Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Teringat zaman kanak-kanak

Hujan turun dengan lebatnya kat luar. Aku malas nk balik lagi. Mesti jem tahap gaban. Aku membuat keputusan untuk bercerita. Ehehehe. Bercerita untuk siapa agaknya? Untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca. Atau mungkin sekadar luahan hati pabila teringat zaman kanak-kanak.

Zaman kanak-kanak yang sungguh indah. Tak perlu fikir ape pun. Masak. Kemas rumah dan sebagainya. Dulu-dulu aku suka mai toi a.k.a galah panjang. Sangat suka. Sanggup g sekolah awal-awal semata-mata nk chop tempat. Ehehehe. Suka main batu sambut a.k.a batu seremban. Nape ek digelar batu seremban? Ntahlah tak tau jawapannya.

Budak pompuan mesti main masak-masak a.k.a pondok-pondok kan. Masak bunga raya, masak pasir dalam tempurung kelapa. Guna api beb. Main kawin-kawin. Rupanya masa kecik-kecik dah gatal nak kawin kan. Ehehehehe. Nak wat camner, itulah permainan yang mampu milik. Sekarang ini permainan mampu milik terlalu banyak antaranya PSP, PS2, komputer games, barbie dan sebagainya. Sungguh high taste budak sekarang. Itu memandangkan ibu bapa sekarang bekerja, itulah permainan yang boleh disediakan.

Aku main gak 'tuju kasut'. Main dengan budak lelaki. Caranya kalau tak silap aku dibahagikan kepada 2 group. Setiap group kurang daripada 10 orang. Group perlu menyusun lebih kurang 4-5 selipar disusun ala piramid. Jangan kasi jatuh. Tapi halangannya adalah sebijik bola tenis yang digunakan sebagai senjata untuk kumpulan yang berusaha untuk susun selipar tu. Kalau kena bola tu kira out la. Group lawan akan baling bola ke arah badan, kaki dan so ever. Kalau group tu berjaya bina piramid guna selipar, group tu yang menang. Permainan bertukar ke group lawan pula untuk cuba membina piramid. Ahaks..beshnye..tapi kan korang perasan tak, naper digelar 'tuju kasut" walhal kita guna selipar. Ntahlah aku tidak ketemu jawapannya juga.


No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...