Sumber: infaqkemboja.blogspot.com
Sumber : eQurban.com
Liputan Majalah 3 pada 9 Julai 2011 jam 9.00 malam mendedahkan beberapa kisah masyarakat Islam di Cambodia yang serba daif. Antara isu yang menarik dikupas adalah:
- Guru-guru yang mengajar Al-Quran ikhlas tanpa mengharapkan gaji/bayaran.
- Guru menggunakan satu Al-Quran, membaca satu ayat dan seterusnya diikuti oleh anak muridnya. Al-Quran kadangkala berhabuk, peringatan untuk diriku.
- Daging hanya dijamah sekali setahun, bergantung kepada yang membuat akikah/qurban. Hari-hari boleh pilih untuk makan daging, ayam dan ikan.
- Sarapan pagi hanya bubur dan jeruk ikan. Bersyukurlah kita pada sarapan kita yang mewah di pagi hari, ada nasi lemak, lotong, soto dan sebagainya.
- Guru dan kanak-kanak berwuduk di tasik. Kita plak membazir air...
Sekiranya membuat lebihan pendapatan bolehlah membuat ibadat qurban. Atau mungkin mula menabung setiap bulan sebanyak RM21 sebulan (selama 10 bulan) bagi membolehkan masyarakat Islam menjamah daging.
Untuk yang berhajat membuat aqiqah atau ibadat qurban, mohonlah melayari infaqkemboja.blogspot.com (paparan Majalah 3) atau eQurban.com.
Saya sekadar berkongsi pautan sahaja. Mungkin sumbangan kita yang sedikit boleh memberi kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat Islam di sana. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment