Kesempatan raya ke 4 digunakan untuk melangsungkan majlis Aqiqah di rumah mertuaku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang sibuk sangat sebab semua dibuat sendiri dari memasak, mengemas dan sebagainya. Seawal petang raya ke 3, setelah aku tiba..kerja dah siap menanti. Pinggan mangkuk, cawan, sudu, garfu, senduk dah siap dikeluarkan dari stor. Periuk, kuali semua dah sedia. Seekor anak lembu dah tersedia..hehehee.
Paling kelakar bila tanya anak sedara yang lahir kat bandar, ada ke patut dia kata "Eh eh, bing (eh eh kambing)" Kekekekeke...nak tergolak aunty ngah ...
Menu yang disediakan : gulai kawah, ayam masak merah, kerabu nanas dan timun, air sirap...
Menu ditaja : kuih tako a.k.a tepung pelita...(sedap bangat)
Aqiqah kat sini berlangsung, dengan jemputan ahli masjid. Ahli masjid akan berselawat (aku tak pasti berapa kali) dan baby diberi rasa makanan dalam dulang.
dulang untuk majlis...ada kurma, kismis, gula kabung (kot),
cincin 2 bentuk - emas dan perak,
asam keping, garam, air zamzam dan air biasa (kot)
Si comel yang diraikan Fatin Khayrin Humaira..comel namanya..
Semoga Khayrin menjadi anak yang membahagiakan dan solehah. Amin
Aktiviti diakhiri pada malam hari. Tetamu datang memang ramai. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment