Friday, August 26, 2011

Ohooo balik kampung..ohoo balik kampung


Ohooo balik kampung..hati girangggg....

Pejam celik pejam celik..dah 26 hari kita berpuasa. Moga2 amalan puasaku diterima dan diberi keberkatan. Amin...

Persiapan raya, alhamdulillah ala kadar dan bersederhana je (cam ayat artis you...). Apa lagi ya checklist untuk raya :
  • Baju raya tak der tahun nie, sekadar baju kurung yang ditempah awal tahun dan tak pernah dipakai kat kampung, siapa tahu kan (wink..wink). Kan aku tengah gila kain cotton, so 3 pasang baju kurung kain cotton aku dah siap lipat dan simpan dalam beg besauuu...Tudung/selendang lama gak..Save banyak bila tak tempah baju...alhamdulillah
  • Kuih raya pun ala kadar, untuk 2 rumah kos yang dibelanja lebih kurang RM200.
  • Kerepek lebih kurang RM100
  • Groceries untuk 2 rumah lebih kurang RM180
  • Duit raya tak sampai RM500
  • Kamera penting nie...nak merakamkan nostalgia raya..phewiitttttt
  • Pakai kasut/sandal lama jer
  • Yang paling paling penting, duit tol dan duit minyak karang tak jalan plak kete. Alhamdulillah kete checked.
  • Untuk opismate cum roomateku, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Nice knowing you. Selamat bergumbira...Daaaaa

Friday, August 12, 2011

Kuih muih di Malaysia | Gelaran kuih | Jom Kenal Kuih


Aku memang penggemar kuih. Sangat sukaaaaaaaa...(aku suka kamu, kuih)

Pernah berbuka puasa dengan kuih yang dibeli dengan harga RM10. Banyak kan? Masa tu harga kuih masih RM1 - 3 bijik. Maknanya masa tu aku makan 30 bijik kuih (fuyooooooooooo). Sekarang nie tak dapek la...Harga gula naik, minyak naik, tepung naik, susu pun sama. Ada yang jual kuih 50 sen seketul. Ada yang jual RM2 - 5 bijik. Tapi kalau nak rasa, aku memang akan beli.

Penah masa study dulu, kelas aku abis lambat..lebih kurang jam 6 - 6.30 petang, so tak sempat g PARAM (Pasar Ramadhan). Hari-hari aku kirim member aku belikan kuih paling cun (nak tau kuih mane? rujuk kat bwh nie yaa). Tak muak pun walau makan hari-hari.

Aku juga sedang berjinak-jinak buat kuih yang senang2. Cuma bila yang nak makannye tak ramai, aku beli jer....Jom kita layan nama kuih. Selalu terfikir, camno orang dolu-dolu bagi nama kuih....asal-usulnya....pandai gak sebenornyaa..

aku suka kuih gangster nie...yummyyyy


kuih paling cun..


kuih pocong..ehehehhee


1. Kuih PALING GANGSTER - kuih lompat tikam
2. Kuih PALING KAYA - kuih jala emas
3. Kuih PALING SEXY - kuih puteri mandi
4. Kuih PALING BUSUK - kuih tahi itik
5. Kuih PALING ALIM - kuih ketayap
6. Kuih LELAKI KRONIK - kuih batang buruk
7. Kuih AWET MUDA - kuih seri muka
8. Kuih ORANG TAK MANDI - kuih bau-lu
9. Kuih PALING LEMBAB - kuih siput
10. Kuih SEKSA BINATANG - cucuk kodok, cucuk udang
11. Kuih POMPUAN SEKSI - karipap
12. Kuih TAK SEDAR DIRI - almond london
13. Kuih SUKA API - kuih bakar
14. Kuih BANGUN SENDIRI - kuih bangkit
15. Kuih SUKA KEAMANAN - kuih makmur
16. Kuih PALING KEJAM - sarang semut
17. Kuih SUKA PUKUL - biskut buah rotan
18. Kuih SUKA UGUT - pau
19. Kuih LUCAH - apam
20. Kuih PALING CUN - kuih puteri ayu
21. Kuih PANDAI BERMUKA-MUKA - kuih talam
22. Kuih PANDAI TILIK - kuih kaswi
23. Kuih GENG JIN APRIT/SELALU SAKIT- samprit
24. Kuih PERKAUMAN - telinga keling
25. Kuih GATAL - kuih sepit/kuih goyang
26. Kuih PALING COMOT - serabai
27. Kuih MALAS SAPU - kuih habuk-habuk
28. Kuih BANYAK CAKAP/KEPOCI -  kuih koci
29. Kuih SUKA BOYA - kuih lidah buaya
30. Kuih SUKA LEMPANG - kuih lompang
31. Kuih LONDEH BAJU - kuih onde-onde
32. Kuih ALONG SUKA - kuih tako
33. Kuih HANTU POCONG - kuih tepung bungkus
34. Kuih RIANG RIA- kuih ke-ria (pesta riang ria)
35. Kuih SUKA MAIN CAK-CAK - kuih cak-oi (ohh cakkk)
36. Kuih TAKUT GELAP - kuih pelita (selalu pasang pelita)

(sumber gambar adalah dari mrs google)

Thursday, August 11, 2011

Puak-puak yang SESAT....berilah petunjuk kepada mereka!




Berita mengenai serbuan di gereja, baca disini



Kini, banyak plak berita tentang penghinaan Islam. Mungkin orang Islam sendiri atau mungkin bukan Islam yang merancang untuk kucar-kacirkan. Nauzubillah, siapa tahu kan. Siapa tak marah, tapi kalau marah tak guna jugak bila orang degil dan ego dan tak ingat TUHAN.

Aku selaku hamba yang lemah ini,  mohon diberikan petunjuk kepada mereka. Jua peringatan untuk diri sendiri. Amin.

Doa untuk Mohon Petunjuk
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"

Doa untuk Menegakkan Kebenaran
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan) kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"

Doa Mohon Petunjuk
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, diri yang terjaga dan kecukupan kepadaMu"
 



Monday, August 8, 2011

Hotel-hotel yang memiliki sijil Halal | Lists of halal's hotel



Pagi nie, aku cuba survey senarai hotel yang memiliki sijil halal. Sehingga 8 Ogos 2011, hanya 111 hotel yang memiliki sijil halal. Untuk keterangan lanjut mengenai hotel tersebut, bolehlah klik di sini.


Menjauhi makanan yang haram
Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”


Doa Yang Tidak Diperkenankan

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

Sumber : JAKIM

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...