Tuesday, January 3, 2023

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh cuti dengan lebih aman. Hehehe.

Memandangkan tahap stress boleh tahan tingginya di hujung tahun nie, maka terjadilah percutian asal boleh tapi alhamdulillah dipermudahkan dan menyeronokkan dengan izinNya bersama"sahabat susah senang". Setelah berkira-kira bermacam2 kemungkinan dan tanpa tempahan hotel di website, maka jam 5.40 petang selepas pulang dari kerja bergolek la tayar menuju ke Melaka (sebelum itu urusan di rumah telah diselesaikan terlebih dahulu). Aku hanya peneman pemandu sahaja kali ini.

Sepanjang perjalanan selama 1 jam lebih ke Melaka, macam2 kami bercerita dan bercadang untuk merancang percutian begini lagi (dek kerana kesibukan masing-masing setelah naik pangkat). Kadang2 yang dirancang tak menjadi, mungkin percutian yang tak dirancang lebih sesuai dengan kami. Hehehehe.

Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa trafik yang sesuai. Kecuali highway sebelah je jem sebab ramai bercuti hujung tahun. Setelah keluar tol melaka, aku terus buka map yang dikongsikan kawan di Melaka. Cadangan awal nak ke rumah dia dulu dan terus keluar makan selepas Maghrib. Berdasarkan peta yang dipaparkan di telefon, dijangka tiba di rumahnya lebih kurang jam 7.20 malam. Kami pun menyusuri jalan tersebut dan eh jalan agak kecil tapi kami ikutkan sahaja. 

Hmmm, laluan awal kami berjumpa perkuburan orang Islam di sebelah kanan ku, aku sempat memberi salam dan sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Kereta dipandu menyusuri melepasi perkuburan tersebut. Seterusnya, kami berjumpa perkuburan cina dan seterusnya perkuburan kristian. Masih di sebelah kanan. Kami saling berpandangan ketika itu kawanku bersuara, 

"Eh mcm sesat jer selalu lalu jalan besar" (lebih kurang gitulah gaya bahasanya seingat aku)

Aku terus menyinggung siku tanpa supaya diam. 

Masing-masing diam membisu.

Kemudian, kami berjumpa plak kubur India di sebelah kiri.

Masing-masing kekal membisu ketika itu tapi dalam hati tiada siapa tahu kan (Hahahaha, seram sangat).

Alhamdulillah setelah menyusuri keseraman jalan itu, kami sampai ke rumahnya dalam jam 7.20 malam. Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka. Masing-masing terdiam lagi. Hehehe. Agaknya nak memulihkan semangat. Kami dijemput masuk ke rumahnya dan terus bercerita mengenai jalan tadi. Tak pasti kenapa peta pada phone menggunakan jalan tersebut. Kasi hilang mood sekejap. Hehehe.

Kata kawan

"Jangan tengok kubur orang India sebab ada gambar besar kat kubur tu, lagi seram"

Suaminya juga pernah "ditumpangi" semasa melalui jalan itu sekitar jalan 12 malam selepas pulang kerja.

Apapun, perut pun dah  mula lapar. Kami makan asam pedas di tempat yang pernah mereka makan sebelum ini. Kedai Ujang Asam Pedas Claypot yang terletak di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam Melaka.

Makanan yang diorder - Asam pedas ikan pari dan ikan jenahak bersama 3.5 pinggan nasi (separuh pinggan tu aku yang tambah). Air limau dan sirap.

Makanan sampai dalam claypot panas. Terliuq sungguh sebab dah lama tak makan asam pedas panas2 gini. Sebab tu la aku tambah nasi separuh pinggan lagi. Hehehehehe. Kata kawan agak pedas, tapi bagi aku ok jer.

Jumlah 3 orang makan RM68.

Puas hati : YES

Repeat : YES

Harga : Ok, sebab aku tak ingat harga ikan sangat (hehehe).


Seusai makan, kami menghantar kawan pulang ke rumahnya


Nota: Akan disambung bila ada masa menulis.


Tuesday, September 7, 2021

Bihun goreng mak

Sekarang dok viral bihun goreng 12 sudu teh gula. Tak try la lagi. Tapi dok teringin bihun goreng mak buat. Bihun tu tak aderlah byk bahan pun. Ayam x de sebab ayah tak makan ayam, udang/daging jarang sekali. Tapi bahan yang wajib ada tokua (omputih sebut tahu gitew) dan tauge selain bawang dan cili kering yang diblend. Perrgh mmg sedap. Kalau pedas boh kicap sket. Itulah orang cakap air tangan ibu bikin angau. 

Sekotak parcel

Musim PKP ini, hanya whatsapp penghubung bicara. Kadangkala video call tapi lebih kerap berbicara melalui whatsapp. Teknologi mendekatkan yang jauh di mata. Semoga yang dekat bukan semakin jauh hendaknya. Tapi bukan itu yang ingin dikongsi. Sebalik mengenai sekotak parcel. Teringat kata2 ustaz melalui ceramah yang penah didengar, untuk berkongsi rezeki atau menderma bantulah orang terdekat kita terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Maksudnya kita lebih digalakkan membantu saudara mara dan orang terdekat yang rapat. Ada rezeki lebih bantulah sesiapa yang ingin dibantu. Dengan erti yang mudah difahami, mendermalah dengan seikhlas hati dan kepada sesiapa yang diingini. 

Baru-baru ini berniat untuk berkongsi rezeki dengan anak buah/keluarga ipar/keluarga sendiri. Saya menyediakan beberapa barangan hasil pembelian online (shopee la kan..ehehehe). Antara barangan yang dibeli seperti chocolate, teh, rempah2, dan barang kering lain. Selepas pembungkusan melalui kotak, kiriman dilakukan dan 2 hari selepas itu, menerima mesej dari anak buah yang kegembiraan. Terharu menerima mesej melalui whataspp pada 23 Ogos 2021 dan 19 Ogos 2021 yang lalu.

Zuyyin (darjah 1): "Mak ngah nie baik sangat la, Dedek suka mak ngah" (kata mamanya, tak habis2 dia memuji dia suka mak ngah dan kebetulan adik ipar tu mmg stok teh uncang dah habis dan saya pulak poskan teh uncang dalam kotak).

Dia gembira sangat sebab dapat coklat...katanya nak makan sket2 nanti habis coklat mak ngah (ehehehe..ai is terharu)

Khayra (tadika): Thank you mak ngah2x

Irfan (tingkatan 1): Gembira menunggu beg/wallet (katanya bau KL, sebab setiap akhir tahun memang akan ke KL untuk bercuti, rindu sangat tu)

Seharian tersenyum bila membaca mesej. Walaupun nilai parcel tu tak seberapa tetapi perasaan mereka tidak ternilai.

Itulah nilai kegembiraan melalui sekotak parcel. Mereka gembira, saya turut bahagia. Alhamdulillah.

Semoga saya istiqamah dalam berkongsi rezeki. Aamiin.

Bismillahirrahmanirrahim

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah diizinkan untuk menghirup udara di bumi. Terima kasih Allah. Lama sungguh tak menulis.  Hampir 7 tahun. Apakan daya tak berapa rajin. Ehehehe. Testing skill sat. Testing-testing 1-2-3. Cheewaah. Saat ini, perasaan rindu membuak2 nak balik kampung. Last balik kampung masa bulan Ogos 2020 (hmm, dah lebih setahun tak balik). Apakan daya, kena patuh SOP musim PKP nie. Rindu mak, rindu ayah, rindu ma, rindu abah dan semua keluarga di sana. Semoga Allah izinkan untuk bertemu mereka nanti. Aamiin2. 

Tuesday, August 19, 2014

Menu Overnight Oat

Pagi nie aku teringat stok oat kat rumah yang lambat sangat habis, tahun lepas...stok oat aku ke laut sebab aku dan husband tak lalu nak habiskan...*last2 expired...uhuhuhukss

Dipaksa makan oat seolah2 kena makan apa jer..  susah nor nak telan menu sihat tu. Semua orang tau oat tu sihat, bagus untuk kesihatan tapi makanan yang berminyak dan tak sihat tu juga yang dipilihnya...

Betul kan?

Pagi ini aku jupa menu oat yang aku kira menarik untuk dicuba. Sesuai sebab sejuk dan tak perlu masak...ehehehe

Youtube - Resepi Overnight Oat
Video Overnight Oat <


Menu - Overnight oat (kredit: http://www.wholefoodsmarket.com/recipe/overnight-oatmeal)

  • 2 cups rolled oats (not instant or quick cooking)
  • 2 cups lowfat milk or unsweetened soymilk or almondmilk
  • 1 teaspoon lemon zest
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 2 peaches or apricots, pitted and sliced
  • 2 tablespoons agave nectar (optional)

Method: 
Combine oats, milk, zest and vanilla in a bowl, cover and refrigerate overnight. The next morning, scoop oatmeal into bowls and top with pecans, peaches and a drizzle of agave nectar.



Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...