Thursday, February 17, 2011

Nat Geo - Monster Fish

Dah beberapa kali aku makin obses layan National Geographics Channel- Monster Fish.

Lepas balik keje, kalau tak der movie best aku layan Nat Geo. Review untuk Monster Fish nie lebih kepada ikan pendatang yang masuk ke sungai negara/sempadan negeri lain. Contohnya episod baru-baru nie, ikan keli yang dipindahkan oleh seseorang kepada tasik/sungai negara/sempadan lain. Apabila ikan pendatang tu selesa kat habitat baru, kesannya ikan asal atau local fish makin berkurangan. Ikan keli (wels catfish) dikesan sanggup memakan apa sahaja - bola, mayat dan macam2 lagi. Geli weiii nak makan ikan keli...

Paling besar ditangkap mencecah 3 meter. Besar giler.  Cara ditangkap : menggunakan elektrik (dalam watts yang dibenarkan, kang mati plak). Maklumat ikan keli wels...boleh rujuk kat wikipedia/catfish.


source : goggle searching

Malam tadi plak, ikan kap yang juga ikan pendatang di Sungai Illionis. Ikan kap (flying carp) nie boleh terbang. Maknanya kalau nak tangkap senang jer..nampak dia terbang dari sungai, sauk je. Ikan nie dijual agak murah, dikhabarkan isinya agak melekit dan berbau busuk. Tapi bila pengacara tu makan, sedap jer dia kata. Katanya cara untuk mengurangkan ikan kap tu sungai tersebut - banyakkan makan ikan kap. Lagi satu, host tu bagitau kat china, ikan karp nie tak terbang pun.

Kenapa kat sini ikan nie terbang ya? Aku musykil. Sangat musykil....

Ikan nie pun menyebabkan local fish makin kurang. Kalau terkena muka, silap2 patah hidung dan luka..






source : youtube

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok kat sini Nat Geo - Monster Fish 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...