Wednesday, January 18, 2012

Kisah Parker dan Kasih Sayang

Alkisah maka tersebutlah kisah sebatang pena kelabu yang menjadi perhatian. Pena tersebut dibeli dengan tujuan untuk dihadiahkan kepada seseorang. Pen tersebut berasa bangga kerana telah diberikan nama setelah selesai engrave. Pena tersebut juga dibalut cantik.

Namun ketika selesai membayar, pembeli ke kaunter semula untuk mengambilnya. Secara tiba-tiba sepasang pena merah mencuri perhatian yang terletak di dalam kabinet kaca. Seakan jatuh cinta pandang pertama dengan pena tersebut. Terkesima, terkedu dan terkelu! Pembeli menjeling sepasang pena merah yang siap tersedia di dalam kotak cantik. Pembeli gundah gulana kerana hajat untuk membeli pena tidak kesampaian kerana kesuntukan masa. Pembeli berhajat untuk datang keesokan harinya.  

Pada keesokan harinya, pembeli datang semula untuk mengorder 3 set pen. Kenapa 3 set pen? Kerana pembeli adalah 3 orang..Ehehehehe. Pembeli tersebut dengan girangnya mengconfirmkan pen tersebut dan terus membayar. Pembeli dengan sabarnya menunggu sementara si penjual menjalankan tugas-tugas engrave (sebenarnya tak sabar...tapi kenalah bersabar kan...). Sehari sebelumnya, pembeli tersebut telah bersetuju untuk menghadiahi sesama mereka pen tersebut sebagai hadiah kasih sayang sempena hari lahir.

Pembeli dan pena merah pulang ke pejabat dengan gembiranya.

Begitulah akhirnya kisah sepasang pena yang menjadi pengikat kasih sayang mereka.

siap dibungkus

iluvit!

luvit2!

cantik kan?

cantik kan kan?
kan? kan?

yang girang,
juga pemilik pena merah

5 comments:

  1. giranggg jugekkk...i'm the two of three stooges!!!

    ReplyDelete
  2. Me too....so hepi....

    ReplyDelete
  3. dulu2 kalau dapat pen parker memang best gilerler.. sekarangni dah tak tahupun harganyer...

    ReplyDelete

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...