Nuffnang

Friday, December 3, 2010

Bercakap dengan pokok

Malam tadi, aku terpandang baldi yang sedia ku tadah untuk dipenuhi air hujan. Tujuannya untuk memandikan pokok dan bunga-bungaanku. Menyejukkan 'mereka'. Bagi aku, pokok pun menpunyai jiwa. Ingin merasai air hujan yang menyamankan. Ehehe, kelakar kan tapi itulah yang aku rasakan.

Bila aku mandikan pokok tu, akan dapat rasakan pokok itu berterima kasih padaku. Walhal dia tak bercakap pun. Berterima kasih melalui tumbesaran yang baik dan sihat. Ehehehe. Gila agaknya. Tapi thats what i feels. Aku berhasrat menambah lagi koleksi pokokku. Pokok pandan dan seraiku membesar bagaikan juara. Kini, daun pandanku turut dijadikan pewangi dalam kete. Segar rasanya baik keretaku...

Itulah aku yang cinta pada alam. Teringin ke taman negara namun hasratku belum tercapai. InsyaAllah satu hari nanti aku akan ke sana jua.

No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...