Wednesday, September 25, 2013

Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) - Ekspo Halal Pengguna Terbesar di Malaysia

Yeayyyyy
Yeaaayyyyyyyyyyyy
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Aku gembira bila dapat berita entry ini. Tahun nie semasa bulan April 2013, aku tak sempat nak ke MIHAS 2013 yang berlangsung di KLCC. Time tu poket sedikit kering. Aku cuma berharap untuk hadir pada tahun depan sahaja.

Tahun lepas, aku hadir Halfest kat PWTC...cer klik
http://seraiputih.blogspot.com/2012/10/corat-coret-halfest-2012-di-pwtc.html

Tahun sebelum tu, aku hadir kat MATRADE
http://seraiputih.blogspot.com/2011/03/mihas-2011-is-around-cornerwohoooo.html

Nampak tak aku sangat suka datang ke MIHAS or HALAL FEST...untung berbaloi2...bukan sahaja dapat beli barang promo dengan harga yang murah tapi yang paling penting dapat MAKAN....alaa, aku rasa sket2 jer...bukan melahap pun!


Kali ini Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) aku insyaAllah boleh hadir.


Untuk program acara, klik di sini. http://www.halfest.com.my/maklumat-am/program-acara.html. Ada selebriti seperti Siti Nurhaliza, Soo Wincci, Marsha Milan, Datuk Chef Wan dan  Jaafar Onn.



Perkhidmatan Porter juga disediakan...wahhh hebat http://www.halfest.com.my/img/porter2013.gif

Untuk semak syarikat yang join Halfest2013, klik sini http://halfest.com.my/muat-turun/2013/peserta-halfest2013.pdf

Yang penting bersedia dengan bagpack + air mineral + flat shoes + tisu...sebab orang sangat ramai

  • bagpack - letak barang dalam bag, kang tertinggal kalau banyak sangat plastic
  • air mineral - jimat duit daripada beli air kat sana
  • flat shoues- merehatkan kaki yang banyak merayap
  • tisu - lap peluh + tisu tandas (tisu tandas kan cepat habis)...ahahaha

Tak sabarnye nak p sekali kali ini.....

Tahniah kepada CIMB ISLAMIC, HDC, JAKIM, MARA, RTM, MOA, PPIM.


7 DAYS TO GO...TICK TOCK


Yang benar,
Aku mencari olive oil, ubat gigi dan makanan lain di Halfest 2013

Monday, September 23, 2013

Kegilaanku lagi ~ Cheongdamdong Alice

Aku tengah gila nonton drama korea...Setakat yang aku layan sekarang adalah Eunhui dan Cheongdamdong Alice.

Minggu lepas, aku selesaikan menonton saki baki dalam hardisk astro yang belum lagi clear sampai skang....setakat hari ini ada 192 hours yang boleh direkodkan...I like..

Asal nampak movie best aku dengan pantas tekan butang rekod, tapi tulah kalau aktiviti merekod lebih banyak dari aktivit menonton....hardisk makin bertambah!

Langkah pertama, aku sentiasa play kartun Chibi Maruko sambil buat kerja rumah dan sambil hahahahaha...

Langkah kedua, aku nonton semua episode Eunhui sampai habis...dah abis dan rasa lega sangat....

Langkah ketiga, aku cuba nonton movie Cheongdamdong Alice yang aku minat sangat aktres tu sejak dari dulu. Rupanya drama nie pun sama menariknya dengan Eunhui..Alamak, camne nie.....kegilaan korea dah mula setelah berkerak 5 tahun lalu...

 



Yang benar,
White Rabbit

'Kemunculanku' di RTM

Tajuk entry aku sangat klise kan...seolah-olah aku nie artis dan dikenali ramai....ahahaha (gelak).
Alhamdulillah, aku diberi peluang dan ruang untuk hadir Forum Perdana Khas Hal Ehwal Islam Anjuran Pejabat KSN pada 19 Sept 2013 baru-baru ini di Kompleks D. Aku hadir seorang diri. Kebetulan aku beri nama untuk hadir dan email susulan lambat tiba.......jadi aku pun terlupa dan pakai baju kurung biasa jer.
Selepas waktu kerja, aku ke Kompleks D seorang diri. Aktiviti bermula dengan sesi bacaan yassin dan solat Maghrib berjemaah. Seterusnya saya menjamah packed food yang disediakan.  Alhamdulillah, kurang sket rasa sakit gastrik yang aku tahan sejak solat Maghrib.
Tepat jam 8.45 malam, kehadiran VVIP dan tetamu jemputan mula membanjiri dewan.
Selang beberapa minit kemudian, moderator dan panel yang lain turut hadir.
  • Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah - moderator
  • Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid
  • Dato' Mohd Zawawi Jusoh
  • Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh
Pengalaman pertama tengok sendiri rancangan secara live di depan mata. Woww menarik....macam-macam yang moderator dah pesan, antaranya:
  • Ini siaran langsung ya, jadi kalau kamera tiba-tiba focus pada kamu....jangan gelabah, time tulah nk korek hidung, nak make-up dan etc. Buat macam biasa jer...(hahahaha, sangat lucu pesan dia)
  •  Banyak lagi sebenarnya yang dia pesan, tapi aku lupa la plak..
Aku yang pada mula duduk di barisan tengah dan sempat berkenalan dengan kak azizah telah sama-sama berpindah ke barisan depan dek kerana urusetia meminta memenuhkan barisan depan. Aku dengan lajunye ke depan. Sebab utama aku nk pindah sebab orang depan aku agak big size, so aku yang kecik molek nie terlindung dan tak nampak depan...ahahahahahha
Aku duduk 4 barisan dari hadapan dan camera-man agak berdekatan. Kalau dah dok depan, kenalah ready 'muka masuk tv' kan....Aku pun dengan serba pantas sms kengkawan dan keluarga. Ahahahaha.. Yelah rugi oo kalau derang tak nengok muka aku masuk tv.....
Forum berlangsung dengan lancar dan gelak ketawa dek aksi lucu moderator. Panel jemputan juga menarik dan aku pasti ramai yang menantikan Ustaz Don berbicara. Ustaz Don hadir bersama isteri tersayang yang sedang berbadan dua.
Kemudian, aku menerima beberapa sms:
Alina : Dah nampak dah awek cun dok tepi sekali..ehehe
Kakak : gambar nina dekat sah2 nampak betul...glamour tu
Abang :Duduk kusi tepi yer...
Lin : Yeay br nmpk k.nina...tdg purple kan ;)
Asrul :Wahh....masuk tv la dok usha ustaz don
Time tu, aku dah tersengih macam kerang busuk baca sms tu....aku nie dah la tak leh control nk gelak...asyik tahan gelak baca sms member aku dalam keadaan sedikit cover...Yelah kang malu aku kalau kamera fokus kat aku dan aku dok naik syiok dengan handphone.
20 minit kemudian, aku terima lagi sms:
Alina : Dekat giler kamera pokes muka ko br jap nie. taik lalat beso.ahaha
Sal : Ehem2...rajin kakak kite g forum perdana...ehehehe
Lin : 2 kali nampak k.nina...hihihi..pastu iman tanye mcmane mak ngah masuk tv..
Kak Izah : Amboiiii:cantik aihhhh muka kuar TV, sesuai dgn senyum itu sedekah..Hihihi
Asrul : Wahhh...masuk lagi...nmpk jelas tahi lalat kat pipi
Masa tu aku dah control gelak...wakakakaka..lucu..sangat lucuuuuuuuuuuuuuuu
Yang benar,
Aku tiba di rumah jam 11.15 malam selepas singgah beli subway..

Wednesday, September 18, 2013

Kunjungan pertama ke Butik Radiusite

Aku suka shawl tapi shawl yang simple dan menarik tertarik. :)

Antara shawl yang masih aku minat sehingga kini adalah radiusite.com.my. Tapi aku agak cerewet untuk kerap membelinya kerana HARGA. Kenalah berjimat cermat kan, takkan menang bergaya tapi duit kopak. Itu pendapat aku dan aku yakin masing-masing punya pendapat tersendiri. Terpulanglah kan kepada duit poket masing-masing.

Kebetulan aku perlu hadir sebagai usherette sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 Sept 2013 yang lalu, peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk berkunjung ke Radiusite dan Sugarscarf.

WOWWW....mcam2 yang menarik cuma poket aku kurang menarik waktu tu..ehehehhe

Radiusite


 
 
 


Sugarscarf

 
Yang benar,
Dah nak waktu balik...yeahhh


Kegilaanku kini ~ drama kegemaran

Lama rupanya aku tak update blog aku....aku agak malas sangatttt malas....walaupun sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi.

Hari ini aku nak kongsi drama yang menjadi kegilaanku setiap hari.
Chanel : KBS World
Tajuk Drama : Eunhui

 
 
Plot
Eun-Hee (Kyung Soo-Jin) is shunned by people, because her father was falsely accused of killing a man right before the Korean War. His father died tragically.

Im Sung-Jae (Lee In) is saved by a man who actually killed his father. Sung-Jae treats him like a father without knowing the truth and, because of this, Sung-Jae has to separate from Eun-Hee.

Cha Young-Joo (Choi Yoon-So) is the daughter of the real killer. She is arrogant and smart. Since she was younger, she has feelings for Im Sung-Jae, but Im Sung-Jae has always been in love with Eun-Hee. Cha Young-Joo's jealousy drives her to try to break up their relationship.

Choi Jung-Tae (Jung Min-Jin) loves Eun-Hee, but accepts Eun-Hee and Sung-Jae's feelings for each
 
 
Aku mula berkenalan dengan drama ini semasa aku berhajat (cam hajat nak ke tandas plak kan) untuk menghadiri temuduga Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea pada bulan lalu. Dah nak hadir temuduga, at least kenalah tahu serba sedikit ttg Negara Korea. Sekarang nie dah jatuh hati dengan drama nie..serius sangat suka.
 
Keputusan temuduga masih belum keluar, aku harapkan aku berjaya ke Korea nanti. Amin.
 
Nasib baik ada Astro PVR, ini membuatkan kerja merekod drama ini berjalan lancer...I like!!.
 
 
Yang benar,
Brek keretaku buat hal lagi...adakah ini bermaksud aku perlu BERTUKAR!
 
 
 
 

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...