Monday, March 14, 2011

Case 39.....kisah kanak2 yang menakutkan



Malam tadi sementara nunggu cite Merlin jam 10.30, aku layan movie kat ASTRO......tajuk movie Case 39. Dilakonkan oleh Renee Zellweger. Aku suka dia berlakon. She've a smiling eyes. Dia turut berlakon movie New In Town...

Cite nie mengisahkan Emily (Renee) seorang social worker menerima aduan mengenai sorang kanak-kanak yang didera oleh famili. Emily berjumpa famili tersebut dan anaknya, Lilith. Cara komunikasi ayah-ibu, ayah Lilith akan berbisik kepada isterinya untuk disampaikan kepada Emily seolah-olah tidak mahu anaknya mendengar.

Emily merasakan Lilith didera dan menerjah rumah Lilith pada suatu malam dan cuba menyelamatkannya apabila ayah-ibu Lilith membakar anaknya di dalam oven. Lilith terselamat dan ayah-ibunya ditempatkan di rumah sakit mental. Emily seterusnya diberi petisyen untuk menjaga Lilith sementara jumpa famili angkat. Namun peristiwa demi peristiwa pelik berlaku disekeliling Emily. Termasuk kematian boyfriendnya.

Jangan sesekali menjawab soalan Lilith iaitu:

What're you afraid at?

Kalau aku, jawapannya lipas :D...jeng..jeng..jeng..
Dia tahu akan yang anda fikirkan.......

Jangan lupa saksikan ulang tayang kat astro....

Lilith yang comey..




bee tiba2 keluar dari telinga, kata, hidung - boyfriend emily


source : google

2 comments:

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...