Thursday, July 4, 2013

Temuduga HLP2014 ~ fuuhhhhhhhh

Pagi semalam aku menghadiri temuduga HLP 2014 di UNITEN. Kalau orang gomen, tau ala apakah itu HLP....
 
HLP2014 boleh didefinisikan sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 di bawah kelolaan JPA. JPA menyediakan biasiswa untuk kakitangan awam yang berminat untuk sambung study ke peringkat MASTERS or PHD. Ini kali kedua aku menghantar proposal, kali pertama pihak Jabatan aku takshortlisted. Jabatan bagi priority kepada orang yang telah lama service atau umur mencapai tahap sipi-sipi had umur HLP. Pendapat peribadi aku, tentulah tak adil kan. Sepatutnya Jabatan buka kepada semua pegawai yang hantar proposal.
 
Tahun nie ada kelonggaran sket sebab ramai yang komplen, jadi Jabatan submit semua proposal kepada JPA. Ffuuuuh....menjadikan tahun ini kali pertama aku menghadiri temuduga HLP yang digembar-gemburkan oleh ramai kawan aku sebagai temuduga untuk memprovok dan menilai kekuatan kita mempertahankan Negara.....opssss, apa plak Negara...mempertahankan tajuk proposal kita daa.......
 
Dah agak lama aku tak study, since PTK tu.......bila nk study nie memang liat la kan....tambah-tambah bila baca buku atas katil..wakakakaka....baca tidur bangun tidur.....sabor jelah
 
Panel aku mmg suka provokasi...Provokasi secara lembutnya sebenarnya, ehehehehehehe.. Soalan favourite panel aku adalah NBOS atau National Blue Ocean Strategy. Nasib baik aku dah baca tentang tu.... Chances nak dapat susah nk cakap, aku telah cuba yang terbaik dan seterusnya aku tawakkal kepada Allah.
 
Walau bagaimanapun, terdapat kuota mengikut pengkhususan. Sebagai contoh tajuk aku adalah mengenai KM. Dan sekiranya ada pegawai lain yang buat KM, pemilihan dibuat berdasarkan pegawai yang mendapat markah tinggi bagi KM tu. Kalau tajuk GIS, senang sket nak dapat sebab tak ramai pegawai IT yang terlibat dengan agensi GIS nie....
 
Sekarang nie, aku nak mula rajinkan diri membaca bahan-bahan ilmiah - jurnal, artikel, akhbar. Ini tidak asyik baca gossip artis dan novel aja...ahakkss, camne nak majukan diri. Kebetulan aku ada hantar permohonan pertukaran belia ke Korea, kalau di senarai pendekkan sekurang-kurangnya, bacaan aku boleh membantu untuk menjawab soalan provokasi tersebut...ehehehehe.
 
Yang benar,
Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Amin.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...