Monday, January 10, 2011

Merlin Season 3 is back..Yeahhhh!


Salah satu movie kegemaranku dah kembali. Kali ini ditayangkan setiap Jumaat, 10.00 malam di TV3. Sangat-sangat dialukan pada hari Jumaat sebab sebelum nie hari Ahad.

Episod selama 2 jam pada Jumaat yang lalu, dimulakan dengan penemuan Morgana di hutan setelah hilang hampir setahun. Morgana sebelum ini pernah diracuni oleh Merlin sebab Merlin tahu kejahatan Morgana.

Morgana membuat komplot untuk menjatuhkan kerajaan Camelot namun komplot gagal.

Kisah Merlin ini dah glamour masa kecik-kecik dulu. Masa kat library ada buku cerita ini, dan akhirnya Merlin menjadi penasihat kepada King Arthur. Alamak, tiba-tiba aku teringat buku cerita zaman kanak-kanak. Antaranya; The Adventures of Tom Sawyer (1876) dan The Adventures of Huckleberry Finn (1885). Kalau cerita nie difilemkan mesti best. Ke aku yang tak tahu??

Tak lupa cerita penggembaraan Nancy Drew, Oliver Twist  dan 5 sekawan sungguh menarik.





No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...