Wednesday, September 21, 2011

Nostalgia Kasih di Hari Raya

Aku suka snap gambar candid. Ada nilai dan harganya di situ. Wajah ikhlas dan gaya santai sungguh mencuit hati bila diselak-selak semula. Jom layan gambar candid yang berjaya aku snap sepanjang raya.

Irfan yang sungguh obses dengan mesin basuh yang 'on'

Dia dah perasan aku snap gmbar curi

Mulalah malu tahap gaban...elehhh

Dan nyorok muka..eehehehehe

Dan terus lari ke depan kejar aku..ehehehe

Malu konon nak bergambar, ika & irfan

Ehehehehe...

Anak sape ntah aku snap masa kenduri aqiqah..ehehehe.


Wajah ikhlas seorang ibu tatkala.....

memandang cucunya...


Yang benar,
Tukang curi gambar

Jalan Baru Menghala ke Kelantan | Jalan Baru di Lipis | Naiktaraf Jalan ke Gua Musang

Kalau balik kampung time raya, tak sah tak jem kan. Tapi demi semangat raya yang menebal, ditempuh jua walaupun berjam-jam berkubang kat jalan raya.

Kalau balik Kelantan, jem kadang-kadang mencecah 16 jam. Ikut nasib la..Kalau cuti awal, dapatlah elak jem. Mostly, jalannya kecik...makin lambat la nak sampai...yelah jalan kampung.

Ada berita gumbira (yeahhhh) kalau nak Kelantan lepas nie. Bukan sebab ada highway (bila la nak ada highway kan), tapi ada jalan 2 lane...lebar la sket......

Kebetulan balik dari sana baru-baru nie, kitaorang sempat berenti mengejut semata-mata nak tau bila la projek nie nak siap. Cepat-cepat snap gambar sebab dah nampak kete jauh kat belakang..




Projek :  PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)
              NAIKTARAF JALAN LALUAN 8 DARI KG. RELONG, PAHANG KE GUA MUSANG,    
              KELANTAN (FASA 1- SEGMEN 5)

Siap   :  15 APRIL 2013


Yang benar,
Kaki jalan

The Best Akok....in Merapoh, Pahang

Kuih akok sangat popular di Kelantan dan Terengganu. Kini, kuih ini mudah didapati di tempat lain termasuklah KL.  Kuih akok adalah salah satu daripada kuih tradisional.

Akok is a sweet delicacy made of eggs, sugar, coconut extract and rice flour. Cara pembakaran adalah samada secara elektrik atau menggunakan kaedah lama atau klasik iaitu menggunakan tempurung. Lebih sedap rasanya.

Aku gemar akok yang kurang manis. Tapi susah nak cari..Selalunya manis belaka sebab orang pantai Timur kan penggemar makanan manis. Ada satu tempat di area Merapoh, Pahang yang menjual akok yang enak. Kalau dari Kelantan, gerainya sebelah kanan (ada 3 gerai bersebelahan, gerai yang tengah paling enak). Gerai ini di kawasan yang ala-ala hutan sket...


Akok yang sungguh gebu dan empuk...






Yang benar,
Lapar plak,

Monday, September 19, 2011

Kam Heong Chicken | Ayam Kam Heong

Semalam aku layan Astro PRIMA, kebetulan host Warung Kita dok melantak. Terliur tengok semua yang dia makan. Sebabnya, cara provokasi yang digunakan cukup menggugat iman. Ehehehe. Kiranya dia berjaya ler...

Kali nie dia fokus area Subang Jaya. Antara menu yang dia try makan dan nampak sedapppp adalah Bihun Goreng Sarang Burung kat food court USJ dan Ayam Kam Heong di restoran chinese muslim Mohd Chan Abdullah.

Memang nampak menyelerakan...bab makan siapa yang tak laju..ye tak? Bab masak tu ada sikit slow jer...Ahaksss.

Bihun goreng sarang burung..gambar ehsan goggle.

Kam Heong Chicken yang dimasak sendiri setelah
menggelupur nak try rasa...sedap sangat (puji sendiri).
Boleh cuba lagi..


yang benar,
tukang masak

Majlis Aqiqah anak saudara baru...alhamdulillah



Kesempatan raya ke 4 digunakan untuk melangsungkan majlis Aqiqah di rumah mertuaku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang sibuk sangat sebab semua dibuat sendiri dari memasak, mengemas dan sebagainya. Seawal petang raya ke 3, setelah aku tiba..kerja dah siap menanti. Pinggan mangkuk, cawan, sudu, garfu, senduk dah siap dikeluarkan dari stor. Periuk, kuali semua dah sedia. Seekor anak lembu dah tersedia..hehehee.

Paling kelakar bila tanya anak sedara yang lahir kat bandar, ada ke patut dia kata "Eh eh, bing (eh eh kambing)" Kekekekeke...nak tergolak aunty ngah ...

Menu yang disediakan : gulai kawah, ayam masak merah, kerabu nanas dan timun, air sirap...

Menu ditaja : kuih tako a.k.a tepung pelita...(sedap bangat)


Aqiqah kat sini berlangsung, dengan jemputan ahli masjid. Ahli masjid akan berselawat (aku tak pasti berapa kali) dan baby diberi rasa makanan dalam dulang.

dulang untuk majlis...ada kurma, kismis, gula kabung (kot),
cincin 2 bentuk - emas dan perak,
asam keping, garam, air zamzam dan air biasa (kot)


Si comel yang diraikan Fatin Khayrin Humaira..comel namanya..
Semoga Khayrin menjadi anak yang membahagiakan dan solehah. Amin


Aktiviti diakhiri pada malam hari. Tetamu datang memang ramai. Alhamdulillah...







Sunday, September 18, 2011

i-City, Shah Alam...world of colour...


Post yang berkurun-kurun abad, baru sempat nak upload hari nie. Kalau ada galaxy tab senang sangat.  Ehehehe. Alasan nak beli la. Aku ke sini dengan famili kakakku. Memang meriah sangat. Kami ke sini setelah makan di Zam zam Restaurant, Shah Alam. Boleh layan entry Zam-zam Restaurant sebelum nie. Pertama kali tiba di sini, setelah banyak kali aku dengar mengenai i-City Shah Alam.

Dicadangkan pegi malam hari (ofkos la kannn...) sebab bukak pun jam 7. Bayaran free jer (kalau jalan kaki or parking jauh), kalau parking dekat RM2 je.



Si comel..Muhammad Irfan dan Nur Zulaikha.


Tuesday, September 13, 2011

Entry Pertama Lepas Raya...Uhuksss


Hari nie baru sempat nak update blog setelah mula bekerja...Balik dari kampung rabu lepas, khamis keje...jumaat mc sebab demam, sabtu demam, ahad demam lagi, isnin amik mc lg..Ehehehe. Bohsan dok rumah wooo...movie/drama kat astro tak der maknanye....Best lagi drama kat tv3/tv2!

Cuti raya mestilah seronok. Keje jer yang tak seronok...Ehehehehe.

Raya di kampung, sangatlah busy. Dari memasaknya, melayan tetamu, g melawat kubur dan sebagainya. Pada Raya ke 1, malamnya kami sempat main bowling ramai2. Tak sangka, aku dapat no 3 daripada 5. Aku kalau main, bola mesti no 8, walau baling slow tapi strike (show-off plak kan).

Raya ke 2, sekadar berehat di rumah pada malam hari setelah penat di beraya siang hari.

Raya ke 3, bertolak kampung suami. Bersiap sedia untuk kenduri aqiqah anak saudara.

Raya ke 4, aqiqah berlangsung dengan jayanya.

Raya ke 5, aktiviti mengemas periuk, belanga dan sebagainya.

Raya ke 6, aktiviti santai, pantai dan windows shopping.

Raya ke 7, aktiviti rantau panjang dan parkson.

Raya ke 8, aktiviti beli pokok buluh dan pasu. murah sangat. pokok buluh dapat bawah RM20..pasu RM6 jer...murah bangat..i like!!!

Kenangan terindah yang tak boleh dilupakan semasa raya, antaranya melawat kubur arwah tok dan tok wan(tok = nenek, tok wan = datuk) sebelah bapa.

Dan satu lagi masa menyuapkan air pada tok sebelah ibu yang telah berusia 87 tahun (lahir pada tahun 1924), tok masih ingat kalimah Bismillah sebelum meneguknya. Syahdu rasanya. Mungkin ini kelebihannya, kerana semasa usianya masih muda..tok mengajar mengaji Al-Quran secara rela hati. Duit yang diberikan oleh parents lebih merupakan sedekah.

*Masih batuk dan sakit tekak....penangan raya sakan ditambah jerebu yang kian menggebu..ehehehehhe

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...