Tuesday, June 21, 2011

Sangat setuju "Hapus Monopoli ASTRO"

Malam tadi, berita memaparkan sekali lagi perdebatan monopoli tv swasta iaitu ASTRO. Saya sangat setuju HAPUSKAN MONOPOLI ASTRO. Tak silap Ahli Parlimen Wangsa Maju mencadangkan wujudkan saingan sebagaimana TELCO (MAXIS, CELCOM, DIGI dan etc).

"Siaran terganggu di kala hujan" (kena pasang ASTRO BEYOND...duit lagi)

"Cerita zaman batu melambak-lambak" (kenapa tak beli movie baru?? .diwar-warkan untung kasar RM430.82 juta (2010), untung bersih RM233 juta (2010)

"Asyik mengulang cite yang zaman batu"

"Tayangan hari sabtu, ahad siang hari..boring nak mampuss, cite best mula jam 10 malam hari ahad walhal esok nak keje"

"Bila ada cite/reality show best sket, semua dipindah ke CITRA/WARNA dan ASTRO FIRST..bayar lagi"

"Weekdays malam...cite tak best langsung..walhal banyak lagi movie kat dunia yang belum ditayangkan.."

"Rumah akak saya, kalau tak pasang ASTRO memang tak clear TV1, TV2, TV3"

"Rumah maksu saya plak, orang ASTRO datang...dah pasang piring biasa tapi siaran tak jelas, disuruh tukar piring BEYOND untuk siaran yang lebih cantik...B****"

"Cam saya sendiri, skang musim MRLawak so cubalah langgan 1st time tapi mmg menyesal...kat CITRA, WARNA apa yang ada??? ..drama Melayu yang tak de kualiti (kalau cam nora elena ok gaks)....movie pun jarang-jarang....lepas habis MRL confirm unsubsribe...kena bayar charge gak ker"

"Iklan dah mula bermaharajela...should not happen on ASTRO...because i pay for it"

Logik ke nak dinaikkan lagi kalau service ntah apa-apa...WE SHOULD GET WHAT WE PAY!

Contoh SKYPerfect (ala-ala astro tapi jauh bezanya) kat Jepun..banyak movienye....
Kalau ada selain ASTRO, memang SAYA AKAN PILIH....PERSAINGAN PERLU SIHAT bukannya MONOPOLI!!!!!

source : google

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa untuk Ayahku!


Selamat Hari Bapa..

Surat buat ayah tersayang,

Ayah yang bersusah payah demi anakanda ini, anakanda yang kadangkala nakal, selalu nakal sebenarnya,

"Naik vespa nak ke expo. Semua 5 orang. Bila dah balik expo,takut polis tahan. So kami semua jalan kaki balik rumah tepi kubur sambil takut-takut"

"Kena marah sebab ponteng mengaji. Kakak, abang dan diri saya kena berdiri luar pagar rumah pada malam hari. Kami ramai-ramai nangis"

"Setiap hari ayah hantar ke sekolah naik moto, besh woo naik moto..berangin"

"Masa saya darjah 6, ayah ke sekolah sebab menghantar something, ayah kiss pipi saya..satu kelas menjerit...fuyooooooo (girls school)"

"Bila dapat adik lelaki bongsu..saya tanya ustazah untuk letak nama yg sesuai..saya cadangkan Muhammad Faiz..ayah dan mak ok jer...saya sangat suka"

"Selalu teman ayah sembang lepas hantar kakak belajar kat Perlis, balik malam hari..kang mengantuk..topik utama adalah POLITIK..I LOVE POLITICS until today!"

"Bila bulan puasa, mesti dapat duit sebab puasa sebulan..walaupun kadangkala anakmu ini minum air masa mandi...ehehhee"

"Bila tak dapat A untuk subject Maths masa PMR, saya sedih sebab harapan nak masuk MRSM tak tercapai...ayah bgtau sekolah biasa apa salahnya"

"Bila belajar kat u, sayalah insan yang sedih giler berjauhan dengan keluarga"

"Bila dok kat luar masa belajar, ngadu kat ayah sebab kena naik bas, ayah belikan saya moto scooter merah"

"Bila final year, hardisk untuk tesis rosak, saya sangat sedih...telefon ayah sambil nangis. Ayah masukkan duit dan kawan saya tolong beli hardisk...saya balik penang siapkan tesis yang lagi 2 minggu utk dibentangkan dan alhamdulillah saya grad dengan jayanya"

"Bila dah keje, purse saya cicir..marah dengan diri sendiri sebab lalai..phone ayah sambil mengadu dan menangis..Ayah tlg call credit card utk block.."

Setiap kali balik kampung, bila nak berpisah saya akan pastikan pipi ayah dan mak dicium. Peluk cium pipi mak itu perkara biasa tapi bila cium pipi ayah kadangkala malu sket, tapi saya beranikan diri. Alhamdulillah saya dah kureng malu! Hahahahahaha.

Itulah antara kenangan dengan ayah. Walaupun ayahku tidak membaca blog ini, tapi itulah luahan hati anakmu ini. Semoga ayah sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNYA..AMIN

~~~~I LOVE U~~~

Yang benar,
Anakanda

Thursday, June 9, 2011

Restoran Zam Zam | Zam-zam Restaurant, Seksyen 9 Shah Alam...should try ok!

Dah lama rasanya tak makan makanan arab. Saya berkesempatan mencuba makanan arab di di Restoran Zam zam, Seksyen 9 Shah Alam. Ada orang jauh kepingin makanan nasi arab...purely cooked by arab people katanya. So we all pun cuba google the best arab food we able to find @ Shah Alam sebab kebetulan nak ke i-City Shah Alam.

Cubaan mencari kedai ini agak mudah hasil google.map. Tiada kesesatan. Woooootttt! Alhamdulillah!! First impression, interior kedai ini agak menarik, harap-harap makan pun sedap la kan. Teruja? Sangat teruja...tengok kedai pun cantik sangat...agak2 macam mahal...Tapi kalau berbaloi apa salahnya....



Hidangan yang dipesan Set A ...5 - 9 orang yg makan .....perut kenyang bangat. Set ini datang dengan 1 set salad segar + 1 set pelbagai kebab, roti pita, lebanese bread+ 1 pitcher juice




Menu..macam2 ada...chicken mandy..lamb mandy..kebab
MARBELES






Interior yang cantik...

Untuk smoking area or sape nk makan dipanas mentari..akakakaka


Dhal

dan sambal...yummiesss

buat diri saya...secawan mint teh...less sugar lagi sedap!!!



Alamat : Restoran Zam-zam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam,  Selangor

Kos untuk makanan di atas termasuk tambahan 2 cawan mint teh + 1 pitcher lemonade = RM240..
Terima kasih ya kepada yang belanja...semoga dimurahkan rezeki untuk belanja kami lagi..wink wink wink...


Doa untuk si Suami Tersayang....menarik untuk dihayati


Di pagi Jumaat nie, jom kita hayati santapan minda dan rohani...menarik untuk dikongsi dan dihayati

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...