Monday, June 25, 2012

NO manners...kurang ajar punya olang!


Pic : kredit to google

Semalam aku ke Alamanda...tak shopping sangat pun..meneman adik ipar cari kasut.....Lepas berjaya jumpa apa yang dicari2...apa lagi zaassss g makan sebab dah jam 3.00 petang. Perut dah berbunyi minta diisi...waaaaaaaaa...lapar!

Kami g makan kat Mr Kabab, Presint 15. Menu fav aku adalah nan dan ayam tandoori. Mcm2 nan yang ada...plain, butter, garlic, cheese dan onion. Favourite aku adalah butter nan dan ayam tandoori. Air kegemaran adalah arabic tea.....

Air dah sampai, aku minum2 dulu sementara tunggu makanan..plz hurry! i lapar giler nie...ekekekekek

Tengah dok sembang dengan adik ipar...tiba2;

Mr X : Boleh tak u guys, pindah ke meja depan...kitaorang nak combine meja sebab ramai. (nada yang agak sarcastic!)

Aku : **Hanya diam dan terkedu (sebab ayat Mr X sungguh kurang hajar...tak boleh ke guna ayat yang polite sket!..such as "I nak minta tolong, kalau bleh pindah meja..........")

Mr X : Meja lain dah penuh...(Btw, ayat2 dia aku tak ingat sangat..sebab time nie tengah geram...perangai yang sungguh buruk cam kain kotor yang tak dicuci). Time nie aku nampak muka bini dia berspek hitam tak senyum langsung...buat muka serius...what the hell? meja nie aku dok dulu...salah aku gak ke? memang siuuuttt !

Aku : **Aku diam je...sebab aku sebenarnya tak mau pindah....

Adik ipar : **Pun diam je....sebab terkedu gak...last2 adik ipar pun sebut "jom"

Aku : ** Masih tak bangun...sebab aku ada cawan dan teko air yang aku order......siapa nak tlg angkat kan...

Mr X : Tolong angkatkan air nie......ke meja depan ya..tlg akak nie...(nada dah reda bukan sarcastic lg!). Bini Mr X dah senyum say thanks ya..thanks ya...tadi bukan main cam siuttttt

Aku : **Aku tak ingat langsung ayat apa dah tapi dah bangun ke meja depan...Tapi aku benci dengan perangai yang sungguh kurang hajar! Aku boleh berpindah kalau ayat tu lebih polite dan menyejukkan hati..Aku kan dah minum kat situ..tak nampak ke? Kalau ko g kedai yang penuh customers pun ko still kena tunggu kat luar sebelum dibenarkan masuk..same goes with this! Aku benci orang yang kurang berbahasa.....


Yang benar,
Bahasa Jiwa Bangsa




Thursday, June 21, 2012

Apa nak buat bila mata mula mengantuk?

Lunch hari ini adalah mihun sup utara dan chocolate lava cake (dibeli khas dari domino's)....
Sesudah makan dan kenyang...mata mulalah nak mengantuk....apa yang menarik nak google bila mata dah ngantuk? Keje mmg banyak...tapi mata dah ngantuk...helppp me!

Kata kunci google hari ini adalah M.A.K.A.N.A.N = makanan. Semua suka makan. Melantak apatah lagi kan. Macam-macam yang aku teringin nak makan. Macam-macam juga teringin nak masak tapi tak juga memasaknya. Hahahahaha.

* makanan - celik bijik mata mak tauuu
*resepi - macamlah aku rajin masak sgt..huhuhuhu
* lagu - tengok mood lagu.....kalau lagu rap or rock...pening gaks kapla
* percutian menarik - maybe
* news - pagi2 lagi ok
* gossip - ??

Chocolate Lava Cake@ Domino's - RM8.80 ~ worth it!

Jr Double Scoop Baskin Robbin - RM7.50 ~ only on Wednesday with pinky outfits, cap, camera, hp

Beef Nachos @ Padi House, Galleria PJH Putrajaya ~ superb. Only RM8.90

Grilled tomato rice with seafood @ Padi House, Putrajaya - RM12.90 ~ just ok.


Grilled chicken with pesto fondue @ Padi House ~ super duper yummies. RM18.90 (maybe)

Nando's set with 3 sidelines ~ RM19.90..so so

Pavlova @ Padi house Putrajaya. RM10.90...yummies but to much whipped cream. Maybe the meringue should be more than the cream.

Lupa plak kek ape ...kawan aku yg order...ada2 tiramisu..

A cup of cappucino - RM8.90...sedappp......

A cup of earl grey tea - one of my fav tea flavor - RM8.90 per jar.

Red velvet cake + chocolate cake + ......@ Tony Roma's. ~ triple yummies...i'll back for only this~

Grilled salmon and seafood @ Tony Roma's~ RM50.00++..~ sedap gilessss...org belanja

Spaghetti with seafood @Tony Roma's- around RM34.90 ~ i'll crave again for this!

Tony Roma's Platter with potato skins, buffalo wings and onion loaf....~ marvellous!

Red Velvet Cake @ Donuts&Coffee Bangi

Char koey teow @ Bangi Seksyen 8. ~luv it!


Yang benar,
Kaki makan.kaki jalan.kaki tv!




Tuesday, June 19, 2012

2 pintu masuk


Setiap hari kita melalui dua pintu masuk yaitu harapan baik dan keluhan.
Orang yang memulai harinya melalui pintu masuk harapan baik,
akan rahmah sapaanya, senyumnya dan bersegera tindakannya.
Sabar menghadapi masalah dan ikhlas memperbaiki diri.
Kerana dia tahu bahawa Allah akan membahagiakan jiwa yang baik.

Bersyukur adalah menghargai yang sudah ada,
dan menggunakannya untuk mencapai kebaikan baru.
Untuk kebaikan anda jangan melalui pintu keluhan.
Untuk mendapatkan apa yang anda inginkan, anda harus
berhenti melakukan hal-hal yang hasilnya anda keluhkan.
Keluhan bukanlah tanda bahwa anda lemah, tapi pemberitahuan
bahwa anda harus memperbaiki apa yang akan anda kerjakan.

Jika anda belum sepenuhnya berbahagia dengan,
kejayaan yang anda capai, perbaikilah penerimaan
orang lain terhadap pribadi anda, tingkatkanlah peranan
yang anda sumbangkan didalam pekerjaan anda sekarang.
Siapkanlah diri anda untuk menjadi pribadi yang lebih dihargai.

Tetapi rencana sebaik apa pun, petunjuk sejelas apa pun,
jika anda tidak tegas, tetap memelihara keraguan, keluhan
dan lambat bertindak, kegagalan sentiasa akan bersama anda.







Tuesday, June 12, 2012

Edisi kenduri adikku di musim cuti sekolah | Hantaran kawin

Hari ke 1

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....lega rasanya. Panjang betul fuh tu kan...Ekekeke. Lega rasanya bila kenduri adik lelakiku berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah. Penat memanglah penat kan. Itulah tanggungjawab. Aku balik lebih awal kerana risaukan persediaan kenduri. Walhal pengantin pun tak cuti lagi, kakaknye yang coti dulu..wakakakaka. Risaukan mak aku yang perlu bergusti dengan kedai dan rumah...mesti lagi penat kan..

Aku tiba pada hari rabu jam 11 malam kat airport...cik abang plak drive keesokkan harinye...Apa punya bini daa...balik dulu..ekekeke. Dan tak lupa, cik abang tlg bawak balik hantaran yang aku wat utk adikku. Kete penuh bagai...

Pepagi buta lepas bangun tidor, aku wat check list utk beli brg dengan adik bongsuku...
300 uncang gula-gula;
1 plastic wrap -dried kurma, apricot dan kiwi;
1 bungkus dawai twist;
bayar duit kete mak;
bayar bil maxis;
 novel terbaru RAM;

Itulah aku memang suka wat checklist dari dulu lagi..nak balik kampung pun ada checklist...
maybe aku perlu beli IPAD...phone skang pun aku masukkan checklist..tapi screen kecik...
sape2 murah hati nak kasi IPAD...silakan...TQ in advanced! hahahahahaha.

Lepas selesai, kami pekena nando's...Kali ketiga untuk aku dan pertama untuk faiz. Faiz tak gemar, katanya ayam tak sedap sgt...He prefer Kenny Roger rather then Nando's. Nando's menggunakan peri-peri. Mengikut wikipedia, peri-peri (pili-pili, piri-piri) adalah kategori cili yang banyak ditanam di Malawi, Afrika Selatan, Ghana, Nigeria, Zimbabwe dan Mozambique.

Sampai je umah, aku membuta dulu sebelum keluar semula dengan ayah untuk menghantar telur untuk direbus. Mak aku minta tolong kawan dia utk rebus. 1000 biji gak tu....Sebenarnya nak rebus telur bukan mudah ooiii...kadangkala telur pecah lagi banyak dari telur tak pecah...Ahahaha...Alamatnya menu lepas kenduri adalah telur sambal, telur masak kicap, telur masak kari, telur masak rendang dan telur rebus goreng. Mau muntah dibuatnye...tak reti bersyukur kan...

Malamnya kami menyusun 100 goodies bag untuk tetamu.



Hari ke 2

Kami bertolak ke Perlis untuk Majlis akad nikah yang dijangka lepas asar. Alhamdulillah sampai dalam jam 3.15 petang. Tapi tiba2 satu insiden berlaku, si pengantin terlupa nak sediakan mas kahwin. Adus aku plak terlupa nak ingatkan...sebab masa aku dulu, mas kahwin adalah seutas rantai tangan. Kali ini wang tunai sejumlah RM2883.

Dalam keadaan agak kelam kabut tu, adik aku berjaya mencari album gambar. Aku dan yang lain 'ketaq lutut' masukkan duit dalam album baru tu...Album baru kan melekat so mmg banyak page yang tertinggal...Kenalah buat semula..aduihhh nak marah pengantin tak jadi kang lafaz nikah berkali-kali plak...Last2 aku sindir secara lembut jer......Wakakakaka..Ape punya pengantin daaaa...

Kami tiba, tok kadi dah ada....dan alhamdulillah dengan sekali lafaz...mereka sah menjadi suami isteri. Sebak plak rasanya adik aku yang sorang nie dah jadi suami orang. Moga menjadi ketua keluarga yang amanah dan solehah. Kini tinggal adik laki bongsu yang baru nak amik SPM.

 sahhh....

pengantin tersengih gumbira...

si gadis manis....

Si penghibur jiwa...ika, irfan, kael...


Hari ke 3

Kenduri di rumah pengantin perempuan tak banyak sangat yang perlu difikirkan selain hantaran - 9 dulang iaitu telekung, handbag, coklat, kurma dan dried fruit, buah-buahan, blouse, jam, cincin dan tepak sirih.

Pepagi buta aku dah bangun dan susun semula hantaran tu...kot2 ada bunga yang terjatuh akibat driving laju semalam...wakakakaka..Kena cek saman nie...kot2 la adakan...harap2 tak der la...Tapi kan abang ipar dan abang aku mmg drive laju pung....ehehehehe...jangan marah ya kalau baca nie...tapi mmg betul kan ? wink wink...;)

Jam menunjukkan jam 1.15 kami pun bertolak secara berjemaah ke sana. Panas lip lip.

Alhamdulillah kami dijamu dengan makanan yang sedap. Terima kasih tuan rumah.

Mula bertolak pulang ke Penang untuk kenduri pada keesokan harinya pada jam 3.00 petang. Fuuuhh inilah yang dinantikan....


Untuk makluman, aku tukang buat hantaran...cun takk???? sape lagi nak puji kan? Aku dan kakakku decide utk pilih ala-ala english. Dugaan buat hantaran nie boleh tahan semata-mata mencari bunga yang sesuai. 7 kali 7 hari 7 malam...aku berkunjung ke Nilai 3 yang hanya 20 minit dari rumahku. Warna biru kat foam tu sebenarnya warna silver..tapi bila try mix and match...mmg tak jadi dan menarik dan menonjol....last2 aku pilih warna biru sesuka suki aku...tanpa sesape pun tahu...

Hantaran dah siap, barulah aku tahu...keluarga adik iparku memilih warna biru sebagai tema....kebetulan kan..

Hantaran 1 - dried fruit - kurma, apricot dan kiwi

Hantaran 2 - cadbury


Hantaran 3 - telekung dan sejadah

Hantaran 4 - jam

Hantaran 5 - sekapal buah

Hantaran 6 - cincin

Hantaran 7 - handbag & wallet


Yang lain adalah - blouse dan gubahan sireh


Sekumpulan hantaran..


Rombongan dari Penang....

Panas dan berangin..tepi sawah padi gitu...
i likeeeeeee

pengantin bersama keluarga barunya..cantik kan biru nieee.....


Hari ke 4

Sampai jer Penang terus ke kedai mak aku amik telur yang siap diletakkan dalam uncang...lega....
*telur....checked

Sampai rumah, cek goodies bag yang masih tak cukup barang....terus masukkan ape yang terkurang:
*100 goodies bag....checked
* 100 bahulu dan kuih bangkit....checked
*100 chocolate cookies....checked
*100 apam polka dot....checked
*100 bunga telur....checked
*100 brooch, bracelet...checked (not purely gold)

Barang lain yang dah siap:
* 1000 uncang telur
* 500 uncang gula-gula


barisan telur-menelur dan gula2

gambar terakhir aku sempat snap..lepas tu bermulalah tugas sebagai
'pengedar telur yang berjaya'...baki telur terkumpul hanya 22 bijik...


Ahli masjid yang menghadiri tahlil..


alaaa...cedihnyeee.....i love this pic


Hari ke -5

Aktiviti mengira duit...

Sebahagian duit yang dikutip...


 wowww.........
wooooo....



Yang benar,
Penat kenduri lum abis lg nie...dah masuk seminggu lebih....sakit pinggang, sakit urat,
sakit siku, saki kaki.....aku ke yang over?? hahahahahaha....

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...