Showing posts with label duit.belanja. Show all posts
Showing posts with label duit.belanja. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Apa nak buat bila mata mula mengantuk?

Lunch hari ini adalah mihun sup utara dan chocolate lava cake (dibeli khas dari domino's)....
Sesudah makan dan kenyang...mata mulalah nak mengantuk....apa yang menarik nak google bila mata dah ngantuk? Keje mmg banyak...tapi mata dah ngantuk...helppp me!

Kata kunci google hari ini adalah M.A.K.A.N.A.N = makanan. Semua suka makan. Melantak apatah lagi kan. Macam-macam yang aku teringin nak makan. Macam-macam juga teringin nak masak tapi tak juga memasaknya. Hahahahaha.

* makanan - celik bijik mata mak tauuu
*resepi - macamlah aku rajin masak sgt..huhuhuhu
* lagu - tengok mood lagu.....kalau lagu rap or rock...pening gaks kapla
* percutian menarik - maybe
* news - pagi2 lagi ok
* gossip - ??

Chocolate Lava Cake@ Domino's - RM8.80 ~ worth it!

Jr Double Scoop Baskin Robbin - RM7.50 ~ only on Wednesday with pinky outfits, cap, camera, hp

Beef Nachos @ Padi House, Galleria PJH Putrajaya ~ superb. Only RM8.90

Grilled tomato rice with seafood @ Padi House, Putrajaya - RM12.90 ~ just ok.


Grilled chicken with pesto fondue @ Padi House ~ super duper yummies. RM18.90 (maybe)

Nando's set with 3 sidelines ~ RM19.90..so so

Pavlova @ Padi house Putrajaya. RM10.90...yummies but to much whipped cream. Maybe the meringue should be more than the cream.

Lupa plak kek ape ...kawan aku yg order...ada2 tiramisu..

A cup of cappucino - RM8.90...sedappp......

A cup of earl grey tea - one of my fav tea flavor - RM8.90 per jar.

Red velvet cake + chocolate cake + ......@ Tony Roma's. ~ triple yummies...i'll back for only this~

Grilled salmon and seafood @ Tony Roma's~ RM50.00++..~ sedap gilessss...org belanja

Spaghetti with seafood @Tony Roma's- around RM34.90 ~ i'll crave again for this!

Tony Roma's Platter with potato skins, buffalo wings and onion loaf....~ marvellous!

Red Velvet Cake @ Donuts&Coffee Bangi

Char koey teow @ Bangi Seksyen 8. ~luv it!


Yang benar,
Kaki makan.kaki jalan.kaki tv!




Wednesday, August 18, 2010

Duit oo Duit...di Mana Kau Duit



Hmmm, dah agak lama setiap kali aku bermula langkah pertama, mesti tak sampai langkah ketiga...Ehehehehe. Adussss....Camne la nk motivate diriku ini..Kali nie aku akan cuba sedaya upaya. Moga langkah kali ini berterusan. Walaupun langkah kali ini bermula pada awal bulan Ogos 2010, tapi akan ku melangkah jua..cheeewaaahhh..


Apa yang ku maksudkan adalah 'duit', 'financial filing' atau dalam bahasa aku 'merekodkan keluar masuk duit'...susah sebenarnya nk konsisten. Setiap kali bermula, setiap kali aku gagal...InsyaAllah kali ini moga berjaya..AMIN...


Dan sebagai langkah pertama, aku telah siap menyiapkan separator berwarna untuk fail aku, telah siap menampal segala resit-resit dan slip bank. Serta google template yang bersesuaian bagi tujuan rekod.

Langkah seterusnya akan ku update kemudian dalam blog ini.


(p/s : Tengah mencongak agihan gaji yang akan masuk untuk sambutan Aidilfitri)


Thursday, July 29, 2010

Ke Mana Duit Anda?




Tajuk buku yang menarik, Ke Mana Wang Anda ditulis oleh salah satu financial planner yang berpengalaman iaitu Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
BERKAT wang?
Cukupkah gajiku walaupun dah naik?
Itu antara paparan yang menarik perhatian pada kulit buku untuk mendorong ku membeli buku ini. Sesiapapun ku rasa menghadapi masalah kewangan. Samada serius, sangat serius atau mungkin tiada wang langsung.

Celik mata di kala pagi terfikir, apa yang akan ku makan hari ini? Tengahari nak makan apa? Malam nak makan apa? Pagi..nasi lemak dan telur RM2. Itu belum tambah ayam goreng, tentulah mencecah RM4. Teh tarik buat membasah tekak RM1.20. Tengahari pulak...Nasi, ikan goreng dan sayur RM5. Malam...kalau makan mewah sikit, makin mahal harganya. Purata duit makan sehari lebih kurang RM15. Sebulan RM450. Itu budget makan biasa-biasa, dan kalau luar biasa sikit boleh mencecah RM500 seorang diri.

Kat Malaysia ini, macam-macam makanan. Pantang dengar kat mana yang sedap :D. Itulah aku. Cuma tak semua hajat tekak ini dipenuhi. Alamatnya kering duitku. Itu belum masuk nafsu shopping, nafsu ingin memiliki barangan mewah, nafsu menambah koleksi baju, tudung dan kasut dan nafsu bercuti.
Segalanya duit.

(p/s : Terliur pulak aku tengok ayam goreng kat atas nie...ehehehe, baru bercerita pasal duit makan)



Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...