Nuffnang

Monday, May 23, 2011

Salam takziah dan Al Fatihah untuk keluarga anak yatim hulu langat

Berita tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat mengigit hati saya. Sedih, pilu, terkedu dan macam-macam perasaan lagi. Gambar-gambar di dada akhbar begitu menyayat hati. Al-fatihah dihadiahkan untuk 16 orang anak yatim yang telah meninggal dunia.

Sesungguhnya musibah yang berlaku menyedarkan kita yang kadangkala lupa pada golongan ini. Kita hanya ingat pada golongan ini di kala bulan Ramadhan. Bersedekah dan menjemput berbuka pada bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan, anak-anak yatim mewah makannya. Tetapi bagaimana dengan bulan lain? Mungkin bulan Ramadhan bulan penuh berkah, namun ingatlah jua mereka pada bulan lain.
kredit to utusan

Rumah yang dibina khabarnya tiada kelulusan memandangkan tiada penguatkuasaan undang-undang mendapatkan permit pada 10 tahun yang lalu.


Sama-samalah kita muhasabah diri termasuk diri saya yang kadangkala lupa dan alpa.


No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...