Showing posts with label halalJAKIM.halalfoods. Show all posts
Showing posts with label halalJAKIM.halalfoods. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) - Ekspo Halal Pengguna Terbesar di Malaysia

Yeayyyyy
Yeaaayyyyyyyyyyyy
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Aku gembira bila dapat berita entry ini. Tahun nie semasa bulan April 2013, aku tak sempat nak ke MIHAS 2013 yang berlangsung di KLCC. Time tu poket sedikit kering. Aku cuma berharap untuk hadir pada tahun depan sahaja.

Tahun lepas, aku hadir Halfest kat PWTC...cer klik
http://seraiputih.blogspot.com/2012/10/corat-coret-halfest-2012-di-pwtc.html

Tahun sebelum tu, aku hadir kat MATRADE
http://seraiputih.blogspot.com/2011/03/mihas-2011-is-around-cornerwohoooo.html

Nampak tak aku sangat suka datang ke MIHAS or HALAL FEST...untung berbaloi2...bukan sahaja dapat beli barang promo dengan harga yang murah tapi yang paling penting dapat MAKAN....alaa, aku rasa sket2 jer...bukan melahap pun!


Kali ini Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) aku insyaAllah boleh hadir.


Untuk program acara, klik di sini. http://www.halfest.com.my/maklumat-am/program-acara.html. Ada selebriti seperti Siti Nurhaliza, Soo Wincci, Marsha Milan, Datuk Chef Wan dan  Jaafar Onn.



Perkhidmatan Porter juga disediakan...wahhh hebat http://www.halfest.com.my/img/porter2013.gif

Untuk semak syarikat yang join Halfest2013, klik sini http://halfest.com.my/muat-turun/2013/peserta-halfest2013.pdf

Yang penting bersedia dengan bagpack + air mineral + flat shoes + tisu...sebab orang sangat ramai

  • bagpack - letak barang dalam bag, kang tertinggal kalau banyak sangat plastic
  • air mineral - jimat duit daripada beli air kat sana
  • flat shoues- merehatkan kaki yang banyak merayap
  • tisu - lap peluh + tisu tandas (tisu tandas kan cepat habis)...ahahaha

Tak sabarnye nak p sekali kali ini.....

Tahniah kepada CIMB ISLAMIC, HDC, JAKIM, MARA, RTM, MOA, PPIM.


7 DAYS TO GO...TICK TOCK


Yang benar,
Aku mencari olive oil, ubat gigi dan makanan lain di Halfest 2013

Tuesday, October 23, 2012

Corat Coret Halfest 2012 di PWTC

Makanan?
Makan?
"Saya suka makan makanan"
Apa punya ayat da...ehehehe..
Kalau cikgu BM cek ayat nie confirm dia buat tanda soal ?????
Atau mungkin half marks je...ngeh ngeh ngeh
 
Halfest 2012 nie more to local food dan bukannya international sebagaimana MIHAS sebelum ini.
 
Setelah berjaya membodek cik abang untuk ke Halfest 2012 di PWTC...
kami bertolak seawal 9 pagi...
Kat KL memang dah biasa kuar awal bila nk g shopping...lebih baik awal daripada lambat kan..
Bak kata pepatah English "Better late than never".
Aku pernah gaks muncul di event2 makanan nie...ehehehe
Adakah benar di mana ada makanan, di situ ada aku?
Aku pernah muncul di MIHAS 2010 juga!
 
Setelah mendaftar di kaunter (perlu daftar untuk dapatkan sticker ala2 genting...no charge)
Ada 3 dewan Halfest nie.......Dewan Tun Hussein On (x sure sgt) dan
Dewan Tun Razak 1 & 2
 
Aku g semua dewan....Bak kata pepatah Melayu "Jauh berjalan luas pandangan"...
kita cuba translate kepada fahaman aku
"Jauh berjalan banyak boleh test makan"
Ihiksssss..

Dan just what? Aku jupe penyanyi pujaan ku selama ini....Dato' Siti Nurhaliza in person...dia dijemput untuk slot masakan...Siti masak tempoyak ikan patin...She's beautiful and cute
 
Dah datang sini...mmg banyak nk dibelinya. Mostly menawarkan pakej2 or set barang yang agak berbaloi utk dibeli..
Antara yang kami beli....
 
* Halal gel set - RM10 ( ada garam bukit, sabun garam dan sabun susu kambing,
ubat gigi serta beg kain)
 
* Ubat gigi halal gel - RM12 (2 kotak)
 
* Minyak zaiton Brysa Lyrica  - 2 botol RM 18.00 free satu botol size yang sama...
 
* Kopi Abadi - RM12 (2 bungkus), jagung tin (RM2++) = total RM30++
 
*Kuih cincin - RM5.00 (2 bungkus) = total RM10
 
* Ikan pekasam - RM6.00 (2 bungkus) = total RM12.00
 
* HPA Radix dan Capsule = total RM50
 
* Perfume Naz One = total RM76 (free 5 ml)
 
* Perfume non alcoholic = total RM20
 
* Sambal kering ikan sepat = RM11.50
 
* Kek Pelangi = RM8
 
* Kek Pelangi Push up = RM9
 
* Macaron Strawberry seketul = RM2
 
*Otak-otak = RM6
 
*Kopie satu = RM6.50
 
* Keropok lekor = RM3.00
 
*TOTAL YANG DIBELANJAKAN LEBIH KURANG RM300
 
 
Olive oil yang dibeli
 
 
Pada jam 2.30 petang, kami telah pulang dengan gembiranya walaupun dibasahi hujan yang agak lebat.
 
Yang benar,
Ngeh ngeh ngeh...
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, July 17, 2012

Cerita sang tepung....

Sangat suka dah jupe sang tepung...

Sepaket sang tepung RM3.30

Aku telah berkali-kali cuba untuk mencari sang tepung jenama lain atas sebab-sebab tertentu..ehehehehe. Sila google kalau ingin tahu dengan lebih lanjut.

Sebut je.......kat mane aku tak cari....MyDIN, GIANT, HPA Stokis dan Halal Mart...tapi sang tepung idaman aku tetap tiada...Huhuhuhuhu.......Sedih wooo...cuba mencari yang terbaik dan halal untuk kami...

Tapi berita baik untuk diri sendiri atau mungkin siapa2 yang mencari tepung gandum yang halal. Aku telah bertemu dengan sang tepung yang ku cari selama ini di Pak Aji Mart, Putrajaya. Syukran syukran....

Macam-macam boleh aku kerjakan dengan sang tepung ini...kuih keria, cucur jagung, cucur bilis, cucur pisang, bun, roti dan macam-macam lagi. Bak kat astro "macam-macam ada" (sila baca dengan baca dengan mulut sedikit ternganga).

Aku telah membeli 2 paket sang tepung...Terima kasih Pak Aji Mart, Putrajaya....Good job kerana mengedarkan sang tepung yang halal.

Yang benar,
Peminat tepung


Thursday, February 9, 2012

Ramly Products - HALAL

Korang suka makan burger tak? Sape tak suka burger kan? Aku ada 2 kategori burger yang aku suka makan iaitu burger bandar dan burger kampung.

Kadang2 terasa nak makan burger bandar....Apa itu burger bandar (cam kuiz plak..eheheh)?
  • Tempat asal - bukanlah dari Malaysia dan dibawa dari luar dari Malaysia.
  • Lebih mahal
  • Hanya mudah didapati dibandar2, kalau kat ceruk kampung jangan harap leeee
  • Burger bandar - McD, KFC (zinger), carls junior, burger king dan macam2 lagi...

Tapi burger yang paling sedap..mestilah burger yg kat stall tu...aku paling suka makan burger kampung....senang nak cari dan beli...senang gak nak buat sendiri kat rumah..

Aku ada kenangan buat burger kampung kat rumah. Dari zaman sekolah, ayah aku dah biasa beli daging burger ramly dan semestinya daging lembu (sebab ayah aku tak makan ayam). Dan guest what...akulah tukang masak burger kat rumah (aku mmg suka)...Aku masak untuk 6 orang (mak, ayah, akak, abang, adik dan aku lerr)....siap ada salad dan timun gituuu.....dan dimasakkan secara well done iaitu dipotong tengah. Aku tak suka daging burger ala2 merah tak masak gituuu yang banyak dijual di RNR.

Tapi baru2 nie aku sedih sebab ada email yang dihantar oleh pihak2 tak bertanggungjawab mengenai produk Ramly. Pemilik asalnya, Datuk Ramly Mokni dikatakan tidak lagi menjadi pemiliknya. Jahat betul la mulut yang sebarkan cerita tu...

Baru-baru nie, kat berita dah maklumkan Ramly telah disabotaj oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Biarlah dosa2 sebarkan fitnah tu ditanggung mereka. Doa orang yang teranayai insyaAllah dimakbulkan.

Aku suka beli:
  1. Minced meat (lembu) - masak spagetti bolognaise or black pepper. wajib buat stock
  2. Oblong chicken or meat - bila rindu nak makan McD prosperity yang tak selalu ada
  3. Daging burger or ayam - ini selalu ada stock bila malas nak masak waktu malam. wajib buat stock
  4. Hotdog - sesuai breakfast tapi jarang buat stock
  5. Tempura ayam - sesuai buat stock, senang bila ada budak2 datang...
Aku pernah dan cuba beli daging jenama lain...ingat nak try...tapi rasa menyesal sgt...sebab tak sedap...sebab selama bertahun2 nie membesar dengan burger ramly yang sedap...Didoakan jenama ini akan kekal menjadi produk muslim dengan diterajui oleh muslim juga. Amin.






Yang benar,
Peminat burger kampung

Friday, August 20, 2010

Halal


TAHNIAH, aku puji tindakan JAKIM yang telah menyenaraikan senarai hotel-hotel yang mempunyai sijil HALAL. Selama ini senarai tersebut agak pendek. Kali ini hasil semakan aku, makanan yang aku teringin makan seperti Big Apple Donut dan Fish Manhanttan telah mempunyai sijil halal. Here WE Go!!
Tahniah JAKIM.
(p/s: Hotel berdekatan Kajang untuk BUFFET RAMADHAN hanyalah di Hotel Residence dan Cyberjaya..sedihnya)

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...