Friday, May 21, 2010

Anda penggemar tea?


Tea merupakan minuman kegemaranku. Tak kisahlah apa jenis tea pun aku suka cuma yang penting tanpa susu pekat. Green tea, black tea, strawberry tea, orange tea, mint tea, jasmine tea dan lain-lain lagi. Tea lebih enak tanpa gula yang berlebihan. Less is more. Kenapa agaknya aku kurang gemar minum tea dengan susu pekat, mungkin asuhan keluarga sejak dari kecil. Keluargaku penggemar minum tea o. Pagi, malam juga berbuka puasa dan tak lupa waktu sahur walaupun di kedai makan...Ehehehe.



Pengalaman minum tea yang sukar dilupakan adalah ketika aku memesan secawan earl grey tea di Secret Recipe 3 tahun yang lalu. Fuuuuhhh, nikmatnya tak terhingga. Begitu menyegarkan. Lantaran daripada secawan tea itu, aku membeli sekotak kecil tea kegemaran semasa kunjungan ke Cameron Highlands.



Begitupun, aku kurang arif membuat tea tarik. Aku akan mengambil masa yang agak lama untuk mengagak susu dan tea yang diperlukan. Aku masih cuba memperbaiki tea susuku ataupun tea tarik.

Mungkin itu antara sebab utama aku meletakkan header I.T.S.T.E.A.T.I.M.E pada blogku. Mai secawan.....



(p/s : Aku juga penggemar kopi o....)

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...