Tuesday, July 26, 2011

2nd hand camera NIKON D3000@RM1400


Aku agak obses nak beli kamera DSLR pada mulanya. Sebenarnya kamera ini memerlukan kreativiti. Kadang-kadang gambar yang aku capture menggunakan compact kamera lebih cantik dan kreatif daripada DSLR. Maybe i'm not artistic person. But....actually I LOVE ART! Maybe not a photography art...ehehehehe.

So i willing to let go my beloved camera. I just used it not less than a year.


 Berikut adalah butiran lengkap:

  • Price : RM1400 nett
  • Status : Availabe
  • Nikon D3000 body (18-55mm lens)
  • Nikon Battery (2 units) dan charger (standard battery = 1 unit)
  • Nikon manual
  • Front Lens Cap
  • 8 GB Memory Card (standard = 4 GB)
  • Screen protector
  • Nikon bag
  • UV filter
  • Tripod
  • Reason for sale: switch to compact
  • Item conditions: good condition
  • Dealing method: COD only
  • Payment: cash only
  • Location: Selangor/KL
  • Contact : myghibli@gmail.com

Corat Coret Teh Tarik dan Telur Separuh Masak Cara Mudah


Fuuuuhhhh...teh tarik?
Apa?? nak minum teh tarik?
Tlg buat teh tarik boleh.....

Ayat tu aku cukup nebes nak dengar dulu sampai sekarang...Sebabnya aku tak pandai sangat buat teh tarik. Family aku peminum teh o. Keluarga mertua peminum teh susu. Sejak kecik sampai dah besar panjang tak cukup panjang sgt...hari-hari teh o. Sewaktu berbuka puasa, teh o wajib ada selain air yang mengugu gaga iman. Dan aku juga kurang gemar susu pekat..

Mula-mula buat teh tarik mestilah lepas kawin kan. Ada tetamu datang, so akulah yang kena buat air. Sebabnya yang lain tak der..kecuali ibu dan bapa mertuaku. Peristiwa lucu, aku dah buat air nie..dah ready la kengkononnya...satu jag lagi tau...

Isteri : Abang, tlg ghase sket? Ok tak? (confidence tahap gaban..gagagaga)

Suami : Ok, tapi ghase lain sket...letak gula yaa?

Isteri : Buat air teh mestilah letak gula...dan letak susu la kan....(terpengaruh dengan teh o)

Suami : Buat teh tarik mane letak gulaaaa...

Isteri : Manelah tauuuuuuuuuuuu (wakakakakakakakaka...siap kena gelak dengan sang suami)

Sejak tu aku gigih belajar buat teh susu....Setiap kali family mertua datang...gerenti sang suami akan dipanggil untuk merase teh tarik buatan sang isteri sblm dihidangkan. Sang suami dah faham benor dengan peel si isteri. Wakakakakakaka...Thanks tolong merasa teh tarik a.k.a teh susu buatanku..

Tips nak buat teh susu sebenarnya cukup mudah...pastikan air cukup panas utk menggembangkan daun-daun teh yang dipetik. Letak susu pekat dalam jug dan tuang teh yang telah ditapis itu..Siap untuk diminum.


Walau apapun, tea o masih menawan hatiku hingga kini dan selamanya..


Selain tu, kalau nk mkn telur separuh masak yang mudah kat rumah cuba cara ini. Tak perlu guna bendalah warna kuning cam kt bawah nie. Tapi gunalah mug aluminium yang buat teh tarik tu..Cucilah dulu mug besar tu...dan cuci telur....Caranya air panas dicurah dalam mug besar tu sampai telur tenggelam...Tutup bekas tu...tunggu 5 minit (nak lebihka seminit pun ok..jgn lebih sgt kang jadi telur rebus) dan SIAP. Untuk telur dari peti sejuk lebihkan seminit lagi...Aku dah cuba dan berjaya. Tips berguna ini dibawa khas oleh ibu mertuaku..thanks yaa...


bekas kuning nie dari zaman aku kecik sampai skang..
cubalah tukar warna lain plak...
merah ker, hitam jer...boring tul..
agaknya sebab egg = yellow kot...



Gunakan mug besar/aluminium yang mamak nie tadah..

Sedap dimakan bersama white pepper dan kicap..yummyyyyy


kredit gambar dari google...tq






Wednesday, July 20, 2011

Pengalaman mencari juadah berbuka puasa

Mulakan dengan kurma..insyaAllah dah kenyang

Aku punya pengalaman manis dan pahit mencari juadah puasa pada tahun-tahun sebelumnya.  Mesti korang pun ada kan...Jom kita flash back..mungkin untuk kita renungi dan perbaiki untuk puasa tahun ini...

  • Jangan bawa duit lebih daripada RM30 (ikut ahli keluarga la yaa)...lagi banyak bawak...lagi banyak yang habissss....maklumlah rambang mata dah terliurrrrrrrr
  • Berhati-hati beli lauk siap dimasak...kadang-kadang ada yg dipanaskan utk 2-3 hari...silap haribulan leh keracunan makanan..aku dah biasa kena....
  • Kalau cadang nak beli lauk siap dimasak dan kuih..pastikan kuih tu beli dlm RM1-RM2 jer...confirm tak habis dan terbuang .
  • Walaupun syaitan dah kena rantai, tapi nafsu tetap ada..Nafsu tu yang dok mengelegakkkk.

semua nampak sedap kan....cencaru sumbat

ayam percikk...

murtabak

abang john...opppsss roti john

chicken wings....


Lagi elok kalau korang masak sendiri..walaupun simple tapi terjamin kebersihannyaa.....

Selamat menunaikan tarawih dan selamat menyambut ibadah puasa...

Thursday, July 7, 2011

Mee Bandung dan Koey Teow Kungfu...best ever@Restoran Baser

Tiba-tiba teringat menu nie.....Koey Teow Kungfu kegemaran aku dan adikku...susah nak jumpa sesedap ini.

Selain tu, nasi ayam goreng dan nasi ayam juga sangat sedap..Sedap sebab kena denagn seleraku walaupun aku bukan orang Johor. Tapi sangat suka makanan Johor cam tahu bakar, sambal tempe, soto, bubur nasi berlauk. Tiba2 jer teringat soto kat gerai Taman Sri Skudai..sedapnyeee..Tempe goreng kat cafe UTM Skudai pun sedap...Tapi tahun lepas ke sana dah tak der tempe sedap tu...:(

Lokasi : Restoran Baser, 32, Jalan 5/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong
Tel : 03 – 8060 4124 (boleh call sebelum smpai dan rsvd table n order foods)

terliuqqqq....


Wednesday, July 6, 2011

Aqiqah, Qurban untuk Masyarakat Islam Cambodia - jom baca sambil beramal!!

Sumber:  infaqkemboja.blogspot.com


Sumber : eQurban.com



Liputan Majalah 3 pada 9 Julai 2011 jam 9.00 malam mendedahkan beberapa kisah masyarakat Islam di Cambodia yang serba daif. Antara isu yang menarik dikupas adalah:

  • Guru-guru yang mengajar Al-Quran ikhlas tanpa mengharapkan gaji/bayaran.
  • Guru menggunakan satu Al-Quran, membaca satu ayat dan seterusnya diikuti oleh anak muridnya. Al-Quran kadangkala berhabuk, peringatan untuk diriku.
  • Daging hanya dijamah sekali setahun, bergantung kepada yang membuat akikah/qurban. Hari-hari boleh pilih untuk makan daging, ayam dan ikan.
  • Sarapan pagi hanya bubur dan jeruk ikan. Bersyukurlah kita pada sarapan kita yang mewah di pagi hari, ada nasi lemak, lotong, soto dan sebagainya.
  • Guru dan kanak-kanak berwuduk di tasik. Kita plak membazir air...

Sekiranya membuat lebihan pendapatan bolehlah membuat ibadat qurban. Atau mungkin mula menabung setiap bulan sebanyak RM21 sebulan (selama 10 bulan) bagi membolehkan masyarakat Islam menjamah daging.

Untuk yang berhajat membuat aqiqah atau ibadat qurban, mohonlah melayari infaqkemboja.blogspot.com (paparan Majalah 3) atau eQurban.com.


Saya sekadar berkongsi pautan sahaja. Mungkin sumbangan kita yang sedikit boleh memberi kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat Islam di sana. InsyaAllah.

Tahajjud Cinta slot Zehra | OST Tahajjud Cinta....




Sebuah NASKHAH HEBAT untuk ditonton selepas Nur Kasih. Saya rasa drama ini nampak menarik. Dibarisi pelakon-pelakon hebat, antaranya FAZURA, Tiz Zakiah, Azizah Mahzan, Eman Manan, Ahmad Tarmimi, Aaron Aziz, Remy Ishak, Dira, Erma Fatima sendiri. Diarahkan oleh Erma Fatima.

Akan mula bersiaran di Slot Zehra, jam 9.00 malam mulai 8 Julai 2011 (Jumaat)

Ringkasan cerita lebih kurang gini.

TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibubapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).
(ringkasan cerita : credit to budiey.com)

Jom dengar dulu theme song Tahajjud Cinta



Jom layan trailernya...syahduuuuu


sangat comel fazura bertudung kan..

Lirik Lagu : MERPATI
Penyanyi : ZAMANI dan ASTRID

Mengering Sudah Bunga Di Pelukan
Merpati Putih Berarak Pulang
Terbang Menerjang Badai
Tinggi Di Awan
Menghilang Di Langit Yang Hitam

Selamat Berpisah Kenangan Bercinta
Sampai Kapan Kah Jadinya
Aku Harus Menunggu
Hari Bahagia Seperti Dulu

Bersama Kasih Kembali Mesra
Bercumbu Lagi Memadu Satu
Janji Berjuta Bintang
Dalam Pelukan Sehangat Pagi
Yang Terang

Selamat Berpisah..
Kenangan Bercinta..

Download Lagu Merpati OST Tahajjud Cinta

Sumber gambar google






Bila dah penat, mata mulalah mengantukkkkk....



Petang-petang gini, mata nie layu sket. Tapi tak der lah ngantuk sgt......eheheheh...
Makan...checked..
Solat .....checked..
Keje????

Untuk menghilangkan kebohsanan, jom kita layan aksi orang tidur dalam train...Ramai gak rakyat Malaysia nak ulang alik naik tren....So tak terlepas dari kepenatan seharian kat tmpt keje....Naik tren, kena aircond..mata mulalah buat hal......

Jom layan THE TRAIN SLEEPERS....


sangat multitasking...konon2 buat keje..tapi tidur daaaa

anak beranak bantai tidur ramai-ramai...tapi nape ye train
tmpt yang sedap tidur...??? sila jawap...

power ranger yang penat berjuang ...

ini mcm tgh tunggu taxi....kalah judi ka??

some workaholics yang penat.....tapi gaya tidur agak pro kan...

opppsssss.....kedai kopi OPEN..

"I SWEARRRRR"

train nie cam kat china/jepun or asia country..

No more "leher terkehel"

Korang perasan tak..naper gambar-gambar yang saya jumpa, semuanya gambar orang Asia.
Adakah orang asia nie kuat tidur?
Adakah tukang upload gambar bukan orang Asia?
Adakah orang Asia sangat gile bekerja?
Apa pendapat anda?

Saya cuba goggle lagi.....kenapa ramai yang tidur adalah orang Asia..
Rupa-rupanya yang tidur tu adalah Japanese people. Kalau naik train kat sana, bukan sorang dua yang tidur..majoriti bantai tidur...

Ini bermakna orang Jepun boleh bantai tidur kat mana-mana jer..
dan yang bestnye derang pandai bajet bila nak sampai destinasi...dah bangun dan terus turun...ekekekkeke.
Mungkin jarak perjalanan yang jauh kan........

Google lagi..rupanya banyak youtube Japanese Sleeping...
Ehehehehehehe....



source : google


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...