Nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

Pandai ke anyam ketupat?

Pandai ke anyam ketupat? Ketupat daun palas aku pandai la. Sebab kat kampung aku memang secara tradisinya memang makan ketupat daun palas. Aku berpeluang belajar anyam ketupat nasi a.k.a ketupat bawang dari seorang kawanku yang comel. Orangnya ala-ala ganas tapi pandai anyam ketupat. Aku ala-ala tak ganas nie tak pandai. Rugii wooo..Terima kasih atas ilmu yang diturunkan.

Dan guess what, masa raya baru-baru nie aku berpeluang anyam dan rebus ketupat tu. Alhamdulillah menjadi beb.

"Makkkk...anakmu ini dah pandai anyam ketupat nasi."

Rupanya tak der susah benar. Yang penting keazaman dan 'belasah jer'.

Ketupat yang terakhir sekali, aku buat khas untuk akakku yang comel secara simboliknya untuk hari lahirnya baru-baru nie atas ilmu yang diturunkan.. Cun tak?





No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...