Wednesday, February 22, 2012

Movie ME of the Month

Aku suka nonton...sangat suka nonton movie. Nonton drama plak tengoklah pada pelakon atau jalan cerita. Kadang2 ada drama yang meleret..malas den nak layannn....Itulah aku...koleksi movie mmg banyak...Tapi kalau nonton di pc/laptop kurang gemar..sebabnya skrin kecik..tak puas dan bahagia..! Jom layan movie pilihan aku bulan nie...

Hero Denzel Washington yang sangat cool dalam cite nie. Walaupun ditayang berulang kali di astro, aku sangat suka. Aku turut menonton di cinema...


Will Atenton (or W 1 L L A 10 10) berhenti kerja dan pindah ke rumah barunya.  Dia hidup bahagia bersama isteri dan 2 anak perempuan. Dia seolah-olah tidak disukai oleh jirannya. Misteri terbongkar apabila rumah tersebut dijadikan sarang pemujaan oleh sekumpulan punky yang mengatakan pernah berlaku pembunuhan sekeluarga di rumah tersebut. Will terkejut apabila wajahnya sama dengan wajah suami asal rumah itu. Adakah dia pembunuhnya? Adakah dia gila?

Filem - 21. Mengisahkan pelajar pintar Harvard - MIT yang terjebak dalam dunia black jack. Saksikan camne dia diajak oleh lecturer untuk terbabit dalam black jack dan berapa banyak duit yang berjaya dikumpulnya. Apa yang dia terlepas dan apa yang dia dapat? Mmg best cite nie.....best gilesssss!


Yang benar,
Pembeli DVD

Thursday, February 9, 2012

Ramly Products - HALAL

Korang suka makan burger tak? Sape tak suka burger kan? Aku ada 2 kategori burger yang aku suka makan iaitu burger bandar dan burger kampung.

Kadang2 terasa nak makan burger bandar....Apa itu burger bandar (cam kuiz plak..eheheh)?
  • Tempat asal - bukanlah dari Malaysia dan dibawa dari luar dari Malaysia.
  • Lebih mahal
  • Hanya mudah didapati dibandar2, kalau kat ceruk kampung jangan harap leeee
  • Burger bandar - McD, KFC (zinger), carls junior, burger king dan macam2 lagi...

Tapi burger yang paling sedap..mestilah burger yg kat stall tu...aku paling suka makan burger kampung....senang nak cari dan beli...senang gak nak buat sendiri kat rumah..

Aku ada kenangan buat burger kampung kat rumah. Dari zaman sekolah, ayah aku dah biasa beli daging burger ramly dan semestinya daging lembu (sebab ayah aku tak makan ayam). Dan guest what...akulah tukang masak burger kat rumah (aku mmg suka)...Aku masak untuk 6 orang (mak, ayah, akak, abang, adik dan aku lerr)....siap ada salad dan timun gituuu.....dan dimasakkan secara well done iaitu dipotong tengah. Aku tak suka daging burger ala2 merah tak masak gituuu yang banyak dijual di RNR.

Tapi baru2 nie aku sedih sebab ada email yang dihantar oleh pihak2 tak bertanggungjawab mengenai produk Ramly. Pemilik asalnya, Datuk Ramly Mokni dikatakan tidak lagi menjadi pemiliknya. Jahat betul la mulut yang sebarkan cerita tu...

Baru-baru nie, kat berita dah maklumkan Ramly telah disabotaj oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Biarlah dosa2 sebarkan fitnah tu ditanggung mereka. Doa orang yang teranayai insyaAllah dimakbulkan.

Aku suka beli:
  1. Minced meat (lembu) - masak spagetti bolognaise or black pepper. wajib buat stock
  2. Oblong chicken or meat - bila rindu nak makan McD prosperity yang tak selalu ada
  3. Daging burger or ayam - ini selalu ada stock bila malas nak masak waktu malam. wajib buat stock
  4. Hotdog - sesuai breakfast tapi jarang buat stock
  5. Tempura ayam - sesuai buat stock, senang bila ada budak2 datang...
Aku pernah dan cuba beli daging jenama lain...ingat nak try...tapi rasa menyesal sgt...sebab tak sedap...sebab selama bertahun2 nie membesar dengan burger ramly yang sedap...Didoakan jenama ini akan kekal menjadi produk muslim dengan diterajui oleh muslim juga. Amin.






Yang benar,
Peminat burger kampung

Thursday, February 2, 2012

Jom Daftar Mengundi


Mengundi adalah hak kita! Undi kita penentu agama, bangsa dan negara....


Yang benar,
Undi pada yang berhak!


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...