Friday, April 29, 2011

Anda akan lebih menghargai setiap sen yang dibelanjakan pabila...

Selalu kata ganti diri yang digunakan dalam blog saya adalah AKU. Teringat seorang sahabat lama di Selatan yang tak dihubungi. Katanya kalau guna AKU lebih mesra. Dengan dirinya, saya belajar menggunakan AKU. Mula-mula rasa lucu sebab bagi saya AKU agak kasar. Tapi ku cuba jua, sebab saya menyayanginya sebagai seorang sahabat. Kami digelar kembar kerana selalu bersama. Kuliah bersama, outing bersama, malah majoring pun sama.

Dia memang seorang yang baik. Lembut dalam tegas. Orangnya cantik dan sejuk mata memandang. Melalut plak kan. Asalnya nak cerita tentang each cents you spent. Mulai hari ini, nak gunakan kat ganti diri saya plak. Tapi itu tidak bermakna saya melupainya.

Saya akui kadangkala saya ini agak kedekut. Kurang gemar berbelanja pada makanan/barangan yang mewah. Saya membesar dengan kesusahan hidup. Walaupun bukan tinggal di kampung, namun kami 4 beradik (sekarang dah 5..tapi si bongsu tak merasai kesusahan) hidup biasa-biasa aja. Saya membawa bekal....bekal makanan dan air (sudah pasti). Ibu tidak bekerja dan ayahlah yang menampung kami semua. Saya sayangkan mereka. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan (kalaulah mereka membaca blogku ini..ehehehe).
vespa yang membawa kami sekeluarga (6 orang)...tapi ini gambar google


Saya dan adik lelaki akan menolong ayah menjaga lembu. Ayah punyai lembu yang agak banyak namun bila ayah dan ibu keluar (ibu menjual brgan avon), kami perlu menjaga lembu yang dilepaskan menjamah rumput daripada melintas jalan raya.  Saya pernah menaiki sampan bersama anak lembu yang hilang dan ditemui. Saya agak ketakutan. Berpanas berdekatan surau namun itu menjadikan kita manusia yang berguna.

source : google

Saya dan kakak turut menolong ibu menjual nasi lemak dan kuih muih. Di awal pagi hari minggu, kami berjalan di lorong belakang kawasan perumahan sambil menjual kuih. Kuih/nasi yang tak habis dijual...akan dijamah bersama sebelum pulang dan duit sekolah yang disimpan akan diletak dalam raga (konon2 hasil jualan habis). Petang pulak menjual aiskrim malaysia di depan padang rumah. 10 sen je satu. Nanti nak buat la aiskrim ni..tiba2 nampak cam sedap jer...
source : google
Alhamdulillah berkat rezekiNYA, ayah menjual semua lembu-lembu dan ibu memulakan perniagaannya. Meningkat sekolah menengah, saya akan ke kedai membantu ibu. Berjalan dan berpanas ke kedai yang jauhnya lebih kurang 3km. Balik malam hari.   Semasa cuti semester, saya masih membantu ibu di kedai.

Alhamdulillah, kini ayah telah pencen. Ibu sudah punya perniagaan sendiri. Pengalaman yang dilalui mengajar kita lebih menghargai wang. Saya mengajar diri tidak bermewah2. Apa yang penting mindset. Katakan pada diri:


Bulan ini, saya hanya akan beli sehelai baju outing

Bulan ini, saya akan makan fast food sekali jer

Bulan ini, saya tidak akan beli kain/baju/kasut/beg


Saya pernah mencuba. Alhamdulillah, namun perlu tetapkan iman. :)

Kini pabila masuk fasa baru dalam hidup, saya lebih gemar memasak. Walaupun masakan saya belum tentu sedap tapi saya puas. Saya menghargai alam, saya marah pabila nampak sampah dibuang dari kereta.


Seorang kakak berkongsi pengalaman, katanya:

Dari gaji kita, ada hak orang lain yang wajib disedekahkan...jangan lupa berzakat.

Dia mencadangkan nisbah zakat dan PCB (potongan cukai berpendapatan) adalah 70:30 setiap bulan. Terima kasih kakak atas perkongsian itu.

Cerita ini dicoretkan untuk mengingatkan saya pada kesusahan yang pernah ditempuhi dan dilalui dengan tangisan dan kegembiraan.

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG TIDAK MUDAH LUPA, TETAPKANLAH IMANKU.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...