Kunjungan ke Sabah ntah kali ke berapa. Aku suka ke Sabah. Kunjungan kali ini merangkumi island tour, day tour to Kota Kinabalu, Hot Poring dan kawasan berdekatan serta Gaya Street juga muzium. Pengalaman paling indah ke Sabah kali ini, berjalan di atas canopy walk (terdiri daripada 4 station) semasa di Hot Poring. Setelah sekian lamanya, hasrat kali ini tercapai. Selain itu, aku juga berpeluang xplore hutan di Kinabalu Park sambil melihat alam, pokok (naked tree pun ada...eheheheh) dan bunga liar. Maha Suci Allah.
Membeli belah menjadi aktiviti yang wajib di sini terutama kepada peminat mutiara. Namun tiada yang ku beli untuk diri sendiri selain sehelai t-shirt Sabah (buat pertama kalinya) kerana aku kurang gemar membeli t-shirt. Tak lupa brooch yang tak seberapa harganya.
No comments:
Post a Comment