Thursday, July 29, 2010

Ke Mana Duit Anda?




Tajuk buku yang menarik, Ke Mana Wang Anda ditulis oleh salah satu financial planner yang berpengalaman iaitu Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
BERKAT wang?
Cukupkah gajiku walaupun dah naik?
Itu antara paparan yang menarik perhatian pada kulit buku untuk mendorong ku membeli buku ini. Sesiapapun ku rasa menghadapi masalah kewangan. Samada serius, sangat serius atau mungkin tiada wang langsung.

Celik mata di kala pagi terfikir, apa yang akan ku makan hari ini? Tengahari nak makan apa? Malam nak makan apa? Pagi..nasi lemak dan telur RM2. Itu belum tambah ayam goreng, tentulah mencecah RM4. Teh tarik buat membasah tekak RM1.20. Tengahari pulak...Nasi, ikan goreng dan sayur RM5. Malam...kalau makan mewah sikit, makin mahal harganya. Purata duit makan sehari lebih kurang RM15. Sebulan RM450. Itu budget makan biasa-biasa, dan kalau luar biasa sikit boleh mencecah RM500 seorang diri.

Kat Malaysia ini, macam-macam makanan. Pantang dengar kat mana yang sedap :D. Itulah aku. Cuma tak semua hajat tekak ini dipenuhi. Alamatnya kering duitku. Itu belum masuk nafsu shopping, nafsu ingin memiliki barangan mewah, nafsu menambah koleksi baju, tudung dan kasut dan nafsu bercuti.
Segalanya duit.

(p/s : Terliur pulak aku tengok ayam goreng kat atas nie...ehehehe, baru bercerita pasal duit makan)



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...