Thursday, July 11, 2013

#Menu berbuka - DAY 1

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada pembaca blog seraiputih. TQVM!
 
Seperti puasa pada tahun-tahun sebelum ini, aku cuba untuk berjimat. Normally, masa bulan puasa kita tak makan banyak sangat kan....Minum air memang agak banyak...Makan sekadar mengisi perut yang lapar jer.
 
PENDAPAT PERIBADI aku, seeloknya pada awal bulan Ramadhan....tak perlu ke Pasar Ramadhan lagi..sebab utama KEBARANGKALIAN ke Pasar Ramadhan memang tinggi....jadi pegi bila dah bosan dgn masakan sendiri....*ayat apakah ini? wakakakaka.
 
Kalau nak g PARAM, tetapkan jumlah yang nak dibelanjakan. Tips utama.....BAWA HANYA WANG YANG NAK SPENT SAHAJA..sebagai contoh bw RM10/RM5 sahaja...spent hanya jumlah itu sahaja....
 
Ingat, membazir kan amalan syaitan.
 
#DAY 1 - MENU BERBUKA
  • Telur masak kicap (walaupun simple, tapi memadai je untuk kami)
  • Sayur suun masak air
  • Ikan goreng
  • Sambal tumbuk jawa
  • Salsa tomato with mint (fuhhh, sangat sedap dan segar - gara2 nengok Masterchef, MKR)
  • Sirap bandung cincau
  • TOTAL SPENT @ KEDAI RUNCIT - RM5.20
  
Yang benar,
Lupa nk snap gambar makanan...:)

Thursday, July 4, 2013

Temuduga HLP2014 ~ fuuhhhhhhhh

Pagi semalam aku menghadiri temuduga HLP 2014 di UNITEN. Kalau orang gomen, tau ala apakah itu HLP....
 
HLP2014 boleh didefinisikan sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 di bawah kelolaan JPA. JPA menyediakan biasiswa untuk kakitangan awam yang berminat untuk sambung study ke peringkat MASTERS or PHD. Ini kali kedua aku menghantar proposal, kali pertama pihak Jabatan aku takshortlisted. Jabatan bagi priority kepada orang yang telah lama service atau umur mencapai tahap sipi-sipi had umur HLP. Pendapat peribadi aku, tentulah tak adil kan. Sepatutnya Jabatan buka kepada semua pegawai yang hantar proposal.
 
Tahun nie ada kelonggaran sket sebab ramai yang komplen, jadi Jabatan submit semua proposal kepada JPA. Ffuuuuh....menjadikan tahun ini kali pertama aku menghadiri temuduga HLP yang digembar-gemburkan oleh ramai kawan aku sebagai temuduga untuk memprovok dan menilai kekuatan kita mempertahankan Negara.....opssss, apa plak Negara...mempertahankan tajuk proposal kita daa.......
 
Dah agak lama aku tak study, since PTK tu.......bila nk study nie memang liat la kan....tambah-tambah bila baca buku atas katil..wakakakaka....baca tidur bangun tidur.....sabor jelah
 
Panel aku mmg suka provokasi...Provokasi secara lembutnya sebenarnya, ehehehehehehe.. Soalan favourite panel aku adalah NBOS atau National Blue Ocean Strategy. Nasib baik aku dah baca tentang tu.... Chances nak dapat susah nk cakap, aku telah cuba yang terbaik dan seterusnya aku tawakkal kepada Allah.
 
Walau bagaimanapun, terdapat kuota mengikut pengkhususan. Sebagai contoh tajuk aku adalah mengenai KM. Dan sekiranya ada pegawai lain yang buat KM, pemilihan dibuat berdasarkan pegawai yang mendapat markah tinggi bagi KM tu. Kalau tajuk GIS, senang sket nak dapat sebab tak ramai pegawai IT yang terlibat dengan agensi GIS nie....
 
Sekarang nie, aku nak mula rajinkan diri membaca bahan-bahan ilmiah - jurnal, artikel, akhbar. Ini tidak asyik baca gossip artis dan novel aja...ahakkss, camne nak majukan diri. Kebetulan aku ada hantar permohonan pertukaran belia ke Korea, kalau di senarai pendekkan sekurang-kurangnya, bacaan aku boleh membantu untuk menjawab soalan provokasi tersebut...ehehehehe.
 
Yang benar,
Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Amin.
 
 
 

Monday, July 1, 2013

28 Jun 2013 yang lalu..

28 Jun 2013 yang lalu, hari lahir adik bongsu ku....Memandangkan dia tak der kelas, aku g amik dia malam tu seperti kebiasaannya di Gombak.

Kalau dia tidur rumah kami, aku akan bangun seawal jam 4.45 pagi untuk masak lunch dan breakfast untuk dia. Yelah bila dah mula belajar, sedikit sebanyak kenalah berjimat kan...Jadi bila dia datang rumah @bangi, aku cuba masak dalam kuantiti yang agak banyak...

Mungkin masakanku tak sesedap mak kat kampong, ehehehe cuma menu aku agak urban la kot...bukan maknanya aku masak steak bagai....menu barat lebih mudah berbanding menu kampong sebenarnya..itu pendapat peribadi aku!

Minggu lepas aku masak sotong goreng kunyit, sambal dan sayur masak air berserta ikan goreng.

Aku ada satu cerita kelakar, kebetulan pagi tu, aku rajin buatkan nasi goreng untuk dia, normally dia makan roti gardenia jer...Petang tu bila aku balik rumah, aku bukak lah periuk nasi nak tengok, banyak tak dia makan nasi, yang membuatkan aku terkejut bukan sebab nasi abis sebab aku mmg tak kisah pun.....sebaliknya nasi tak berusik langsung. Apsal nie, boikot sebab tak sedap ke? Ehehehehehhe

Kakak : Faiz, kenapa tak makan nasi pun?

Adik : Faiz dah makan la, faiz tengok ada nasi goreng...pagi tadi bila bangun faiz tengok nasi banyak tu ja, so faiz bahagikan untuk makan pagi dan petang sbb faiz tau tak cukup nnti.

Kakak : Lor, apasal tak bukak periuk nasi...3 pot dah masak nie??

Adik :  Pagi tadi kak nina sms bgtau ada nasi goreng, jadi faiz ingat nasi goreng je lah...

Kakak : Pulak!! Adus, maybe next time kena tulis MENU OF THE DAY kot..kan periuk nasi tu on...

Adik : Manalah faiz tau....ehehehehehehheheh.

Kesimpulannya, next time..jangan rajin2 buat breakfast...ahahahahahahaha...Aku jenis tak suka letak makanan atas meja makan, nnti sepah...aku letak kat dapur jer....





Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...