Musim PKP ini, hanya whatsapp penghubung bicara. Kadangkala video call tapi lebih kerap berbicara melalui whatsapp. Teknologi mendekatkan yang jauh di mata. Semoga yang dekat bukan semakin jauh hendaknya. Tapi bukan itu yang ingin dikongsi. Sebalik mengenai sekotak parcel. Teringat kata2 ustaz melalui ceramah yang penah didengar, untuk berkongsi rezeki atau menderma bantulah orang terdekat kita terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Maksudnya kita lebih digalakkan membantu saudara mara dan orang terdekat yang rapat. Ada rezeki lebih bantulah sesiapa yang ingin dibantu. Dengan erti yang mudah difahami, mendermalah dengan seikhlas hati dan kepada sesiapa yang diingini.
Baru-baru ini berniat untuk berkongsi rezeki dengan anak buah/keluarga ipar/keluarga sendiri. Saya menyediakan beberapa barangan hasil pembelian online (shopee la kan..ehehehe). Antara barangan yang dibeli seperti chocolate, teh, rempah2, dan barang kering lain. Selepas pembungkusan melalui kotak, kiriman dilakukan dan 2 hari selepas itu, menerima mesej dari anak buah yang kegembiraan. Terharu menerima mesej melalui whataspp pada 23 Ogos 2021 dan 19 Ogos 2021 yang lalu.
Zuyyin (darjah 1): "Mak ngah nie baik sangat la, Dedek suka mak ngah" (kata mamanya, tak habis2 dia memuji dia suka mak ngah dan kebetulan adik ipar tu mmg stok teh uncang dah habis dan saya pulak poskan teh uncang dalam kotak).
Dia gembira sangat sebab dapat coklat...katanya nak makan sket2 nanti habis coklat mak ngah (ehehehe..ai is terharu)
Khayra (tadika): Thank you mak ngah2x
Irfan (tingkatan 1): Gembira menunggu beg/wallet (katanya bau KL, sebab setiap akhir tahun memang akan ke KL untuk bercuti, rindu sangat tu)
Seharian tersenyum bila membaca mesej. Walaupun nilai parcel tu tak seberapa tetapi perasaan mereka tidak ternilai.
Itulah nilai kegembiraan melalui sekotak parcel. Mereka gembira, saya turut bahagia. Alhamdulillah.
Semoga saya istiqamah dalam berkongsi rezeki. Aamiin.
kepuasan itu lain kan bila memberi.teruskan MEMBERI
ReplyDelete