Tuesday, September 13, 2011

Entry Pertama Lepas Raya...Uhuksss


Hari nie baru sempat nak update blog setelah mula bekerja...Balik dari kampung rabu lepas, khamis keje...jumaat mc sebab demam, sabtu demam, ahad demam lagi, isnin amik mc lg..Ehehehe. Bohsan dok rumah wooo...movie/drama kat astro tak der maknanye....Best lagi drama kat tv3/tv2!

Cuti raya mestilah seronok. Keje jer yang tak seronok...Ehehehehe.

Raya di kampung, sangatlah busy. Dari memasaknya, melayan tetamu, g melawat kubur dan sebagainya. Pada Raya ke 1, malamnya kami sempat main bowling ramai2. Tak sangka, aku dapat no 3 daripada 5. Aku kalau main, bola mesti no 8, walau baling slow tapi strike (show-off plak kan).

Raya ke 2, sekadar berehat di rumah pada malam hari setelah penat di beraya siang hari.

Raya ke 3, bertolak kampung suami. Bersiap sedia untuk kenduri aqiqah anak saudara.

Raya ke 4, aqiqah berlangsung dengan jayanya.

Raya ke 5, aktiviti mengemas periuk, belanga dan sebagainya.

Raya ke 6, aktiviti santai, pantai dan windows shopping.

Raya ke 7, aktiviti rantau panjang dan parkson.

Raya ke 8, aktiviti beli pokok buluh dan pasu. murah sangat. pokok buluh dapat bawah RM20..pasu RM6 jer...murah bangat..i like!!!

Kenangan terindah yang tak boleh dilupakan semasa raya, antaranya melawat kubur arwah tok dan tok wan(tok = nenek, tok wan = datuk) sebelah bapa.

Dan satu lagi masa menyuapkan air pada tok sebelah ibu yang telah berusia 87 tahun (lahir pada tahun 1924), tok masih ingat kalimah Bismillah sebelum meneguknya. Syahdu rasanya. Mungkin ini kelebihannya, kerana semasa usianya masih muda..tok mengajar mengaji Al-Quran secara rela hati. Duit yang diberikan oleh parents lebih merupakan sedekah.

*Masih batuk dan sakit tekak....penangan raya sakan ditambah jerebu yang kian menggebu..ehehehehhe

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...