seekor kerbau...fuhhhh...Kalau nak tau details goonch, bleh la try google 

Piranha plak mmg dah dikenali dari dulu lagi...

Conclusion, kalau g oversea..jangan sembarangan terjun kat tasik....kanggg 'tak terjawab'

Friday, April 15, 2011

Permulaan pagi yang kurang indah...yucckkkss!

cute plak aku tgk baby nie marah...nampak sgt diedit..heheh (google)

Pagi tadi aku keluar rumah seperti biasa 645 pagi. Perjalanan biasa2 aja..Aktiviti cucuk-cucuk di jalan biasalah tu.. Tapi sebaik memasuki Putrajaya, jalan alternatif ...adalah satu kete tu...dah 2 kali aku terserempak nie...dulu kat highway SILK Kajang....cucuk2 dan bagi high beam..

"Kalau anda rasa anda lambat...sila keluar awal"

Pagi tadi dia buat hal lagi...."lipat" tanpa bagi signal..walhal dah dekat...aku ingat sgt 'muka makcik' tu sbb dia drop somebody kat opis aku.....Aku nie jenis tak suka hon-hon orang...tapi please respect somebody too when u drive like crazy!!!!

Aku akan ingat kete dia..Gen 2...ala2 navy blue...W*K91*2...bodoh punya orang...

Sabar..sabar...

Thursday, April 14, 2011

Devil Wears Prada...iluvit!

Aku dah penah layan movie nie...Memang besh..Ala2 'Confessions of Shopaholic' yang aku minat tu...Cerita tentang gadis ala2 lasak being tranform to gadis yang kelas dan elegan gara-gara bos yang so bossy...

Mcm2 diarah termasuk mendapatkan transkrip buku Harry Potter yang belum dibukukan lagi..Anne menderita tapi dia anggap sebagai cabaran dan manage to overcome it. Bossy seems to be happy but did not even admit it.

Akhirnya Anne tinggalkan syarikat dan kerja sebagai wartawan. Anne mendapat tawaran kerja dari bos barunya.

"I got a fax from Miranda Priestly saying that of all the assistants she ever hired, you were by far her biggest disappointment. And if I dont hire you Im an idiot."


You must have done something right.

Dilakonkan oleh Anne Hathway dan Meryl Streep.


bos yang garang...
dibantu oleh 2 assistant

dah cun lepas tranform

gambar dari goggle

Monday, April 11, 2011

Cok Keria......menyelerakan..yummies!


sblm digula-gulakan...

Orang Selatan panggil...kuih keria
Orang KL panggil...kuih keria..
Orang Timur panggil...ntahlah ek..
Orang Utara panggil...cok keria

Aku berpeluang buat cok keria masa balik kampung...One of my favourite kuih..Tapi sebenarnya semua kuih muih memang favourite aku..Aku penah beli kuih smpai RM10 untuk berbuka puasa..Ehehehehe..Syaratnya tak boleh makan nasi dan etc selain KUIH..

Sebut jer kuih ape..insyaAllah aku dah rasa...ehehehe..Cek mek molek...puteri ayu..seri muka...pulut udang...tepung bungkus..karipap...bingka...lompat tikam (pelik kan nama kuih nie)...kuih lopis (cecah sira gulamelaka)..lompang (pelik gak..)..peh nie aku nak wat kajian nama kuih la plak...musykil gak..ehehehe





selepas digula-gulakan..ehehehe

Makcik Jeddah yang baik hati...syukran


Semalam aku dalam perjalanan dari Penang ke KL. Flight pagi. Aku duduk sebelah seorang makcik. Pakaian ala2 arab serba hitam. Suaminya seakan Melayu. Makcik tu menegurku "Nak balik KL ka?"
Aku pun bilang.."Ya, balik kampung jumpa mak dan ayah...".

Belon mula berlepas, aku nampak makcik dan pakcik sama2 membaca doa menaiki kapal.

Aku pun mula sembang dgn dia. "Makcik asal sini ke?" Makcik tu asal Penang, berkawin dengan orang Jeddah..anak2 semua di sana. Besh betul aku dengar. Derang nampak so loving sambil2 suami makcik tu membelek magazine MAS. Dia ternampak batu lesung yang dibuat daripada kayu.

"Ini boleh buat sambal belacan" (sila baca dalam nada mat salleh..ehehehehe).

Makcik kata suaminya baru pandai berbahasa Melayu. Suaminya rajin membantu dan pandai memasak.Makcik tu ramah bercerita. Katanya dia dah 45 hari di Malaysia. 30 hari di KL, 15 hari di Penang. Katanya juga hari2 gak dia makan durian. Asal balik rumah singgah beli durian.

Katanya lagi ikan kat Jeddah sangat mahal. Panjang lebih kurang 20 inci mencecah 400 ringgit. Makkk oiiiii!!

Orang Jeddah makan pelbagai jenis roti dan pelbagai jenis nasi. Protein plak selalunya kambing/ayam..Derang tak dapat darah tinggi mcm kita sebab derang makan anak kambing bukannya mak/ayah kambing....

Kata makcik tu lagi, setahun 2 kali dia pulang ke Malaysia. Membeli mcm2 rempah, ikan bilis dan macam2 lagi selain berjumpa sanak saudara. Katanya juga, untuk menunaikan umrah/haji hanya 45 minit..

Tak puas rasanya bersembang dengan makcik tu...dan sampailah KLIA.

Banyak juga beg yang aku tengok dibawa masuk ke cabin. Semua 7 beg. Ku kira, aku bukanlah kuat sangat. Aku menolong sedaya upayaku. Alhamdulillah seorang Vietnamese menolong mengangkat beg.

Pakcik mula mengira beg diluar kapal. Oppss tertinggal 1 beg. Aku pun berlari semula tapi terpaksa menunggu kerana ramai yang sedang berpusu-pusu keluar. Alhamdulillah, setelah beg berada di tangan dan diserahkan kepada pakcik.

Kami meletakkan barang di troli. Vietnamese dah pegi utk flight ke negara asalnya. Baik sungguh dia. Memandangkan aku tak rushing sangat, aku pun tunggu makcik dan pakcik sambil menolak troli perlahan2. Pakcik duduk sekejap sambil check passport yang diletakkan dalam stokin. Good idea kann!

Makcik dan aku pun berpisah ketika itu. Kami saling berpelukan dan cium2 manja. Makcik mencium dahiku..

Aku terharu. Moga aku berpeluang bertemu lagi dengannya. Amin..


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...