"Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih ayah seluas lautan"
Pagi tadi semasa perjalanan ke pejabat, di radio berkumandang lagu mengenai ibu. Sedih jadinya mendengar lagu itu. Menitik air mata ini.
Malam tadi, kala perlawanan AFF 2010 berlangsung..aku hilang mood tengok corak permainan. Pendapat aku, bahagian defence agak lemah. Aku membuat keputusan untuk keluar bersama ibu. Ku tinggalkan pesan
"jangan lupa sms ya kalau gol".
Kami sempat shopping 2 helai baju. Namun mengimbas semasa ibuku mencuba pakaian, masa agak lama diambil. Aku lebih pandai bersabar berbanding sebelum ini. Ku masih ingat ibuku mencuba jubah di salah sebuah kedai jubah berhadapan Sogo. Masa diambil memang lama, aku hairan dan lantas mengetuk pintu. Namun saat ibu membuka pintu, ibu telah sedia berjubah baru. Cantik sekali. Namun semasa ibu ingin menukar ke baju asalnya, ibu meminta aku unzip jubah tersebut. Aku pun unzip jubah dan terlihat kedut-kedut pada bahagian belakang badan ibuku.
Ibu yang melahir dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.
Ibu yang bersusah payah memberikan pendidikan padaku.
Ketika itu, kusedar kadangkala aku tidak berlembut pada ibu.
Aku ini kadangkala anak yang degil. Aku ini anak yang kadangkala tidak mendengar cakap. Aku ini bukan anak yang solehah tetapi aku akan cuba menjadi sebaik mungkin.
Hampir menitik airmataku, namun aku segera keluar dari bilik persalinan.
Aku ada terbaca mengenai seorang anak lelaki yang memarahi ibunya atas ketidakpuasan hati. Si ibu yang sedang menjamah nasi, terhenti dan menangis lantas berkata "Mak tengah makan nasi nie". Si anak tidak memperdulikan kata-kata si ibu dan berterusan memarahi ibunya. Air mata jatuh bersama nasi yang dijamah oleh ibunya. Moga anak itu masih berpeluang memohon maaf dari ibumu. Seandainya diizinkan Allah.
Sedih plak aku tulis kisah ini. Namun, kisah ini dicoretkan untuk peringatan diri sendiri agar lebih menghargai ibu dan ayah. Supaya aku lebih berlembut dengan ibu dan ayah. Supaya aku menjadi anak yang solehah.
Kerna kadangkala kita leka dan alpa.
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkan watakku terhadap mereka
Lembutkan hatiku untuk mereka
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil.
AMIN YA RABBUL AMIN
Ayah...Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
AMIN YA RABBUL AMIN
Ayah...Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
No comments:
Post a Comment