Semalam, aku dok bercadang nak masak nasi ayam. Kebetulan stok ayam ada lagi..sesuai sangat la..dapatlah berehat kat rumah sambil membasuh baju sempena cuti Pertabalan Agong kita yang ke 14. Cuma timun dan tomato je tak ada...aduihh malas plak nak g kedai.
Nasib baik kan mesin basuh dicipta. Memudahkan aktiviti membasuh yang sangat aku gemari. Pantang ada baju dalam bakul. Agaknya mewarisi dari ibuku..
Kalau mak aku datang rumah aku, gerenti bakul baju kosong. Asyik-asyik basuh baju.
Terima kasih wahai ibu.
Mengikut wikipedia, patent mesih basuh pertama dibuat pada 1691.
Manakala mesin basuh elektrik pertama adalah pada 1904.
Aku memang ada jadual membasuh ~ Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kenapa tak percaya? Apapun jadual itu fleksibel yang penting 3 - 4 kali seminggu.
mesin basuh tanpa elektrik..
mesin basuh elektrik pertama
source : wikipedia
Aku tukar plan, nak masak nasi tomato plak. Terus call akak aku minta resepi nasi tomato. Stok susu cair dan tomato puri ada kat rumah.. Setelah mengingat resepi ala kadar. Punyalah bagus tak salin..eheheh.. confident bleh masuk..Aku pun mulalah menyediakan bahan tumisan.
Nasi perlu dimasak sehingga mendidih kemudian barulah masukkan bahan tumisan..
Tiba tiba...telefon berdering...
Adik ipar call dan kami dok bincang tentang plan ke Raub dan bercuti di Bukit Fraser.
Sambung sembang plak dengan anak sedara. Kalau cakap dengan budak2
mmglah lama..dok layan pertanyaan dia...
Kemudian bunyi orang bagi salam kat pagar rumah...aku pun jengok
Ahli masjid datang minta isi borang kariah masjid. Aku dah la tak sesuai nak keluar.. pakaian kurang sopan. Dok cakap celah langsir jer...dia nak collect borang terus. Aku pun minta dia masukkan kat post box dan aku akan isi. Maknanya jap lg dia datang collect.
Terus aku tamatkan perbualan dengan anak sedaraku. Full dressing, ambik dan isi borang, terus selit celah gate rumahku.
Kemudiannn.....
Aku terus g kat periuk nasi elektrikku, air nasi dah hampir kering...uwaaa.. camne nak masukkan tumisan nie...aku terus masukkan tumisan dan air.. Akibat dari perbuatan itu, nasi menjadi agak lembik...aku tau kesan masukkan air..tapi aku kan nak masak nasi tomato..
Mak mertua pernah pesan kalau nasi lembik, masak nasi asing dan campurkan...
insyaAllah ok sket nasi lembik tu..
Aku pun cubalah buat...tapi ntahlah maybe nasib kurang baik... selalu masak nasi atas dapur ok jer... api slow pun ada hangit sket...ish ish ish... Itulah padahnya tukar menu, dah kabor nak masak nasi ayam kat si suami..Tapi terlebih rajin masak nasi tomato...
Tapi sebenar-benarnya, kesimpulan utk diriku... mak pernah pesan ...jangan berborak/bergayut masa tengah masak... itulah padahnya... tapi alhamdulillah nasi tomato hasil campuran tu berhasil dan
dimakan bersama ayam masak merah serta sayur campur
Yang benar,
Suamiku lebih gemarkan nasi putih dan nasi ayam....
No comments:
Post a Comment