Friday, December 28, 2012

Mood di hari Jumaat

Pagi nie semasa aku memandu ke pejabat, seperti kebiasaan aku mendengar radio....pagi-pagi sebenarnya sangat sesuai untuk mendengar lagu yang menjadi santapan jiwa dan rohani. Jiwa juga perlu makanan sebagaimana badan agar kita tidak terus leka dan lalai.
 
~Waaaahhh mood insaf pagi nie...Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Tidak membiarkan aku lalai dari mengingatinya. Amin :)
 
Sampai di pejabat, bibirku lancar nyanyi2 manja lagu nie...terus ku cari lirik kat google.
 
 
Dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam
 
pic from google
 
Yang benar,
Mood insaf
 

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...