Tahun depan, azam aku adalah membuat baju kurung dari kain cotton a.k.a kapas. Bukannya azam nak kurang tempahan baju..
sebaliknya azam yang memerlukan duit iaitu tempah baju baru. Ahahahaha. Aku sudahpun membeli 3 pasang kain kapas untuk ditempah.
Dan baju sedia ada dah 4 pasang. Rasa lembut je bila dipakai walhal aku bukannya lemah lembut :).
Memandangkan KAMDAR tengah ada sale akhir tahun, rugi rasanya dilepaskan begitu sahaja. Namun, perlu diingatkan jengok dulu poket bulan tu...kalau ada lebih sket, beli la sepasang kain. Kalau fulus tidak mengizinkan lupakan dulu hasrat itu. Budjet aku mestilah semeter tidak melebihi RM12.00. Kalau dah 4 meter lebih kurang RM40. Upah baju lagi.
Dan satu lagi, aku nie jenis suka survey barang. Dari zaman muda2 lagi (skang pun muda gaks..ehehehe, bila lagi nk perasan kan) mmg suka survey brg. Harga kain @ KAMDAR tak der sama, kain yang aku suka kat Putrajaya less 10% jer...bila KAMDAR TAR less 20%. Agaknya derang silap tempek kot...
Pilihan aku kali ini bukannya yang corak besar-besar. Yang penting nampak SWEET dan COMEL. :)

No comments:
Post a Comment