Nuffnang

Tuesday, June 12, 2012

Edisi kenduri adikku di musim cuti sekolah | Hantaran kawin

Hari ke 1

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....lega rasanya. Panjang betul fuh tu kan...Ekekeke. Lega rasanya bila kenduri adik lelakiku berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah. Penat memanglah penat kan. Itulah tanggungjawab. Aku balik lebih awal kerana risaukan persediaan kenduri. Walhal pengantin pun tak cuti lagi, kakaknye yang coti dulu..wakakakaka. Risaukan mak aku yang perlu bergusti dengan kedai dan rumah...mesti lagi penat kan..

Aku tiba pada hari rabu jam 11 malam kat airport...cik abang plak drive keesokkan harinye...Apa punya bini daa...balik dulu..ekekeke. Dan tak lupa, cik abang tlg bawak balik hantaran yang aku wat utk adikku. Kete penuh bagai...

Pepagi buta lepas bangun tidor, aku wat check list utk beli brg dengan adik bongsuku...
300 uncang gula-gula;
1 plastic wrap -dried kurma, apricot dan kiwi;
1 bungkus dawai twist;
bayar duit kete mak;
bayar bil maxis;
 novel terbaru RAM;

Itulah aku memang suka wat checklist dari dulu lagi..nak balik kampung pun ada checklist...
maybe aku perlu beli IPAD...phone skang pun aku masukkan checklist..tapi screen kecik...
sape2 murah hati nak kasi IPAD...silakan...TQ in advanced! hahahahahaha.

Lepas selesai, kami pekena nando's...Kali ketiga untuk aku dan pertama untuk faiz. Faiz tak gemar, katanya ayam tak sedap sgt...He prefer Kenny Roger rather then Nando's. Nando's menggunakan peri-peri. Mengikut wikipedia, peri-peri (pili-pili, piri-piri) adalah kategori cili yang banyak ditanam di Malawi, Afrika Selatan, Ghana, Nigeria, Zimbabwe dan Mozambique.

Sampai je umah, aku membuta dulu sebelum keluar semula dengan ayah untuk menghantar telur untuk direbus. Mak aku minta tolong kawan dia utk rebus. 1000 biji gak tu....Sebenarnya nak rebus telur bukan mudah ooiii...kadangkala telur pecah lagi banyak dari telur tak pecah...Ahahaha...Alamatnya menu lepas kenduri adalah telur sambal, telur masak kicap, telur masak kari, telur masak rendang dan telur rebus goreng. Mau muntah dibuatnye...tak reti bersyukur kan...

Malamnya kami menyusun 100 goodies bag untuk tetamu.



Hari ke 2

Kami bertolak ke Perlis untuk Majlis akad nikah yang dijangka lepas asar. Alhamdulillah sampai dalam jam 3.15 petang. Tapi tiba2 satu insiden berlaku, si pengantin terlupa nak sediakan mas kahwin. Adus aku plak terlupa nak ingatkan...sebab masa aku dulu, mas kahwin adalah seutas rantai tangan. Kali ini wang tunai sejumlah RM2883.

Dalam keadaan agak kelam kabut tu, adik aku berjaya mencari album gambar. Aku dan yang lain 'ketaq lutut' masukkan duit dalam album baru tu...Album baru kan melekat so mmg banyak page yang tertinggal...Kenalah buat semula..aduihhh nak marah pengantin tak jadi kang lafaz nikah berkali-kali plak...Last2 aku sindir secara lembut jer......Wakakakaka..Ape punya pengantin daaaa...

Kami tiba, tok kadi dah ada....dan alhamdulillah dengan sekali lafaz...mereka sah menjadi suami isteri. Sebak plak rasanya adik aku yang sorang nie dah jadi suami orang. Moga menjadi ketua keluarga yang amanah dan solehah. Kini tinggal adik laki bongsu yang baru nak amik SPM.

 sahhh....

pengantin tersengih gumbira...

si gadis manis....

Si penghibur jiwa...ika, irfan, kael...


Hari ke 3

Kenduri di rumah pengantin perempuan tak banyak sangat yang perlu difikirkan selain hantaran - 9 dulang iaitu telekung, handbag, coklat, kurma dan dried fruit, buah-buahan, blouse, jam, cincin dan tepak sirih.

Pepagi buta aku dah bangun dan susun semula hantaran tu...kot2 ada bunga yang terjatuh akibat driving laju semalam...wakakakaka..Kena cek saman nie...kot2 la adakan...harap2 tak der la...Tapi kan abang ipar dan abang aku mmg drive laju pung....ehehehehe...jangan marah ya kalau baca nie...tapi mmg betul kan ? wink wink...;)

Jam menunjukkan jam 1.15 kami pun bertolak secara berjemaah ke sana. Panas lip lip.

Alhamdulillah kami dijamu dengan makanan yang sedap. Terima kasih tuan rumah.

Mula bertolak pulang ke Penang untuk kenduri pada keesokan harinya pada jam 3.00 petang. Fuuuhh inilah yang dinantikan....


Untuk makluman, aku tukang buat hantaran...cun takk???? sape lagi nak puji kan? Aku dan kakakku decide utk pilih ala-ala english. Dugaan buat hantaran nie boleh tahan semata-mata mencari bunga yang sesuai. 7 kali 7 hari 7 malam...aku berkunjung ke Nilai 3 yang hanya 20 minit dari rumahku. Warna biru kat foam tu sebenarnya warna silver..tapi bila try mix and match...mmg tak jadi dan menarik dan menonjol....last2 aku pilih warna biru sesuka suki aku...tanpa sesape pun tahu...

Hantaran dah siap, barulah aku tahu...keluarga adik iparku memilih warna biru sebagai tema....kebetulan kan..

Hantaran 1 - dried fruit - kurma, apricot dan kiwi

Hantaran 2 - cadbury


Hantaran 3 - telekung dan sejadah

Hantaran 4 - jam

Hantaran 5 - sekapal buah

Hantaran 6 - cincin

Hantaran 7 - handbag & wallet


Yang lain adalah - blouse dan gubahan sireh


Sekumpulan hantaran..


Rombongan dari Penang....

Panas dan berangin..tepi sawah padi gitu...
i likeeeeeee

pengantin bersama keluarga barunya..cantik kan biru nieee.....


Hari ke 4

Sampai jer Penang terus ke kedai mak aku amik telur yang siap diletakkan dalam uncang...lega....
*telur....checked

Sampai rumah, cek goodies bag yang masih tak cukup barang....terus masukkan ape yang terkurang:
*100 goodies bag....checked
* 100 bahulu dan kuih bangkit....checked
*100 chocolate cookies....checked
*100 apam polka dot....checked
*100 bunga telur....checked
*100 brooch, bracelet...checked (not purely gold)

Barang lain yang dah siap:
* 1000 uncang telur
* 500 uncang gula-gula


barisan telur-menelur dan gula2

gambar terakhir aku sempat snap..lepas tu bermulalah tugas sebagai
'pengedar telur yang berjaya'...baki telur terkumpul hanya 22 bijik...


Ahli masjid yang menghadiri tahlil..


alaaa...cedihnyeee.....i love this pic


Hari ke -5

Aktiviti mengira duit...

Sebahagian duit yang dikutip...


 wowww.........
wooooo....



Yang benar,
Penat kenduri lum abis lg nie...dah masuk seminggu lebih....sakit pinggang, sakit urat,
sakit siku, saki kaki.....aku ke yang over?? hahahahahaha....

2 comments:

  1. Walaupun xdapat pi perlis tp puas hati dpt jgk tgk gmbr, pengantin dan hantaran yg sungguh cantik.

    ReplyDelete
  2. Ima...thanks. Lambat sket upload sebab gambar banyak sgt.huhuhuh!

    ReplyDelete

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...