Thursday, December 29, 2011

Kek Mana Pilihan Anda?

1 of my fav

aku suka gaksss

Antara 2 kek ini, mana pilihan anda?
a. Kek Vanilla
b. Kek Coklat

Entry yang agak merepek malam nie....Maklumlah mood bercuti dah datang..Aku agak ramai yang amik peluang cuti akhir tahun.....Cepatnya masa berlalu...Umur pun dah makin meningkat tapi perangai masih budak2..Hahahahaha....

Namun, banyak yang perlu disemak2 dan muhasabah (tgh insaf tauuuu)...Kalau ikutkan masih ada azam yang tak tercapai. Yang tidak tercapai tu, mohon dipermudahkan Allah.....Perangai yang menyusahkan orang tu, mohon dikurangkan..Hehehehe....Semua insan tak sempurna bukan! wink wink....

I'll try to be good muslim to Allah, parents, cik abe and good friends around me...Amin...

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru 2012!

p/s: Jangan lupa bayar zakat pada yang mampu, jangan lupa beli buku dan simpan resit (nak kurang cukai kan), keje? takkan abis selagi tak tutup mata...jadi curilah masa utk rehatkan diri dan minda kita utk keluarga tersayang...

Mouth watering....vanilla choco cake...yummiessss

sumber : google.com

Yang benar,
Lapar nengok kek kat atas tu...ehehehe

Saturday, December 3, 2011

Merlin Season 4 is coming to town...

The Evil Lady Morgana
Merlin Season 4 is coming...yeahhhh...not to town...tiba2 mood lagu krimas..

Aku baru lepas nengok video banjir kat kajang (2 Dis) at youtube..agak teruk banjir kat kajang...beberapa orang berjaya diselamatkan..Alhamdulillah. Banyak kereta dan moto ditenggelami air...Jenuh nak repair kalau tak der insurans bencana alam...Sebab kat Malaysia kurang bencana alam selain banjir (gegaran, letusan gunung berapi dan etc), maka kita tidak terdedah dan kurang kesedaran tentang insurans bencana alam.

Ok..ok tukar topik...topik asal aku adalah MERLIN SEASON 4.... weeeeeeee...aku mmg peminat Merlin sejak Season 1 lagi...Sebab aku minat? Aku sangat meminati movie/drama epic selain cerita  romance comedy, fantasy dan action. Cerita kegemaran aku - The Tudors Series, The Other Boleyn Girls, Harry Potters Series, The Lord of The Rings Series, RobinHood dan banyak lagi...

MERLIN SEASON 4 akan bersiaran di DIVA CHANNEL pada 12 Disember jam 8.30 malam dan TV3 pada 16 Disember ini, pukul 10 malam di slot Mega Movie. Episod seterusnya akan disambung pada setiap Ahad di TV3 pukul 10 malam bermula 18 Disember ini. Pelik ada 2 stesen tayang. Takperlah bukan masalah aku, aku nengok yang mane aku sempat (dah nengok pun episod 1 kat youtube....sebab tak sabar punya pasal).

Sinopsis:

Siri pengambaran fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat untuk menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya.

Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot.

Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya mula berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain.

Merlin bakal menghadapi cabaran yang paling sukar apabila niat jitu Morgana bukan sahaja akan menggugat masa depan Putera Arthur, malah ia juga akan membahayakan keseimbangan alam nyata.

Sinonim dengan temanya, kisah Merlin musim keempat ini menampilkan konsep lakon layar yang sarat dengan elemen-elemen misteri dan drama.

Dibarisi bintang-bintang musim lalu, Johnny Capps, Julian Murphy, Jake Michie dan Julian Jones yang bertanggungjawab merealisasikan siri epik ini menjelaskan bahawa nilai dan unsur kematangan mampu dilihat di dalam karakter-karakter watak, dimana secara keseluruhannya kesemua watak akan mempamerkan personaliti yang lebih dingin dan serius.

Babak kemuncak bakal menyaksikan Morgana berpadu tenaga dengan Alator, seorang ahli sihir misteri demi membongkar sebuah rahsia yang berupaya untuk mengubah masa depan.
(credit to www.mstar.com.my)




Morgana & Alator

Uther Pendragon is dead..uhuksss..

Gwen during coronation..

Old merlin....

Adakah freya akan kembali dalam Season 4?

MERLIN SEASON 4...lebih suspen..MORGANA dilihat mendominasi kuasa dan kejahatannya....tak sabooor...

Sincerely,
MERLIN'S BIGFans


Friday, December 2, 2011

Pencarian Kacang Pool berakhir di Jam's Kitchen, Rawang

Weeeee....akhirnya...at last & finally...dah berbulan2 dengar opismate bercerita ttg kacang pool yg kengkonon sedap gila...Aku akhirnya bisa ketemu sama "kacang pool" aka "kacang foul" aka "kacang parang". Resepi ini dipercayai berasal dari Arab dan lebih terkenal di Johor.

Perasaan?? Excited sangat sebab tak penah makan...Gembira seakan bertemu dengan pujaan hati...cheeewaahhhh.......Saat kacang pool membasahi lidahku.. Aku terkedu dan terkelu....Yummmiiiessss...Maybe aku tak rasa lagi keenakannya kat Station Bomba, Larkin......but someday somehow, InsyaAllah...

Jom layan kacang pool dan mee goreng special akibat penangan JJCM 2011.

Alamat : Jam's Kitchen, No.6 Jalan RS1 Rawang Sentral 48000 Rawang (berdekatan bandar rawang, dekat Giant (baru), depan sket ada Petronas (belah kanan) terus belok kanan dan berhadapan Hancock Tyres)


menu...

hidangan kacang pool

dimakan bersama roti..caranya perahkan limau dalam kuah
(kuah dibuat daripada daging cincang dan kacang merah)
roti diletak telur, kuah, lada hijau dan bawang...




telur yang membuatkan air mataku bergenang (fav aku tu)

mee goreng special..nangis makan (sedap sey...recommended)


Yang benar,
Sekian melaporkan berita kacang pool :)

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...