Showing posts with label akudotdot. Show all posts
Showing posts with label akudotdot. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Menu Overnight Oat

Pagi nie aku teringat stok oat kat rumah yang lambat sangat habis, tahun lepas...stok oat aku ke laut sebab aku dan husband tak lalu nak habiskan...*last2 expired...uhuhuhukss

Dipaksa makan oat seolah2 kena makan apa jer..  susah nor nak telan menu sihat tu. Semua orang tau oat tu sihat, bagus untuk kesihatan tapi makanan yang berminyak dan tak sihat tu juga yang dipilihnya...

Betul kan?

Pagi ini aku jupa menu oat yang aku kira menarik untuk dicuba. Sesuai sebab sejuk dan tak perlu masak...ehehehe

Youtube - Resepi Overnight Oat
Video Overnight Oat <


Menu - Overnight oat (kredit: http://www.wholefoodsmarket.com/recipe/overnight-oatmeal)

  • 2 cups rolled oats (not instant or quick cooking)
  • 2 cups lowfat milk or unsweetened soymilk or almondmilk
  • 1 teaspoon lemon zest
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 2 peaches or apricots, pitted and sliced
  • 2 tablespoons agave nectar (optional)

Method: 
Combine oats, milk, zest and vanilla in a bowl, cover and refrigerate overnight. The next morning, scoop oatmeal into bowls and top with pecans, peaches and a drizzle of agave nectar.



Restaurant Impossible @ AFC Channel

Aku suka melayan AFC Channel dan Food Network #727...sebab aku suka makan dan bukannya suka masak...eheheheh
Penah layan tak Restaurant Impossible....best giler...setiap hari Selasa, jam 9 malam tak silap aku...selalu aku record jer kalau tak sempat nonton dan end of the week aku nonton sambil buat clean up hdisk astro tu...

Basically, rancangan ini dihost oleh seorang jejaka ketul2 yang akan g ke restoran yang ada masalah besar. MASALAH UTAMA - RUGI BESAR. yelah sape niaga tak nak untung kan....bila dah rugi bertahun2 dan hutang berkepuk2 takkan nak biar rugi berkurun2 lamanya....its time to boost again!

Host - Robert Irvine seorang yang super tegas. Kalau makanan tu tak sedap dia akan selamba meludah jer...ahahaha...Overall, dia akan cek setiap aspek restoran - kebersihan, susun atur, kewangan, staff dan paling penting adalah MAKANAN. Sebab makanan yang sedap akan membantu pelanggan datang semula serba ditambah faktor2 lain lagi. 

Cheeewaaaahhh memandai aku komen kan ...kalau tak bukak restoran sendiri jugak tak tau la ...ihikkksssss


Jangan lupa saksikannya...

Alhamdulillah...mood telah kembali

Pagi ini....
Saat ini...
Tarikh ini...19 Ogos 2014
Mood blog aku telah kembali..

Hahahaha...
Welcome back to me!....

Sesungguhnya aku rindu nk menulis, walaupun aku tak pasti siapa yang membacanya..ehehehe. Sekadar seronok2 untuk diri sendiri dan untuk kenangan di masa akan datang. Siapa tahu, blog aku boleh membantu orang lain yang memerlukan. Alhamdulillah.

Semenjak 2 menjak nie....minat memasak aku datang semula. *cheewaaah macam la selama nie aku 'sangat' rajin...muhahahahaha.

Tiba-tiba, aku rindukan nak MASAK:
-  segala jenis roti guna breadmaker yang bertahun dalam kotak
-  puding koktail berkuah yg simple *aku dah berjaya buat last week masa mertua datang dan guess what...they like it so much....alhamdulillah
- dan macam2 lagi yang dah lama tak masak dan mencuba....

Dan macam2 berlaku sepanjang aku tinggal blog nie...
- aku dah berpindah pejabat since Mac 2014 yang lalu *new environment new experience
- aku dah bercuti ke Korea Selatan *super sejuk dan aku akan ke sana lagi...insyaAllah
- aku bercuti ke Perth, Australia *njoy view yang sangat cantik kat sana....windu seyyy nak g sana lg...

InsyaAllah, aku akan update gambar2 aku kat sana kelak...ehehehhehe

Yang benar,
Aku yang masih tiada mood nak bekerja selepas kepenatan minggu open house last week

Wednesday, April 16, 2014

Lama betul saya menyepi

Lama betul saya menyepi sebab malas nk update...
sabar jelah kan...

Sila la rajin update blog ya...(peringatan utk diri sendiri)

Hahahaha


Wednesday, September 25, 2013

Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) - Ekspo Halal Pengguna Terbesar di Malaysia

Yeayyyyy
Yeaaayyyyyyyyyyyy
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Aku gembira bila dapat berita entry ini. Tahun nie semasa bulan April 2013, aku tak sempat nak ke MIHAS 2013 yang berlangsung di KLCC. Time tu poket sedikit kering. Aku cuma berharap untuk hadir pada tahun depan sahaja.

Tahun lepas, aku hadir Halfest kat PWTC...cer klik
http://seraiputih.blogspot.com/2012/10/corat-coret-halfest-2012-di-pwtc.html

Tahun sebelum tu, aku hadir kat MATRADE
http://seraiputih.blogspot.com/2011/03/mihas-2011-is-around-cornerwohoooo.html

Nampak tak aku sangat suka datang ke MIHAS or HALAL FEST...untung berbaloi2...bukan sahaja dapat beli barang promo dengan harga yang murah tapi yang paling penting dapat MAKAN....alaa, aku rasa sket2 jer...bukan melahap pun!


Kali ini Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) aku insyaAllah boleh hadir.


Untuk program acara, klik di sini. http://www.halfest.com.my/maklumat-am/program-acara.html. Ada selebriti seperti Siti Nurhaliza, Soo Wincci, Marsha Milan, Datuk Chef Wan dan  Jaafar Onn.



Perkhidmatan Porter juga disediakan...wahhh hebat http://www.halfest.com.my/img/porter2013.gif

Untuk semak syarikat yang join Halfest2013, klik sini http://halfest.com.my/muat-turun/2013/peserta-halfest2013.pdf

Yang penting bersedia dengan bagpack + air mineral + flat shoes + tisu...sebab orang sangat ramai

  • bagpack - letak barang dalam bag, kang tertinggal kalau banyak sangat plastic
  • air mineral - jimat duit daripada beli air kat sana
  • flat shoues- merehatkan kaki yang banyak merayap
  • tisu - lap peluh + tisu tandas (tisu tandas kan cepat habis)...ahahaha

Tak sabarnye nak p sekali kali ini.....

Tahniah kepada CIMB ISLAMIC, HDC, JAKIM, MARA, RTM, MOA, PPIM.


7 DAYS TO GO...TICK TOCK


Yang benar,
Aku mencari olive oil, ubat gigi dan makanan lain di Halfest 2013

Monday, September 23, 2013

'Kemunculanku' di RTM

Tajuk entry aku sangat klise kan...seolah-olah aku nie artis dan dikenali ramai....ahahaha (gelak).
Alhamdulillah, aku diberi peluang dan ruang untuk hadir Forum Perdana Khas Hal Ehwal Islam Anjuran Pejabat KSN pada 19 Sept 2013 baru-baru ini di Kompleks D. Aku hadir seorang diri. Kebetulan aku beri nama untuk hadir dan email susulan lambat tiba.......jadi aku pun terlupa dan pakai baju kurung biasa jer.
Selepas waktu kerja, aku ke Kompleks D seorang diri. Aktiviti bermula dengan sesi bacaan yassin dan solat Maghrib berjemaah. Seterusnya saya menjamah packed food yang disediakan.  Alhamdulillah, kurang sket rasa sakit gastrik yang aku tahan sejak solat Maghrib.
Tepat jam 8.45 malam, kehadiran VVIP dan tetamu jemputan mula membanjiri dewan.
Selang beberapa minit kemudian, moderator dan panel yang lain turut hadir.
  • Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah - moderator
  • Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid
  • Dato' Mohd Zawawi Jusoh
  • Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh
Pengalaman pertama tengok sendiri rancangan secara live di depan mata. Woww menarik....macam-macam yang moderator dah pesan, antaranya:
  • Ini siaran langsung ya, jadi kalau kamera tiba-tiba focus pada kamu....jangan gelabah, time tulah nk korek hidung, nak make-up dan etc. Buat macam biasa jer...(hahahaha, sangat lucu pesan dia)
  •  Banyak lagi sebenarnya yang dia pesan, tapi aku lupa la plak..
Aku yang pada mula duduk di barisan tengah dan sempat berkenalan dengan kak azizah telah sama-sama berpindah ke barisan depan dek kerana urusetia meminta memenuhkan barisan depan. Aku dengan lajunye ke depan. Sebab utama aku nk pindah sebab orang depan aku agak big size, so aku yang kecik molek nie terlindung dan tak nampak depan...ahahahahahha
Aku duduk 4 barisan dari hadapan dan camera-man agak berdekatan. Kalau dah dok depan, kenalah ready 'muka masuk tv' kan....Aku pun dengan serba pantas sms kengkawan dan keluarga. Ahahahaha.. Yelah rugi oo kalau derang tak nengok muka aku masuk tv.....
Forum berlangsung dengan lancar dan gelak ketawa dek aksi lucu moderator. Panel jemputan juga menarik dan aku pasti ramai yang menantikan Ustaz Don berbicara. Ustaz Don hadir bersama isteri tersayang yang sedang berbadan dua.
Kemudian, aku menerima beberapa sms:
Alina : Dah nampak dah awek cun dok tepi sekali..ehehe
Kakak : gambar nina dekat sah2 nampak betul...glamour tu
Abang :Duduk kusi tepi yer...
Lin : Yeay br nmpk k.nina...tdg purple kan ;)
Asrul :Wahh....masuk tv la dok usha ustaz don
Time tu, aku dah tersengih macam kerang busuk baca sms tu....aku nie dah la tak leh control nk gelak...asyik tahan gelak baca sms member aku dalam keadaan sedikit cover...Yelah kang malu aku kalau kamera fokus kat aku dan aku dok naik syiok dengan handphone.
20 minit kemudian, aku terima lagi sms:
Alina : Dekat giler kamera pokes muka ko br jap nie. taik lalat beso.ahaha
Sal : Ehem2...rajin kakak kite g forum perdana...ehehehe
Lin : 2 kali nampak k.nina...hihihi..pastu iman tanye mcmane mak ngah masuk tv..
Kak Izah : Amboiiii:cantik aihhhh muka kuar TV, sesuai dgn senyum itu sedekah..Hihihi
Asrul : Wahhh...masuk lagi...nmpk jelas tahi lalat kat pipi
Masa tu aku dah control gelak...wakakakaka..lucu..sangat lucuuuuuuuuuuuuuuu
Yang benar,
Aku tiba di rumah jam 11.15 malam selepas singgah beli subway..

Wednesday, September 18, 2013

Kunjungan pertama ke Butik Radiusite

Aku suka shawl tapi shawl yang simple dan menarik tertarik. :)

Antara shawl yang masih aku minat sehingga kini adalah radiusite.com.my. Tapi aku agak cerewet untuk kerap membelinya kerana HARGA. Kenalah berjimat cermat kan, takkan menang bergaya tapi duit kopak. Itu pendapat aku dan aku yakin masing-masing punya pendapat tersendiri. Terpulanglah kan kepada duit poket masing-masing.

Kebetulan aku perlu hadir sebagai usherette sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 Sept 2013 yang lalu, peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk berkunjung ke Radiusite dan Sugarscarf.

WOWWW....mcam2 yang menarik cuma poket aku kurang menarik waktu tu..ehehehhe

Radiusite


 
 
 


Sugarscarf

 
Yang benar,
Dah nak waktu balik...yeahhh


Kegilaanku kini ~ drama kegemaran

Lama rupanya aku tak update blog aku....aku agak malas sangatttt malas....walaupun sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi.

Hari ini aku nak kongsi drama yang menjadi kegilaanku setiap hari.
Chanel : KBS World
Tajuk Drama : Eunhui

 
 
Plot
Eun-Hee (Kyung Soo-Jin) is shunned by people, because her father was falsely accused of killing a man right before the Korean War. His father died tragically.

Im Sung-Jae (Lee In) is saved by a man who actually killed his father. Sung-Jae treats him like a father without knowing the truth and, because of this, Sung-Jae has to separate from Eun-Hee.

Cha Young-Joo (Choi Yoon-So) is the daughter of the real killer. She is arrogant and smart. Since she was younger, she has feelings for Im Sung-Jae, but Im Sung-Jae has always been in love with Eun-Hee. Cha Young-Joo's jealousy drives her to try to break up their relationship.

Choi Jung-Tae (Jung Min-Jin) loves Eun-Hee, but accepts Eun-Hee and Sung-Jae's feelings for each
 
 
Aku mula berkenalan dengan drama ini semasa aku berhajat (cam hajat nak ke tandas plak kan) untuk menghadiri temuduga Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea pada bulan lalu. Dah nak hadir temuduga, at least kenalah tahu serba sedikit ttg Negara Korea. Sekarang nie dah jatuh hati dengan drama nie..serius sangat suka.
 
Keputusan temuduga masih belum keluar, aku harapkan aku berjaya ke Korea nanti. Amin.
 
Nasib baik ada Astro PVR, ini membuatkan kerja merekod drama ini berjalan lancer...I like!!.
 
 
Yang benar,
Brek keretaku buat hal lagi...adakah ini bermaksud aku perlu BERTUKAR!
 
 
 
 

Thursday, July 11, 2013

#Menu berbuka - DAY 1

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada pembaca blog seraiputih. TQVM!
 
Seperti puasa pada tahun-tahun sebelum ini, aku cuba untuk berjimat. Normally, masa bulan puasa kita tak makan banyak sangat kan....Minum air memang agak banyak...Makan sekadar mengisi perut yang lapar jer.
 
PENDAPAT PERIBADI aku, seeloknya pada awal bulan Ramadhan....tak perlu ke Pasar Ramadhan lagi..sebab utama KEBARANGKALIAN ke Pasar Ramadhan memang tinggi....jadi pegi bila dah bosan dgn masakan sendiri....*ayat apakah ini? wakakakaka.
 
Kalau nak g PARAM, tetapkan jumlah yang nak dibelanjakan. Tips utama.....BAWA HANYA WANG YANG NAK SPENT SAHAJA..sebagai contoh bw RM10/RM5 sahaja...spent hanya jumlah itu sahaja....
 
Ingat, membazir kan amalan syaitan.
 
#DAY 1 - MENU BERBUKA
  • Telur masak kicap (walaupun simple, tapi memadai je untuk kami)
  • Sayur suun masak air
  • Ikan goreng
  • Sambal tumbuk jawa
  • Salsa tomato with mint (fuhhh, sangat sedap dan segar - gara2 nengok Masterchef, MKR)
  • Sirap bandung cincau
  • TOTAL SPENT @ KEDAI RUNCIT - RM5.20
  
Yang benar,
Lupa nk snap gambar makanan...:)

Thursday, July 4, 2013

Temuduga HLP2014 ~ fuuhhhhhhhh

Pagi semalam aku menghadiri temuduga HLP 2014 di UNITEN. Kalau orang gomen, tau ala apakah itu HLP....
 
HLP2014 boleh didefinisikan sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 di bawah kelolaan JPA. JPA menyediakan biasiswa untuk kakitangan awam yang berminat untuk sambung study ke peringkat MASTERS or PHD. Ini kali kedua aku menghantar proposal, kali pertama pihak Jabatan aku takshortlisted. Jabatan bagi priority kepada orang yang telah lama service atau umur mencapai tahap sipi-sipi had umur HLP. Pendapat peribadi aku, tentulah tak adil kan. Sepatutnya Jabatan buka kepada semua pegawai yang hantar proposal.
 
Tahun nie ada kelonggaran sket sebab ramai yang komplen, jadi Jabatan submit semua proposal kepada JPA. Ffuuuuh....menjadikan tahun ini kali pertama aku menghadiri temuduga HLP yang digembar-gemburkan oleh ramai kawan aku sebagai temuduga untuk memprovok dan menilai kekuatan kita mempertahankan Negara.....opssss, apa plak Negara...mempertahankan tajuk proposal kita daa.......
 
Dah agak lama aku tak study, since PTK tu.......bila nk study nie memang liat la kan....tambah-tambah bila baca buku atas katil..wakakakaka....baca tidur bangun tidur.....sabor jelah
 
Panel aku mmg suka provokasi...Provokasi secara lembutnya sebenarnya, ehehehehehehe.. Soalan favourite panel aku adalah NBOS atau National Blue Ocean Strategy. Nasib baik aku dah baca tentang tu.... Chances nak dapat susah nk cakap, aku telah cuba yang terbaik dan seterusnya aku tawakkal kepada Allah.
 
Walau bagaimanapun, terdapat kuota mengikut pengkhususan. Sebagai contoh tajuk aku adalah mengenai KM. Dan sekiranya ada pegawai lain yang buat KM, pemilihan dibuat berdasarkan pegawai yang mendapat markah tinggi bagi KM tu. Kalau tajuk GIS, senang sket nak dapat sebab tak ramai pegawai IT yang terlibat dengan agensi GIS nie....
 
Sekarang nie, aku nak mula rajinkan diri membaca bahan-bahan ilmiah - jurnal, artikel, akhbar. Ini tidak asyik baca gossip artis dan novel aja...ahakkss, camne nak majukan diri. Kebetulan aku ada hantar permohonan pertukaran belia ke Korea, kalau di senarai pendekkan sekurang-kurangnya, bacaan aku boleh membantu untuk menjawab soalan provokasi tersebut...ehehehehe.
 
Yang benar,
Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Amin.
 
 
 

Friday, June 21, 2013

Tajuk menarik di radio IKIM pada pagi Jumaat ~ 21 Jun 2013 bersamaan 12 Syaaban 1434

Kadangkala semasa dalam perjalanan ke pejabat, aku kerap tukar frekuensi radio. IKIM, HOT.FM, ERA.FM dan SINAR.FM.

Pagi tadi, aku memutar IKIM.FM dan tajuk motivasi pagi yang mencuit hati dan sanubari adalah "Kebaikan Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa". Tajuk yang menyentuh perihal ibu bapa nie memang sedih kan, sedikit sebanyak hati akan tercuit. 

Apabila dikenangkan, ibu telah bersusah payah mengandung kita 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan kita, bercerai susu 2 tahun kemudian, menjaga makan minum, menjaga di kala sakit dan segalanya yang tidak ternilai. Sejahatnya mana pun ibu kita, ibu masih seorang ibu yang wajib dihormati dan wajib berbakti.

Bahagiakanlah Ibu kamu selagi mana Ibu kamu masih hidup.

Dan sudah tentunya semua ibu bapa di dunia ini akan faham perasaan apabila diabaikan anak-anak sendiri kelak. Satu peringatan untuk diri sendiri juga, tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa bukan hanya kepada ibu bapa sendiri sahaja, malah mertua sendiri.


Puisi ~ Ayah Ibu sumber google)

Bersyukurlah, kita masih boleh menatap wajah ayah dan ibu.
Dua insan yang sangat kita sayangi, cubalah tatap wajah mereka.
Lihatlah dengan hati nurani kita, begitu indah ukiran senyuman mereka.
Dan yakinlah doa mereka selalu mengiringi setiap langkah kita.
 
Terkadang kita selalu merasa mereka terlalu mengongkong kita.
Terkadang kita tidak mahu menerima keputusan mereka.
Kita marah dan kita meninggikan nada suara kita.
Pernahkah Kita mengucapkan kata maaf kerana hal itu.
Kita seperti tidak bersalah sadarkah kita.

Mereka tidak pernah menuntut kemaafan dari kita.
Tapi kita seperti orang yang tidak bersalah dan tidak berdosa.
Padahal kita sudah membuat mereka sakit hati.
Bahkan mereka menangis kerana tingkah bodoh kita.
Tapi dengan tulus dan sayangnya, mereka selalu memaafkan kita.

Mereka masih mampu tersenyum dengan segala kerenah kita.
Yakinlah, bahwa mereka selalu ingin yang terbaik buat kita ..Ingat!
Suatu saat kita akan menatap mereka dalam balutan kain putih.
Atau bahkan mereka yang menatap kita dalam balutan kafan.
Muliakanlah keramat hidup mu, sebelum penyesalan itu datang.


Lagu pilihan aku pagi ini adalah BuatMu Ibu oleh Aeman (sumber google)

Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Kasih sayangmu sungguh bernilai

 Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



(Sumber : najmeeqamar.blogspot)
 
(Sumber : najmeeqamar.blogspot)
 


SALAM JUMAAT,
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku,  dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu dan sungguh aku termasuk orang muslim.
 
I LOVE U MAK & AYAH, MA & ABAH.
 
 
 
 

Thursday, June 20, 2013

Erti merdeka Jun 2013 bagi aku

Hari ini tanggal 20 Jun 2013, genaplah 4 hari aku tinggalkan tugas tambahan aku selain tugas hakiki. Apa rasanya? Puas sangat sebab dah tak perlu buat kerja pentadbiran yang serba sedikit menganggu emosi dan waktu tidurku. Serius sememangnya aku bermimpi bila tak siapkan kerja. Korang nak tau apa mimpi aku? Bukan mimpi yang xxx ya...Sila jangan berfikiran biru dan kuning..ekekeke
  • Aku mimpi tak siapkan kod klasifikasi fail yang aku sendiri susah nak fahamkan - melibatkan subsector ok, aku mmg sub sub soiii...aku kerap mimpi kerja nie...
  • Pagiku kadangkala ditemani sms mengenai ketidakhadiran staff - samada EL dan etc.
Kini, Alhamdulillah fikiran lega. Syukur Alhamdulillah.

Kini aku mesti lebih rajin update blog yang sekian lama ditinggalkan. Dulu, aku memang rajin update blog kan, agak rajin...kekadang sehari sampai 2 entri aku masukkan. SANGAT TAMAK!

Sebenarnya banyak cerita yang akan aku update dalam masa terdekat. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini.

Yang benar,
MERDEKA BUKAN OGOS




Tuesday, May 21, 2013

Movie of the Month ~ May 2013

Walaupun aku penat, TV wajib layan....siapa tak suka layan TV kan....
release semua tension yang tak berapa nak tension tu...ahahahaha
 
Jommmsss tengok movie apa yang aku suka dan akan tengok semula...ehehehe.
 
 
Coach Carter ~ Kisah mengenai games basket ball di tempat bernama Richmond. Coach Carter inginkan pelajarnya bukan sahaja excellent dalam sukan tapi pelajaran memandangkan daerah Richmond lebih terkenal dengan masalah sosial yang agak kritikal. Kebanyakan pelajar terdiri daripada keluarga bermasalah dan miskin. Namun percayalah cerita ini menyentuh perasaanku, dan aku menangis!
 

The Hunger Games ~ Cerita zaman akan datang di mana seorang lelaki dan perempuan dipilih daripada setiap district (jumlah district = 12) melalui cabutan nama untuk berperang sebagai menghormati peperangan yang berlaku sebelum ini. Katniss Everdeen menawarkan diri menggantikan adiknya yang terpilih. Hanya akan seorang pemenang dalam permainan ini. Peserta akan saling berbunuhan bagi merebut gelaran juara yang menjanjikan hadiah yang lumayan.
 
 
Colombiana ~ Menarik. Kisah mengenai Cataleya yang kematian keluarga akibat dibunuh oleh sindiket. Dia bertekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Jalan cerita bleh di agak gaks la..
 
 
Yang benar,
Sleepy eyes
 
 


Kurang mood untuk bekerja

As-salam kepada semua yang mungkin terjumpa blog aku, terima kasih ya kepada yang sudi membaca blog aku ini. grasias!

Hari nie aku kurang mood nak kerja. Normally orang malas nak kerja hari Isnin, tapi minggu nie aku tak der mood nak kerja sepanjang minggu. Alasan?

  • Bilik aku sunyi ~ roomates sorang cuti, sorang kursus kat KL ~ tak der geng nak bergelak ketawa dan menyakat.
  • Aku sakit kaki, sakit urat dan sakit badan ~ gara-gara aktiviti luar biasa kat Taman Negara Pahang ~ dah lama aku kepingin ke sini, tapi bila dah join group yang serasi...i'm over excited..tunggu aku update blog yaaa....yang paling best dapat mencabar diri panjat Bkt Teresek dan Canopy Walk terpanjang di Asia. Lepas nie cadang nak g Royal Belum Gerik. Pheewwwiiittt.. lepas tu gerenti sakit badan lagi...padan muka sendiri
  • Aku banyak kerja ~ gara-gara kursus di KL last week, keje admin aku bertambah selain keje hakiki. Hari nie aku perlu siapkan semua kerja yang pending sebab esok aku akan mula berkursus di KL semula. Yahooo.....sesekali kursus di KL dapat release tension cumanya jem teruk gila ****. Paling lambat kena kuar rumah jam 6.30 pagi, tapi Alhamdulillah rumah aku tepi highway Bangi...so makin dekatlah..
  • Apapun, nasib baik Jumaat nie cuti Wesak kan, leh rehatkan badan, kemas rumah dan memasak...sorry sayang tak sempat masak lagi this week :).

such an adorable pic...ehehehe
 source : google


Ok, jumpa lagi ya...banyak cerita aku tak sempat update...Huhuhuhuhu..


Sunday, May 5, 2013

AKU TELAH UNDI

Aku telah selesai mengundi. Alhamdulillah, lega rasanya.

Tanggal 5 Mei 2013, jam 8.10 pagi, aku dah ajak adik aku bawa moto untuk ke tempat mengundi..............walaupun aku sampai agak awal...rupa-rupanya ada orang lebih awal dari aku. Aku dah print dari SPR aku saluran mane...so lebih cepat untuk beratur. 

Orang berpusu-pusu datang, sempat gak aku snap beberapa keping gambar. Curi-curi la snap kang kena marah plak sbb semua orang kepenatan beratur dan kepanasan. Ehehehehehehe.

Lebih kurang jam 9.15 pagi, jari aku telah selesai dicalit dengan dakwat biru. Bangga siut...ehehehehehe 

Tapi rasanya ramai orang boleh agak sape yang menang kali ini....Sangat sengittt....Apapun kita tunggu keputusan malam ini untuk maklumat secara rasmi.

SELAMAT MENGUNDI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Saturday, May 4, 2013

Debaran PRU 13, 2013

Nampaknya tinggal beberapa jam lagi, kita akan mula mengundi. Aku tiba di P.Pinang jam 1 petang tadi......Alhamdulillah kawan aku nk balik, aku pun tumpang la dia...Terima kasih ya..walaupun mungkin dia tak baca blog aku..ehehehehhe

Perang bendera makin hebat terutama di kawasan panas.....penyokong-penyokong parti sibuk membuat persiapan saat-saat akhir....Berdebar tunggu keputusan malam esok, selalunya keputusan diumumkan malam selepas proses penggundian tamat jam 5 petang..

InsyaAllah, aku akan keluar awal pagi untuk menggundi....Minta adik aku yang tak boleh mengundi lg tlg hantarkan dgn moto :). Cik abe mengundi @ Bangi....

Apapun keputusannya esok, semoga tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini...dan segalanya berjalan lancar...Amin...

Yang benar,
SELAMAT MENGUNDI DENGAN BIJAK


Monday, April 15, 2013

5S di rumah..bila nk bermula nie?

Agak lama aku tidak mengemas ruang-ruang yang terdapat dalam rumah. Penat memanglah penat, bila balik keje terutama di awal malam, terus pengsan...dan begitulah rutin setiap hari..kerja dan kerja dan kalau ikutkan aku....2/3 daripada 24 jam dihabiskan untuk kerja.

Yang penting, jangan terlalu tertekan, masalah datang dan pergi...kita yang perlu pandai selesaikan masalah atau langkah terakhir.....let it go...ehehhehee

Lebih kurang sebulan semasa hujung minggu, aku tak berpeluang beristirehat. Sabtu Ahad ada sahaja aktiviti....

Minggu nie (20 April 2013) - aku perlu bekerja, siapkan keja admin iaitu klasifikasi kod fail yang sedang difahami.

Minggu lepas (13 April 2013) - tetamu datang ke rumah dan Ahad pula Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Selangor. Entry belum sempat masukkan.

Minggu sebelum - (5-7 April 2013) - berkursus.

Minggu sebelum-sebelumnya - (30 - 31 Mac 2013) - balik Penang, lepaskan rindu pada keluarga tersayang..ehehehehe.

Hasil pemerhatian aku, antara tempat-tempat yang perlu diberi penekanan adalah :
1. Peti sejuk - kemas dan sisih apa yang patut
2. Bilik bacaan dan toys yang perlu dikemas - memang pening sket sbb barang masih banyak
3. Bilik stor - selalu sorok barang kat sini, hehehehehe...biasalah la tu...sebenarnya bilik sorok..wakakakakaka


Barang-barang yang perlu dibeli:
1. Set sofa - aku hanya akan beli 2 - 3 seater sahaja.
2. Chest of drawer - pilihan setakat ini adalah IKEA
3. Rak barang - letak dalam stor
4. Langsir - sekarang guna langsir lama dan baru....bercampur

Apapun, semua ini perlu dibeli ikut bulan la..ehehehehe...tengok poket sendiri la katakan..ehehehehhe. lain la kalau aku cop duit...confirm aku akan cop duit pound sterling or USD (baru lebat masa tukaran tu)

Yang benar,
Sakit pinggang sbb banyak jalan semalam (JJCM@ Kuala Selangor..nantikan entry aku ya)

Tuesday, March 26, 2013

Episod Makan

Makan memang sinonim dengan semua orang. Ada yang suka spend mostly duit gaji utk reward diri sendiri dengan makan. Ada yang sangat berjimat tentang makan.
Walau apapun, kenalah pandai berjimat cermat kang akhir bulan kering duit gaji...
Makan magi la gitu...ahaksss.
 
Kalu aku plak, ikutlah mood...tapi mostly menu kesukaanku hanyalah local food...orang kampung la katakan...
cuma bila sesekali tekak nk makan western, arabian, indonesia foods dan etc...barulah aku cuba...
 
Jom layan apa yang sempat aku sepanjang beberapa bulan aku tak update blog...ehehehehe
 
Cibiuk, Bangi
Jus Alpukat....sedap ~ kurang manis, just nice

Jus nie wajib aku order bila g bandung dan berada di restoran indonesia

Hayam penyet...eh Ayam..

Close up

Sambal berapi..

Dikenali sebagai raja sambal...variety of sambals..
 
Sambal tomato...nampak x pedas tapi masyaAllah...

Masak lemak sayur..
 
My personal view, sambal tu aku kurang gemar....rasa kurang 'kick'...
Walaupun ramai yang komen sambal sedap...tapi itu pendapat masing-masing kan, tekak sendiri
I wont be here unless i'm craving for just alpukat :)
 
 
 
Johor
 
The moment i've waited so long to taste this :)
 
 
Sedap


Haji Kacang Pool yang dimakan bersama

Roti bakar...yummy

Rojak Asma

Kuah yang panas..mmg lazat

Tahu bakar
 
Pendapat aku, aku akan ke sini lagi.....Cuma agak jauh kan nak ke johor...InsyaAllah tahun nie aku datang lagi ke Johor. Sebab utama aku suka ke Johor - makanan, shopping (JPO, Zon Regency) dan etc.
 
 
Johnny's Restaurant, Alamanda
 
First time aku makan kat sini, not bad la...
 





 
 
Yang benar,
Lapar la tengok makanan pepagi nie..
 

Monday, March 25, 2013

Kegilaanku sekarang

Sumber : google
 
Kegilaanku yang baru.. Aku memang minat memasak walaupun aku tak berapa pandai sangat memasak...ehehehehehe...
 
Aku berkesempatan dan akan cuba melayan Rancangan MKR (My Kitchen Rules) setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam @ Channel 702..
 
 
 

Monday, March 4, 2013

Anda Penggemar Sate Ikan?

Kalau la korang masih ingat...masih kecik dulu....penah tak makan sate ikan..?
harga dulu secucuk 5 kupang...
makan dulu mmg murah, cuma gaji tak tinggi sangat mcm sekarang...
Penjual sate ikan nie selalu berbasikal jer...
siap bakar dpn korang...barulah sedap bila makan panas-panas...
 
Baru-baru nie masa aku balik kg abang...kami berpeluang untuk makan sate ikan..
mula-mula beli RM5 jer....kemudian tambah lg RM10...
gila sate..
gila sedap sey...
tambah-tambah bila dimakan dengan sos pedas/manis...
(aku? makan ape yang tak sedap...semua nak dibahamnya)
 
Sedikit cerita orang dulu-dulu, derang kata sate ikan nie letak dadah..wakakakakaka...
sbb tu korang akan ketagih dgn sate nie...ntahlah betul ke idak...
leh caya ke idak?
tp kalau makan...memang nak lagi dan lagi kan..

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...