Friday, April 29, 2011

Electric Train Services (ETS)...cubalah naik

Untuk mudahkan carian/goggling, pastikan guna huruf besar iaitu ETS..carian lebih cepat dan mudah...

Aku berpeluang mencuba ETS semalam. Naik dari KL Sentral ke Ipoh atas urusan keje. Rasa excited sangat. Maklumlah 1st time kan..Ehehehe. Harga yang berpatutan. Naik bus dengan jem lagi. Berenti lagi. Agak lambat la kan. Surely recommended for those nak cuba naik. Balik hari pun boleh.

Depart : Area KTM Intercity (sesape pernah naik senandung malam/mutiara dan etc ke utara/kelantan/selatan..itulah areanya)

Price : RM30 (KL Sentral - Ipoh)

Stops : 5 stop - Rawang, Tanjung Malim, Slim River, Kampar, Batu Gajah (ETS yang aku naik berenti banyak sket)

Toilet - clean, ada 2 tandas - besar (maybe untuk OKU) dan satu lagi size tandas dalam train intercity. Aku berpeluang cuba dua2..testing..testing...hehehehe

Pendapat aku, perkhidmatan yang selesa dan cepat. Pengalaman yang indah. Menepati masa. Good job KTM!

source dari ETS Train


pintu masuk nyer...

clean aisle

kerusi yang selesa


ada lcd...cuma mute la...

lcd turut display..kanan skrin (masa) dan kiri skrin (kelajuan train)
serta bawah skrin (hentian seterusnya)

tandas yg agak besar nie, ada button camgini..press the button..door open automatically...set to locked (kalau tak locked.nampaknya 'urusan penting' tu)....press to open the door.


tandas ala2 dalam flight tu...


mencabar wei nak snap gambar sambil train goyang-goyang.."marilah bergoyang"..ehehehehehe


sensored tap...lalukan jer tangan...


Aku juga berpeluang melewat Kellie's Castle (kadang-kadang disebut Kesilapan Kellie/Folly Kellie.  Quite scary. Aku rasa tak sedap hati so i decided not to enter.

Sejarah serba ringkas - Istana dibina oleh William Kellie Smith berasal dari Scotland. Dia mempunyai seorang anak perempuan bersama isterinya Agnes. Kellie terlalu inginkan anak lelaki untuk mewarisi kekayaan setelah menunggu bertahun2. Apabila dikurniakan anak lelaki, Kellie sangat gembira dan bercadang meluaskan istana yang mempunyai 14 bilik, 1 bilik bawah tanah, terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif pertama di Tanah Melayu. Tingkat dua dibina gelanggang tenis berlantaikan simen.

Kellie juga taksub dengan agama Hindu. Dia membawa masuk sejumlah buruh India. Berlaku tragedi yang menyebabkan buruh tersebut juga mati.

Namun, istana tidak dapat disiapkan kerana Kellie meninggal. Isterinya menjual istana dan berpindah semula ke Scotland.

Dipercayai istana ini berhantu...Ehehehehehehe. Jom layan gambarnye...


pandangan jauh


dipercayai kuil india

lorong yg agak scary..asal nak ambil gmbr je ada orang..
nyampah..ehehehehe..


selamat berhujung minggu...i need a break. maybe a long break n holiday...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...