Tuesday, August 19, 2014

Menu Overnight Oat

Pagi nie aku teringat stok oat kat rumah yang lambat sangat habis, tahun lepas...stok oat aku ke laut sebab aku dan husband tak lalu nak habiskan...*last2 expired...uhuhuhukss

Dipaksa makan oat seolah2 kena makan apa jer..  susah nor nak telan menu sihat tu. Semua orang tau oat tu sihat, bagus untuk kesihatan tapi makanan yang berminyak dan tak sihat tu juga yang dipilihnya...

Betul kan?

Pagi ini aku jupa menu oat yang aku kira menarik untuk dicuba. Sesuai sebab sejuk dan tak perlu masak...ehehehe

Youtube - Resepi Overnight Oat
Video Overnight Oat <


Menu - Overnight oat (kredit: http://www.wholefoodsmarket.com/recipe/overnight-oatmeal)

  • 2 cups rolled oats (not instant or quick cooking)
  • 2 cups lowfat milk or unsweetened soymilk or almondmilk
  • 1 teaspoon lemon zest
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 2 peaches or apricots, pitted and sliced
  • 2 tablespoons agave nectar (optional)

Method: 
Combine oats, milk, zest and vanilla in a bowl, cover and refrigerate overnight. The next morning, scoop oatmeal into bowls and top with pecans, peaches and a drizzle of agave nectar.



Restaurant Impossible @ AFC Channel

Aku suka melayan AFC Channel dan Food Network #727...sebab aku suka makan dan bukannya suka masak...eheheheh
Penah layan tak Restaurant Impossible....best giler...setiap hari Selasa, jam 9 malam tak silap aku...selalu aku record jer kalau tak sempat nonton dan end of the week aku nonton sambil buat clean up hdisk astro tu...

Basically, rancangan ini dihost oleh seorang jejaka ketul2 yang akan g ke restoran yang ada masalah besar. MASALAH UTAMA - RUGI BESAR. yelah sape niaga tak nak untung kan....bila dah rugi bertahun2 dan hutang berkepuk2 takkan nak biar rugi berkurun2 lamanya....its time to boost again!

Host - Robert Irvine seorang yang super tegas. Kalau makanan tu tak sedap dia akan selamba meludah jer...ahahaha...Overall, dia akan cek setiap aspek restoran - kebersihan, susun atur, kewangan, staff dan paling penting adalah MAKANAN. Sebab makanan yang sedap akan membantu pelanggan datang semula serba ditambah faktor2 lain lagi. 

Cheeewaaaahhh memandai aku komen kan ...kalau tak bukak restoran sendiri jugak tak tau la ...ihikkksssss


Jangan lupa saksikannya...

Alhamdulillah...mood telah kembali

Pagi ini....
Saat ini...
Tarikh ini...19 Ogos 2014
Mood blog aku telah kembali..

Hahahaha...
Welcome back to me!....

Sesungguhnya aku rindu nk menulis, walaupun aku tak pasti siapa yang membacanya..ehehehe. Sekadar seronok2 untuk diri sendiri dan untuk kenangan di masa akan datang. Siapa tahu, blog aku boleh membantu orang lain yang memerlukan. Alhamdulillah.

Semenjak 2 menjak nie....minat memasak aku datang semula. *cheewaaah macam la selama nie aku 'sangat' rajin...muhahahahaha.

Tiba-tiba, aku rindukan nak MASAK:
-  segala jenis roti guna breadmaker yang bertahun dalam kotak
-  puding koktail berkuah yg simple *aku dah berjaya buat last week masa mertua datang dan guess what...they like it so much....alhamdulillah
- dan macam2 lagi yang dah lama tak masak dan mencuba....

Dan macam2 berlaku sepanjang aku tinggal blog nie...
- aku dah berpindah pejabat since Mac 2014 yang lalu *new environment new experience
- aku dah bercuti ke Korea Selatan *super sejuk dan aku akan ke sana lagi...insyaAllah
- aku bercuti ke Perth, Australia *njoy view yang sangat cantik kat sana....windu seyyy nak g sana lg...

InsyaAllah, aku akan update gambar2 aku kat sana kelak...ehehehhehe

Yang benar,
Aku yang masih tiada mood nak bekerja selepas kepenatan minggu open house last week

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...