Tuesday, January 3, 2023

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh cuti dengan lebih aman. Hehehe.

Memandangkan tahap stress boleh tahan tingginya di hujung tahun nie, maka terjadilah percutian asal boleh tapi alhamdulillah dipermudahkan dan menyeronokkan dengan izinNya bersama"sahabat susah senang". Setelah berkira-kira bermacam2 kemungkinan dan tanpa tempahan hotel di website, maka jam 5.40 petang selepas pulang dari kerja bergolek la tayar menuju ke Melaka (sebelum itu urusan di rumah telah diselesaikan terlebih dahulu). Aku hanya peneman pemandu sahaja kali ini.

Sepanjang perjalanan selama 1 jam lebih ke Melaka, macam2 kami bercerita dan bercadang untuk merancang percutian begini lagi (dek kerana kesibukan masing-masing setelah naik pangkat). Kadang2 yang dirancang tak menjadi, mungkin percutian yang tak dirancang lebih sesuai dengan kami. Hehehehe.

Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa trafik yang sesuai. Kecuali highway sebelah je jem sebab ramai bercuti hujung tahun. Setelah keluar tol melaka, aku terus buka map yang dikongsikan kawan di Melaka. Cadangan awal nak ke rumah dia dulu dan terus keluar makan selepas Maghrib. Berdasarkan peta yang dipaparkan di telefon, dijangka tiba di rumahnya lebih kurang jam 7.20 malam. Kami pun menyusuri jalan tersebut dan eh jalan agak kecil tapi kami ikutkan sahaja. 

Hmmm, laluan awal kami berjumpa perkuburan orang Islam di sebelah kanan ku, aku sempat memberi salam dan sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Kereta dipandu menyusuri melepasi perkuburan tersebut. Seterusnya, kami berjumpa perkuburan cina dan seterusnya perkuburan kristian. Masih di sebelah kanan. Kami saling berpandangan ketika itu kawanku bersuara, 

"Eh mcm sesat jer selalu lalu jalan besar" (lebih kurang gitulah gaya bahasanya seingat aku)

Aku terus menyinggung siku tanpa supaya diam. 

Masing-masing diam membisu.

Kemudian, kami berjumpa plak kubur India di sebelah kiri.

Masing-masing kekal membisu ketika itu tapi dalam hati tiada siapa tahu kan (Hahahaha, seram sangat).

Alhamdulillah setelah menyusuri keseraman jalan itu, kami sampai ke rumahnya dalam jam 7.20 malam. Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka. Masing-masing terdiam lagi. Hehehe. Agaknya nak memulihkan semangat. Kami dijemput masuk ke rumahnya dan terus bercerita mengenai jalan tadi. Tak pasti kenapa peta pada phone menggunakan jalan tersebut. Kasi hilang mood sekejap. Hehehe.

Kata kawan

"Jangan tengok kubur orang India sebab ada gambar besar kat kubur tu, lagi seram"

Suaminya juga pernah "ditumpangi" semasa melalui jalan itu sekitar jalan 12 malam selepas pulang kerja.

Apapun, perut pun dah  mula lapar. Kami makan asam pedas di tempat yang pernah mereka makan sebelum ini. Kedai Ujang Asam Pedas Claypot yang terletak di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam Melaka.

Makanan yang diorder - Asam pedas ikan pari dan ikan jenahak bersama 3.5 pinggan nasi (separuh pinggan tu aku yang tambah). Air limau dan sirap.

Makanan sampai dalam claypot panas. Terliuq sungguh sebab dah lama tak makan asam pedas panas2 gini. Sebab tu la aku tambah nasi separuh pinggan lagi. Hehehehehe. Kata kawan agak pedas, tapi bagi aku ok jer.

Jumlah 3 orang makan RM68.

Puas hati : YES

Repeat : YES

Harga : Ok, sebab aku tak ingat harga ikan sangat (hehehe).


Seusai makan, kami menghantar kawan pulang ke rumahnya


Nota: Akan disambung bila ada masa menulis.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...