Nuffnang

Monday, January 3, 2011

Apa azam tahun baru?


Hari nie kita telah melangkah ke 2011, bersamaan dengan 28 Muharram 1432. Cepat benor masa berlalu. Namun, masih banyak yang belum diselesaikan. Ada beberapa azam tahun lepas yang tercapai, dan ada yang tidak biasalah kan...:). Kenapa azam kita tidak tercapai? Malas ka kita? Tidak mampu melawan nafsu? Atau?

Antara azam tahun lepas aku adalah mengurangkan membeli baju outdoor. Maksudnya t-shirt, blouse dan etc. Dan alhamdulillah tercapai namun sangat-sangat sukar menahan nafsu shoppingku.

Azam untuk tidak membazir makanan, ku kira tercapai. Aku lebih menghargai makanan. Masak ala kadar dan memastikan makanan yang mempunyai tarikh luput dalam peti sejukku, dipantau dan diabiskan.

Azam yang tidak tercapai adalah 'no baju kurung' bagi tahun 2010. Tapi ku beli jugak..Sebenarnya sangat susah melawan nafsu membeli kain. Cara mudah jangan ke kedai kain. Dan ku juga perasan tahun 2010, aku jarang ke sogo, JJ yang sudah tentunya mengugat imanku. Aku sekadar ke Parkson, pegi jugak kan...I LOVE PARKSON..

Azam lain yang tidak tercapai, aku akan teruskan berdoa, berdoa dan berusaha. Moga tahun 2011 menjadi kenyataan. Permudahkanlah doa hambamu ini. Amin.

Azam tahun 2011 adalah:
1. Cuba bangun awal pagi - 5.30 paling lambat, rindu bangun awal seperti sebelum ini. Macam-macam boleh dibuat. Mandi awal, buat breakfast dan yang paling penting 'no rushing' and 'no jem'.
2.  Nak tambah koleksi baju cotton :). Aku tetiba jatuh hati yang teramat dengan kain ini.
3.  Kurangkan 'outdoor clothes' kepada 7 helai sebab no 2. :)
4.  Lebih rajin mengemas dan mop umah :)
5. Azam no 5 tahun 2010 yang masih belum tercapai. Maklumkan doa hambamu ini. AMIN.

No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...