Monday, May 24, 2010

Secubit rasa


Hari ini, aku terfikir sejenak tatkala melihat pelbagai kelibat di suatu tempat. Sebahagiannya datang dengan 'macam-macam ada' manakala sebahagian lagi 'seadanya' sahaja. Aku tersentuh melihat golongan 'seadanya' sahaja kerana mereka berjaya sebagaimana golongan 'macam-macam ada'. Golongan 'seadanya' sahaja membuktikan mereka juga berhak dan mampu berada sama tahap atau mungkin lebih daripada golongan 'macam-macam ada'.


Apa yang kumaksudkan adalah senario pendaftaran masuk sebuah IPTA di KL. Golongan 'macam-macam ada' datang dengan pelbagai jenis barang seperti laptop, bantal-bantal, pakaian yang indah, sepatu yang pelbagai jenama, pelbagai jenis makanan dan semestinya wang yang barangkali juga tebal di dompet mahupun bank.


Manakala golongan 'seadanya', sekadar membawa pakaian yang cukup untuk dipakai, sepatu crocs klon, mungkin bantal sekadar melepaskan penat, stok makanan mungkin tiada, wang juga boleh dikira-kira.


Namun aku bangga dengan golongan 'seadanya' sahaja kerna mereka juga mampu berada di situ. Golongan ini menjadikan kekurangan sumber untuk lebih berjaya. Banyak pengorbanan perlu dilalui untuk mengecapi kegemilangan.


Walau apapun pendapatku, aku pasti setiap ibu bapa mahupun yang terbaik untuk anak-anaknya, tak begitu?

(p/s : Hari ini membuatkan aku berfikir panjang dan bersyukur dengan nikmatNYA...Alhamdulillah)

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...