Tuesday, November 22, 2011

Le Le Ley...Harimau Malaya....YES.. MALAYSIA MENANG...


sumber : berita harian dan kompas


Tiada kata seindah KEMENANGAN MALAYSIA MENGALAHKAN INDONESIA menerusi sepakan penalti 4 - 3 di Stadium Bung Karno, Jakarta semasa Sukan Sea ke 26 Indonesia.

Debaran melihat sepakan penalti umpama dipaksa membuat public speaking buat kali pertama. TAHNIAH!

 Yang penting adalah semangat kesukanan daripada melayan emosi rakyat Indonesia. Biarlah Indonesia terjun dengan labu-labunya.

'Ibu segala pingat' adalah milik pasukan Malaysia...wink...winkk..


telah membaham :)

sumber : google




Yang benar,
YESSSSSSSSSS...Harimau Baham Garuda


Thursday, November 17, 2011

Muhasabah diri di pagi khamis



Jangan marah kepada orang yang menghina anda,
Cara terbaik untuk membalas dendam kepada orang yang menghina anda,
adalah menjadi lebih berjaya daripadanya, balaslah dengan kejayaan,
kerana kejayaan boleh menyelesaikan banyak masalah anda,
dan yang lucunya menjadi masalah baru bagi orang yang membenci anda.
Janganlah menjadikan kebencian orang lain sebagai penghalang bagi kejayaan anda.
Belajar dan bekerja keraslah untuk kejayaan anda.

Setiap orang, terutamanya diri anda harus menjadi pemenang.
Itu sebabnya anda harus ikhlas dan menyegerakan tindakan.
Anda tidak harus mengalahkan sesiapa pun untuk menjadi pemenang.
Belajar dan bekerja keraslah untuk melayani bagi kebahagiaan sesama anda,
dengannya anda akan menjadi pemenang kerana,pemenang yang sejati
adalah yang menjadikan semua peribadi pemenang.

Katakan pada diri anda sendiri,
saya tidak ada waktu untuk membenci orang,
kerana saya terlalu sibuk mencintai orang orang yang mencintai saya.


pic dan kata-kata nasihat : kredit to google

Yang benar,
Sayangilah diri anda

Hati gumbira bila nonton My Neighbour Totoro


pic : credit to google

Lewat ketika tiba di rumah, mood untuk nonton movie pun muncul. Aku selak2 collection cd. Tiba2 aku rindu nak tengok movie Totoro. Cite lucu, ceria dan ada gak sedihnya. Aku menitik air mata gak beb!

Sekarang nie, aku tgh gila nak kumpul totoro. So far dah jupe totoro kat Mines cumanya belum beli lagi. Aku hanya beli keychain jer untuk digantung pada kunci keteku...Weee....i like it so much. It melt me seing totoro hanging in my car key. Lepas nie nak cari kucing dan dust bunnies plak...


Bas kucing

Dust bunnies..cute kan..hitam itu menawan


Kalau ada car accesories pun best, tapi susah nak jupe..Kalau kat jepun banyak la kot...Kalau sesape ada info bleh la kongsi2 dengan aku ya....thankss. Cubalah nengok untuk menikmati keriangannya...Ehehehe


Weekend nie cadang nak nonton spirited away gak...


Yang benar,
Jiranku totoro

Friday, November 4, 2011

Renungi diri - Rezeki Termahal


Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah.

Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati.
Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati
akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang.

Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.

Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya pembersih kaca ketika
hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan.

Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.


 
Wallahualam.

Yang benar,
Salam Aidiladha

Kekacang Cinta a.k.a Peanut Love

Kekacang ini, selalu aku nantikan..
Kekacang ini diberikan tika aku alpa dan leka
Kekacang yang menyimpan kisah suka dan duka
Kekacang yang juga membuatkan aku ceria gembira
Itulah kisah kekacang cinta kami...

I Love U sayang....
Thank you Allah...



yang benar,
tunggu ya gambar kekacang cinta tu...

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...