Aku berpeluang tengok movie IN TIME (2009) baru-baru ini ketika siaran AIM. Cik Abang memang kurang gemar layan bab-bab artis...mula la dia buat muka ngantuk..nak tido awal..
Sebagai seorang isteri yang prihatin..cheeewaaahh..mestilah aku perasaan air mukanya walaupun dia agak redha-redha kucing kan....So sebagai isteri yang baik ati gitu...aku pun tukar channel jam 10 malam...ingatkan cite nie boring...rupanya mantap!
Ini sinopsisnya:
In a future where people stop aging at 25, but are engineered to live only one more year, having the means to buy your way out of the situation is a shot at immortal youth. Here, Will Salas finds himself accused of murder and on the run with a hostage - a connection that becomes an important part of the way against the system.
Ceritaku pula:
Zaman akan datang, time is money. Selama nie kita dok dengar kata-kata seperti:
- Masa itu Emas
- Masa itu Nyawa
- Masa Ibarat Pedang
- Time is Money
- Time is more important than money
Pada zaman itu, gaji, tol, makan, penginapan di hotel dan segalanya dibayar menggunakan kiraan masa yang melekat kat badan kita (cer tengok mcm kat tangan Justin or Will Salas tu)...nah itulah masa yang aku maksudkan. Salas hanya tinggal 25 saat untuk mata...gitulah perumpamaannya.
Ibu Salas yang kasihankan anaknya memberi masa 1 jam kepada anaknya. Cara masa ditukar milik adalah melalui genggaman kedua-dua tangan. Si ibu sedaya upaya berlari tercungap-cungap untuk menyentuh tangan anaknya akibat tambang bas yang naik daripada 1 jam kepada 2 jam. Si anak yang baru mendapat masa selama sedekad dari seorang penderma yang berusia 105 tahun cuba berlari sedaya upaya untuk menyentuh ibunya, namun tidak berkesempatan.
Sejak itu, Salas berhijrah dari penempatan asalnya iaitu Dayton, kawasan setinggan ke New Greentown iaitu sebuah bandar elite dan serba mewah. Salah seterusnya bertemu dengan anak tokei yang menjual masa itu dan bermula penggembaraan mereka.
Jangan lupa saksikan, sure ada ulangan kat channel yang aku ckp tu :).
Overall, jalan cerita yang menarik dan ramai manusia berlumba nak hidup lama walaupun ada kalanya mereka tidak bahagia. Yelah siapa yang nak mati kan..
Yang agak kelakar, kita tak dapat nak bezakan orang yang kita jumpa tu adalah isteri, nenek atau mungkin anaknya. Ibu mertua nampak sebaya dengan anaknya..Ahahahahaha...Agak lucu...can u imagine that :)...
Yang benar,
Hidup umpama roda, adakala di atas dan adakala di bawah...renungkanlah..
No comments:
Post a Comment