Monday, July 1, 2013

28 Jun 2013 yang lalu..

28 Jun 2013 yang lalu, hari lahir adik bongsu ku....Memandangkan dia tak der kelas, aku g amik dia malam tu seperti kebiasaannya di Gombak.

Kalau dia tidur rumah kami, aku akan bangun seawal jam 4.45 pagi untuk masak lunch dan breakfast untuk dia. Yelah bila dah mula belajar, sedikit sebanyak kenalah berjimat kan...Jadi bila dia datang rumah @bangi, aku cuba masak dalam kuantiti yang agak banyak...

Mungkin masakanku tak sesedap mak kat kampong, ehehehe cuma menu aku agak urban la kot...bukan maknanya aku masak steak bagai....menu barat lebih mudah berbanding menu kampong sebenarnya..itu pendapat peribadi aku!

Minggu lepas aku masak sotong goreng kunyit, sambal dan sayur masak air berserta ikan goreng.

Aku ada satu cerita kelakar, kebetulan pagi tu, aku rajin buatkan nasi goreng untuk dia, normally dia makan roti gardenia jer...Petang tu bila aku balik rumah, aku bukak lah periuk nasi nak tengok, banyak tak dia makan nasi, yang membuatkan aku terkejut bukan sebab nasi abis sebab aku mmg tak kisah pun.....sebaliknya nasi tak berusik langsung. Apsal nie, boikot sebab tak sedap ke? Ehehehehehhe

Kakak : Faiz, kenapa tak makan nasi pun?

Adik : Faiz dah makan la, faiz tengok ada nasi goreng...pagi tadi bila bangun faiz tengok nasi banyak tu ja, so faiz bahagikan untuk makan pagi dan petang sbb faiz tau tak cukup nnti.

Kakak : Lor, apasal tak bukak periuk nasi...3 pot dah masak nie??

Adik :  Pagi tadi kak nina sms bgtau ada nasi goreng, jadi faiz ingat nasi goreng je lah...

Kakak : Pulak!! Adus, maybe next time kena tulis MENU OF THE DAY kot..kan periuk nasi tu on...

Adik : Manalah faiz tau....ehehehehehehheheh.

Kesimpulannya, next time..jangan rajin2 buat breakfast...ahahahahahahaha...Aku jenis tak suka letak makanan atas meja makan, nnti sepah...aku letak kat dapur jer....





No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...